mardi 19 juin 2012

Gâteau aux Noix... encore! Eh, oui..

| |

Sebabnya, simpanan kekacang noix/walnut begitu banyak! Setiap kali menjeling pandang kepadanya, serasa berkobar atau beriya-iya sangat tersangat untuk menyediakan manisan yang berasas dari kacang noix/walnut ini namun... seringkali tidak terlaksana oleh sebab musabab yang tidak berasas dengan apa juga alasan...

Sebelum itu...

 Sepagi nan comot... pergi ke-kedai nursery tumbuhan hijau untuk membasuh sepasang mata sebagai petua untuk menaikan semangat berseri kemballi seperti sedia kala. Pilih satu dua jenis pokok bunga, pulang ke-rumah, berminum sarapan pagi dahulu dengan croissant dari boulangerie dikampong seberang, bersapu salut dengannya jam abricot/apricot maison dari BintangJauh, Alhamdulillah... sesudah bersarapan pagi terus menghala ke-belakang rumah menyediakan segala bagai alatan juga sepasu tanah yang telah siap berbaja dan bermula lah acara tanam-menanam... Voila!

Agenda disebelah petang pula, bermula lah acara penyediaan gâteau ini yang ter...sangat senang lagi cepat disempurna kan...


Bahan adunan yang sudah sedia ada jadinya dalam masa 15 menit sudah didalam oven...


Dapat 4 ramequins sahaja dengan adunan kacang noix/walnut berkisar halus sebanyak 100 gm dan ini lah hasilnya...


Yang Bongsu ber-goûter/snack dengan pain au chocolat dari boulangerie dikampong seberang dan Maman BintangJauh pula dengan gâteau berkacang noix/walnut ini... kemain nian seniannya yummy manisan pujaan selera...

3 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Sebagai suri rumah yg pandai membahagikan masa..pagi dgn agenda di taman dan seterusnya. Kita seharusnya begitu, mencari apakah patut di masak setelah selesai tugas utk sang suami atau utk selera sendiri. Maka sesudah itu puas rasa dihati dapat menikmati hasil masakan walaupun tidak sesedap mana..yang penting buatan sendiri..ya Rat!

Anonyme a dit…

salam kak ratna

boleh tak share recipe kat blog..sedapnya

Anonyme a dit…

Looks delicous. Share the receipy pleaseee..

Sedap sekali makan ini dengan kopi dibelai dengan angin sepoi-sepoi malu sejok.

Kepingin makan lemon cheese cake, tapi tinggal ber3 orang minggu ini, nanti terlebih makan menghabiskan sebiji kek. Jadi tunggu aja cuti semester bermula minggu depan bila cukup quorom.

Ahkak