vendredi 1 juin 2012

Genap setengah tahun ...

| |

Masa berlalu dengan pantas sekali... June 1 hari ini, Ya Allah maha keampunan...genap sudah setengah tahun pusingan hari-hari yang berpusing tanpa henti yang tidak akan kembali setelah menyapa lalu dengan akurnya meninggalkan kesan-kesan warna-warni lingkaran hidup yang semestinya di-isi penuh dengan cara kehidupan seseorang itu.

Serasanya... selama ini ditanah bumi Peranchis dimana setengah usia disempurnakan disini tanpa pertanyaan soalan yang bukan-bukan, berjanji kepada diri tidak akan sesekali bertukar hati atau mempesongkan pendirian diri yang sedari kecil sudah diempuk dengan tunjuk ajaran yang begitu tinggi dengan aturan hidup secara silam dari Moyang yang dikasihi senantiasa selamanya ...

Diawal pagi setelah mencium lembut disepasang pipinya yang Bongsu menuju arah bus stand sekolah, kedengaran kicau-kicauan sang burung-burung berdendang merdu disekitaran taman halaman, tenang serasanya rasa perasaan ketika itu... bersiar-siar sendirian dipagi Jumaat nan indah dengan anugerah nature yang semulajadi yang tiada tandingan akan kecantikannya kelihatan kembang-kembangan mekar bunga-bunga harum mewangi, ini lah hadiah yang terulung dariNya yang maha Pemurah... dimasa yang sama berbisik-bisik lembut petanda bersyukuran kepadaNya Penciptaku sesungguhnya...

Sekuntum putik bunga rose, pada bulan February nan lalu buat per-1 kalinya mencubai menanam tiga anak-anak pokok rose yang berlainan jenis dihadapan terrasse.

Yang kini sudah menunjukkan hasilnya yang begitu menawan sekali!

Setiap kali berada duduk di-terrasse pasti si-anak mata memandang tepat ke-bunga rose ini...

Rasa perasaan ibarat si-bunga rose juga... lembut gitu..

Titis-titisan air embun nan suci tersusun rapi dihujung daunnya strawberry...

Buah-buah les Fraises Charlotte/strawberry begitu segar merah meranum...

Sesungguhnya tiada apa lagi yang dipinta mahu kan didalam hidup ini yang sememangnya semenggah, sederhana dan menerima dariNya dengan seadanya... Alhamdulillah.


6 commentaires:

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat Ratna....

Zakiah seorang yang berjiwa sentimental.......mudah tergoda dengan keindahan semulajadi.bunga mekar segar di laman Ratna begitu meruntun sukma.
Dan.....photographer yang agak profesyenal untuk gambar yang sangat menarik.....

Anonyme a dit…

Assalam Ratna
Masih ada sebulan lagi genap setengah tahun sebab June baru bermula *wink*

Siapa jaga Honey semasa Ratna balik Msia? .. CS

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Cara kita dibesarkan mengikut latihan di beri semasa kecil jikalau halus, halus lah..kalau sebaliknya begitu lah. Masa silam mempengaruhi hidup kita kan Rat.. Mudah tersentuh dengan keadaan..Di latih bertutur dgn baik bukan arti impress tetapi tidak suka celupar atau menegur org cara kasar..hidup ini bukan utk
menegur/mengajar..Manusia semua berlainan..bukan semua yg boleh terima..tapi cara yg baik boleh melembut kan keadaan..Paham sangat keadaan Rat.
Tenang sekali melihat bunga2 di taman Ratna.

bintangjauh a dit…

Salam Kasih kembali buatnya Zakiah,

Berjiwa sentimental petanda lembut sesungguhnya setiap gerakan sebuah perasaan hati... petanda juga pecinta seni yang halus...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam CS,

Kiraan seper Ratna bermula dari permulaan hari pertama setiap bulan tersebut jadinya cukup genap begitu...

Sepeninggalan tempoh'hari Honey dijaga urus oleh Anakanda semua karena semingguan tersebut ada lah cuti umum... voilà.

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam sis Iha,

Benar sebenarnya buah pandangan darinya sis Iha itu... Moyang senantiasa berpesan ingat kepada Ratna bahawasanya budipekerti dan budibahasa sesungguhnya seiring bersama, dijaga dengan serapi yang boleh tidak dibuat-buat atau di-olok-olok kan... dimana kesopanan berbahasa nan ikhlas semestinya diamalkan sejurus itu wajah muka akan terukir sekuntum senyuman dibibir juga disepasang mata petanda sebuah sedekah bermurah hati dengan senangnya... semahunya Moyang begitu karena tiada yang lebih molek manis pembawaan diri itu pabila wajah muka berhias dandan dengan serlahan sebuah senyuman nan lembut... tidak kah begitu semestinya wahai sis Iha?

Salam manis semanis madu.