vendredi 22 juin 2012

Ikan Bilis...

| |


"Makan lah gorengan ikan bilis dengan bumbu sambalnya itu Jelita... elok untuk minda lagi perkuatkan semangat dan pendirian..." Iya yang benar.. Moyangku...

Sebenarnya...,

setiap kali ada terhidang didepan sepasang mata apa sahaja nama cara masakan si-ikan bilis akan sejenak memandang lama kepada sepinggan lauk yang berisi ikan bilis itu dan setiap kali adengan yang sama Moyang akan terdiam sebegitu sahaja juga dengan sabarnya menunggu sehingga setapak tangan jejari si-BintangJauh  menyentuh sudu hidangan petanda sudah mahu memakannya...

Sedari selama sebumbung dan selantai berduaan dengannya Moyang, dimana sokongan persekolahan diurus kan oleh diri sendiri, terkoteng-koteng sendirian... apa sahaja pandai sendiri, bodoh pun sendiri itu lah ibarat perumpamaannya... jika didalam kebuntuan terhadap sesebuah matapelajaran itu, jalan penyeselaian atau penawarnya ialah berusaha sendiri dan kerah kan minda sehingga ketemu jawapannya, dimasa yang sama yang sewaktu denganya terus menadah mengadu nasib kepadaNya bagi melembutkan kerasaan yang berserabut itu, dan jika kebuntuan minda menyempitkan kerasaan hati, dengan senangnya selinang berlinang titisan airmata menangis yang bertaraf bersebab ...

Dan selama itu...

dari sudut sepasang mata dan hati Moyang, dalam diam menyaksikan kepayahan yang dihadapi oleh si-BintangJauh walau pun tahu adakalanya Moyang memandang renung yang berairmuka nan resah... namun tanpa kata-kata penawar, tanpa tindakbalas bagi menyejukan rasa perasaan hati yang berantakan dengan kesukaran menemui jawapan latihan kerja matapelajaran yang diberi pada setiap hari yang semestinya disempurnakan!




Setahu diri ikan yang kaya dengan omega 3 fatty acids akan beraksi menolong bantu mencergaskan minda karena banyak kawan sedarjah disekolah juga sepupu sepusat sepusing akan mengambil sesudu cecair pati minyak ikan (fish oil supplements for children sebuah jenama yang terkenal, namanya sudah lupa) pada setiap pagi begitu minda akan menjadi geliga lagi bijaksana... namun???.

Bertanya dengannya Moyang ada kah si-BintangJauh juga semestinya mengambil atau mengamal kan seperti mereka semua bagi memeransangkan minda yang buntu itu? Jawapan Moyang "sedari sekarang keputusan peperiksaan Jelita tidak pernah melewati ditangga nombor 5 didalam kelas yang seramai 38 itu, bukannya dari menghirup sesudu minyak ikan pada setiap pagi bermakna minda akan mudah menghafal hayati Al-Qu'ran atau keputusan peperiksaan itu di-nombor yang terakhir yaitu yang corot...!!! seperti sepupu semua sedang kan mengaji umpama......." ya ampun! sampai kesana kesitu perginya syarahan dari Moyang...
Jadinya, semenjak itu tidak pernah menanya-tanya. Titik nohtah!

Namun...

Bilamasa sewaktu makan berhidang terletak ada sepinggan lauk ber-ikan bilis si-BintangJauh akan tetap merenung jauh... sejauh nun disana ... sehingga sampai mencecah dilubukhati nan syahdu karena ikan bilis itu ada terselit sebuah kesah nan silam yang bertaraf rahsia yang sedari ini disimpan kemas sekemasnya...

Ikan-ikan bilis yang dibeli dari pasar Tani yang dibawa pulang sebagai penawar selera...

7 commentaires:

ida syarida a dit…

Terpanggil untuk memberi komen.

Kak Ratna rindukan moyang ?
Ikan bilis goreng sangat sedap kak, dulu masa kecil-kecil, kalau tak ada bilis goreng, saya takkan makan nasi. :)

angahPJ a dit…

Salam..

Kalau saya beli ikan bilis, pasti saya mau yang datang dari Pangkor. Kualitinya tak usah dipertikaikan lagi. Goreng garing2, bersama bawang yang dimayang halus serta cili kering.. Ummmppp.. memang sedap.

Anonyme a dit…

Cod Liver Oil nama minyak ikan itu. Yes! I agreed with angah the quality of ikan bilis n udang, tak boleh lawan lagi setakat ini.

Sambal ikan bilis memang favouite dirumah ini.

Ahkak

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Sejarah silam yg tak akan dilupakan walau jauh mana kita berada..
Apa2pun Ratna, masa telah berlalu..pelajarilah dan ambil yang baik dr nya.

My Hb suka makan Ikan Bilis yg di goreng garing2 yg campur dgn cili padi dan bawang.

Cik Eka a dit…

pasti ada sejarahnya kan..

eka mmg suka ikan bilis goreng..sekarang eka kerja di teluk intan,perak.

jauh drai mak ayah,makan malam lauk ikan bilis goreng,sedap sis...letak bawang besar,bawang putih,ptahkan cili.

jemu asyik mkan dikedai,sekali sekala ikan bilis,sedapnya

eLL a dit…

ikan bilis goreng + cili potong + bawang sedapnya dimakan bersama nasi panas.

ikan bilis sambal dimakan dengan nasi lemak, roti dan semua juadah.

NaniRostam a dit…

Salam rat....


kadang kadang walau pahit nostalgia bila ingatan padanya bertamu kita jadi nanar merindui bilah bilah waktu yang berlalu. sungguh!! waktu yang tak mampu kita kejar untuk berpatah balik.

Yang tinggal cuma kesyukuran bahawa itulah sebenarnya nadi kehidupan dan segalanya adalah caturan hidup oleh ketentuanNya.

Walah ikan bilis adalah bahan mesti ada dalam dapur nani terutamanya untuk penyedap sambal sambalan...


Rat walau lapang dring drong nani ya..

salam rindu dan kasih sayang dari yang jauh dimata namun sangat hampir dihati