jeudi 7 juin 2012

Ketika di-dapur Valrhona...

| |


Ini lah ole-ole bungkusan kotak kotak yang dibawa pulang dengan senyuman semanis madu dimana kini minda sudah berbekal dengan ilmu "french pâtisserie/pastry techniques" yang telah ditimba pelajari dengan sepenuh perhatian sesungguhnya... pelbagai rupa bentuk kotak-kotak berisikandong Petits Fours bersama Macarons hasil usahan seramai 9 peserta yang berganding seiring sehaluan berkongsi menyempurna kan ke'semua manisan yang telah ditetap-tentukan itu.

Yang Bungsu begitu gumbira tidak terhingga pabila sepasang matanya memandang tepat kepada sebuah kotak khas berisi Macarons Coeur de Guanaja dan Macarons Ivoire Vanille.

Sebenarnya sudah merancang trigin kepingin berlajar cara technique membuat chocolat, namun... tempatnya semua sudah "fully booked" sehingga tahun depan dan "thème" yang selainnya juga sudah penuh yang tinggal cuma Macarons... lansong CintaJL berkata cuba dahulu gimana suasananya dan ditambah lagi yang Bungsu ber-iya-iya mendesak supaya Maman BintangJauh mengambil terus stage Macarons itu, demi karena permintaan yang Bungsu maka terlaksana sudah stage tersebut dengan sejahteranya...


Gambaran photo Macarons dan Petits Fours yang dibawa pulang, yummyyy!
Juga di-anugerah kan sehelai diploma kelulusan, tradisi nya begitu menjadikan diri umpama menerima ijazah pula... 

Campuran Petits Fours Biarritz juga Noyers.

Duo Macarons Coeur de Guanaja bersebelahan dengan Macarons Ivoire Vanille, super duper Yummy = tellement exquis!

Campuran duo Macarons, Financier Chocolat juga Biarrizt.

Macarons Moelleux St Emilion dit Macarons Parisiens.

Macaron Coeur de Guanaja diatas dataran bertaburan dengan serpih-serpihan Crêpes Dentelles de Gavottes.

Baru keluar dari oven, Macarons Ivoire Vanille.




Baru keluar dari oven Financier Chocolat.

Noyers yang sedang diselaputi oleh gabungan gula icing ber-orange jus lantas dibakar suhu kepanasan 210°C selama 1 menit dimana oven di-off padam kan secara serta merta! Yang ini rasanya bertahap triple AAA!

Juga baru keluar dari oven... Macarons Moelleux St Emilion.

Baru keluar dari oven, Biarrizt...

Kemudian di-isi dengan ganache chocolat,

Lekat kan kedua belah biscuits sebelum...

 dicelup benam kan didalam sauce chocolat de couverture, bien sûr chocolat de Valrhona...!


Gambaran photo Macarons Coeur de Guanaja didalam oven...


Dengan ucapan la Bienvenue, barisan nama-nama manisan pastries terpilih yang akan disempurna kan oleh 9 peserta, 8 wanita dan seorang satu lelaki, kasihan...


Tahap per-1 yakni disebelah pagi, semestinya menyiap selesai 6 jenis langkah cara penyediaan yang disempurnakan dengan sukses-nya, sekitaran jam 12:15 berangkat untuk makan tengah'hari berhidang disebuah rumah nan silam begitu mewah dengan suasana decor yang menambat hati, sayangnya tidak berpeluang mengambil clip clap gambaran photos dsepanjang makan tengah'hari tersebut dimana semeja dengannya Chef juga bersama peserta yang lainnya.




Berbual-bual mesra, bertukar-tukar buah pandangan beserta sekali dengan pertanyaan soalan mengenai techniques mem-baking dan disamping itu bertukar-tukar cerita mengenai agenda seharian sebagai surirumah atau disebaliknya yaitu keduanya sekali. Pertukaran perbualan diantara peserta yang lain telah memberi sumber-sumber yang begitu berharga sekali dan merasa seolah diri disalurkan dengan pernafasan yang baru dimasa yang sama minda di-isi dengan pengetahuan yang boleh manfa'at kan diri, pengalaman ini sesungguhnya memberitahu diri bahawasanya betapa apa sahaja namanya menimba tuntutan pengetahuan yang bertaraf sebuah ilmu itu tersangat lah begitu penting walau pun kepada yang lainnya seolah ibarat pengetahuan ini tidak akan  kemana pembawaannya, namun... itu lah nikmatnya karena yang dipelajari itu teramat lah yummy sangat bangat...... 


Chef Sébastien Curtalin ketika me-demontrasi susunan inti untuk Noyers.

 Disebelah petang pula yakni jam 2:15, bermula lah acara mengisi segala bagai inti isi/fillings untuk menyempurnakan manisan yang telah disiap sedia kan disebelah pagi tadi.
Seramai 9 peserta dibahagi dua groups dimana terdapat dua islands bench top ber-marble dan BintangJauh dipisah kan dengan group ber-4 dan selebihnya ber-group 5 peserta.


Biji-bijian mutiara chocolat yang dibeli dari boutique-nya Valrhone.


Disepanjang sepetang itu atmosphere&ambiance begitu tenang sekali dimana masing-masing sudah tahu dan ngerti tugasannya, tidak kelam kabut... tidak juga terhegeh-hegeh lembab, jadinya boleh digambarkan mereka semua serasi sesuai bersama berkongsi tugas dengan discipline yang teratur lagi cekap sekali.


Macarons Moelleux St Emilion setelah di ayak atas dataran dengan gula icing.

Noyers, sedang dihiasi dengan kacang Pignon de pin bersamaan potongan kiub orangettes.

Macarons Coeur de Guanaja yang ber-chocolat setelah dipicit-picit dengan sepenuh kosentrasi yang sukar digambarkan... yang ini disempurna kan oleh group sebelah seramai 5 peserta.

Yang ini juga, Macarons Ivoire Vanille yang dipicit-picit oleh satu-satunya  peserta lelaki dikalangan 8 peserta wanita... group BintangJauh seramai 4 peserta.

Gambaran Macarons Coeur de Guanaja setelah ditaburi merata oleh serpih-serpihan Crêpes dentelles de Gavottes.

Gambaran Macarons Ivoire Vanille setelah ditaburi oleh serbuk vanilla, yang ini disempurnakan oleh group BintangJauh.

Di-akhiri dengan gambaran photo (dirumah), hasil air tangan dari 9 peserta stage Macarons et Petits Fours di-L'école Du Grand Chocolat Valrhona, begini lah rupa paras hasil kejadian yang telah disempurna kan dengan sejahteranya bermula dari jam 9:00 am sehingga 5:30 pm.


Antara gambaran photo-photo yang sempat dirakam dengan kebenaran yang telah diluluskan dari Chef Sébastien Curtalin, sesungguhnya... seharian menyempurna kan segala manisan yang terpilih yang kini sekurang-kurangnya sudah ngerti dan tahu sekadarnya sebagai langkah per-1 mengetahui cara cara-techniques yang sebenar betulnya dibawah panduan dari seorang Chef professional yang tiada tandingan pengetahuan tinggi yang ditunjuk ajar dengan ketelitian yang halus... sesungguhnya menghargai nian seniannya seharian yang mewah dengan ilmu pengetahuan dan semenjak semalam rasa perasaan hati bermekar-mekar umpama sekuntum bunga dimusim printemps.


10 commentaires:

Nor Azira Mohd Yunus a dit…

Assalammualaikum. Kecur air liur tgk macarons tu semua. Sgt cantik dan npk sangat lazat. Everyday kena bukak blog Pn Ratna....dah mcm ketagih pulak. Anyway, congrats on jobs well done.

Ria a dit…

aduh..terliur melihat nya kak..ade lagi x??jelous melihat valrhona choc pasti murah di sana..hari tu ada beli dengan kawan, tapi sayang mahu guna..takut habis..kapan mau pulang Malaysia..bole kirim..hehe

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Tentu sekali dah boleh buat Macaroons ya..nanti boleh dipamerkan.
I love the french when comes to bakings, petite dan teliti gitu..juga cara2 menghiaskan makanan, ya Ratna.
Mungkin juga Ratna terikut2 cara sana, pandai mengayakan kek2 atau apa saja makanan nampak angun sekali. Juga menulisan yg halus dan lembut..Sorry Rat, bukan mengangkat ya..the truth! Your blog is one of my fav..

angahPJ a dit…

salam ratna..

Cantik2 macaron , sayang pulak nak makan! :) happy weekend

Kak Rose a dit…

Salam Ratna,

bertuahnya badan dapat mempelajari berbagai teknik membaking dari chef terkenal... kagum dengan ketelitian semua dalam menyediakan dan memperagakan hasilnya.

tahniah, sudah boleh jadi guru bertaulaih ni. bila nak ajarkan kak rose ya? he he he

Anonyme a dit…

assalam Ratna
Sangat awesome! dan geram sbb tak dapat rasa.

Makanya hidangan kueh pada raya nanti adalah yang baru dipelajari ke? .. CS

aznimatisa a dit…

Salam Ratna,
cantik kuih muih nya dan chef yang hensem.

><

Muna a dit…

salam sis...lagi terliur tgk macaron tu bila tengah berpuasa hari ni...;) rasa macam nak terbang sekarang ke france utk merasai kesedapan macaron tu...:)

NaniRostam a dit…

Salam rat...


memang hati berbunga-bunga kalau bertambah walau sedikit ilmu di dada...


yang penting selepas ni mahu tengok hasil air tangan rat pulak

Kemudian nanti, biar nani belajar dari rat...



Salam kasih sayang...

Owners of Monster Jambu a dit…

Hello Aunite Ratna!! Terliur Alisya tengok semua tu. Nakkkkk!!! Teringin gila gila!