lundi 11 juin 2012

L'Amour itu...

| |

Circa 1987, per-1 kali bersua muka tidak ada petanda apa sahaja yang boleh dikatakan akan berteduh sebumbung, setangga, sebidang lantai, sepintu juga bingkaian tingkap... dan akan dikurnia dengan 3 zuriat yang dipanggil Anak.

Per-1 kali itu, tindak balas dari CintaJL begitu kusam... tanpa perbualan, tanpa bertukar nombor telephone atau alamat, pandang memandang diantara satu sama lain juga bertaraf kan syarat sahaja dengan jeling-menjeling separuh hati tanpa kesah apa kah perasaan daku atau dikau... tidak peduli karena tahu lagi ngerti jangan membuang masa dengan seseorang yang tidak peduli...


Hari per-1 yang sepatutnya disejarah kan sebagai pertemuan per-1 itu berakhir sebegitu sahaja... tanpa menyebut "sampai nanti.." atau "esok pasti ber-dring drong..." sayang sekali ... jauh dari perjangkaan, dan disudahi pulang tanpa berkesempatan bersalam petanda tunduk hormat. Di-ambang larut malam duduk sendirian tanpa pertanyaan... karena tahu pertemuan itu tidak dirancang hanya terjadi maka jadi lah diatas desakan dari sis Kecil supaya BintangJauh menemaninya 'ber...dating' dengan seorang kenalan dari Peranchis dan kebetulan CintaJL juga ada bersama dan kebetulan diperkenalkan sebegitu sahaja...

2 minggu kemudian, tersentak oleh isyarat dari sis Kecil bahawasanya pandangan sepasang mata sayup memandang ke-arahnya kelihatan seorang yang dikenali namun tanpa perasaan serasanya ketika itu karena tersentap dengan pertukaran peribadinya seolah ada tujuan dicelah-celah ... tampak ceria sekali tidak sama serupa seperti dihari per-1 itu, kok keras kejang kelakuannya... sehingga memandang pun seperti tidak berkenan lagi kan membuka perbualan umpama hendak ta' hendak karenahnya.


Memohon kemaafan berkali-kali dan mencubai dengan sedaya upayanya untuk memperbaiki terhadap buruk kelakuannya dihari per-1 itu, diatas alasan yang dirinya terlalu penyegan malu dan terpegun dengan ---------- si-BintangJauh, iya yang benar...


Tambahnya lagi selama 2 minggu itu mandi ta' basah, makan ta' kenyang, minum ta' terasa, tidur ta' lena
dan kerja ta' semenggah dan selama itu juga  mencuba menghubungi kawannya untuk menetap kan pertemuan semula dengan si-BintangJauh, dan untuk dijadikan cerita kawannya itu sudah pulang kembali ke Peranchis., oh la la la... hancur berderai harapan yang dijunjung tinggi, termenung sudahnya!


Semenjak ketika hari tersebut... terjalin lah kemesraan yang dijaga rapi karena selama sepanjang tahun-tahun yang bersilih ganti sehingga lah hampir genap ke-tahun 3 itu seolah layarcerita tersebut tanpa penghujung...
Namun, hairan begitu hairan dengan cara CintaJL yang lansong tidak berkelakuan seperti orang berkasihcinta, tidak pernah memandang dengan renungan ala romantik, tidak pernah berbisik petanda memuji-memuja panjangkata tiada lansong petanda apa sahaja yang boleh menjadikan diri sudah dikasihi... tidak juga kelihatan petanda kasih sayang atau sekurangnya baik dari tutur bicara bahasanya atau baik dari gerak gerinya selama 3 tahun tanpa sebarang petanda.... akan tetapi hendaknya bertemusua pada setiap minggu (CintaJL berkerja selama 4 setengah tahun diKL), jika ditolak pelawaan itu terus merajuk dan jika dipujuk berejam-jam baru reda itu kerajukan... melampau sungguh karenahnya dimana yang sepatutnya BintangJauh yang akan terasa hati atau merajuk, ini tidak... kok dikau sebegitu sekali wahai CintaJL...  pabila difahami bahawasanya CintaJL ialah anak terakhir yakni yang bungsu, iya... ngerti sengertinya, manja sesungguhnya lelaki made in France yang seorang ini...

Diatas sebuah gunung bernama Mont Blanc, disaksikan oleh kedua Papa&Maman CintaJL dengan handsome-nya memegang kedua telapak tangan BintangJauh dengan sebuah pandangan yang begitu berbeda sekali yang tidak pernah ditunjukkan selama disepanjang 3 tahun berkenalan mesra... begitu syahdu... begitu handsome... begitu benar sebenarnya kata-kata yang disebut bermaksud lamaran rasmi yang bersuasana sejuk dingin ditengah terowong serupa sebuah gua berbumbung tinggi bersaluti es, dingin serasa nya namun hangat suam serasa dihati... juga memohon kemaafan karena selama ini bersikap dingin sesungguhnya terhadap BintangJauh (ketika CintaJL memberi penjelasan kelihatan jelas bergenang airmata disepasang matanya ..) alasannya ialah begitu takut BintangJauh akan beralih hati karena dari mula sudah terasa bahawasanya BintangJauh bersikap begitu biasa sebiasanya hanya melayan kehendak permintaan CintaJL semata-mata seperti kasihan terhadapnya...
 ya ampun! iya yang benar... sebenarnya hanya menyusuli tunjukajar dari Moyang; jangan sesekali menaruh hati dengan seseorang itu mengikut rasa perasaan yang tidak boleh dikawali, juga mengasihi seseorang itu dengan sederhananya, semahunya begitu...
Dengan sebuah senyuman... sambil memandang tepat ke-arah kedua Papa&Maman nya CintaJL yang tanpa henti memberi isyarat mengangguk-angguk kan kepala mereka petanda OUI... Dengan arahan tersebut BintangJauh pun melafazkan perkataan itu yakni Oui!

Papa&Mamanya CintaJL terus menuju kearah pasangan dua sejoli itu dengan ucapan bersyukuran, tahniah beserta cium-ciuman Kasih dari mereka berdua petanda merestui ikatan L'amour itu...

Sekalong rantai mutiara hadiah dari IbuMertua diberi sebagai hadiah petanda merestui pilihan Anak lelakinya yang bungsu, rantai mutiara ini ada lah kepunyaanya sebuah hadiah dihari UlangTahun perkahwinannya nan silam, dimana pada tahun ini akan menyambut hari UlangTahun perkahwinan mereka segenap 60 tahun, Alhamdulillah... syukran bersyukuran kepadaNya bahawasanya mereka berdua diberkati dengan ikatan perkahwinan yang kekal abadi sehingga kini, serasa hati alang kah bertuah mereka masihi bersama sehati sejiwa seiring sekata serasi sesuai bersama...

12 commentaires:

angahPJ a dit…

Salam Ratna..

Terpegun membaca kisah cinta ratna! Wow! sungguh amazing. Saya rasa bulan ini ialah anniversary Ratna yang ke 22 tahun. So, happy anniversary to you my dear friend.

Angah a dit…

semoga kasih sayang berpanjangan...amin

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Sekiranya Ratna menyambut Anniversarry ataupun sebaliknya..saya mengucapkan *All the best to you and Cinta JL*

CS a dit…

assalam Ratna
Syahdu sungguh kenangan yg dikupas semula dgn begitu indah, auwwww... Macam diri ini pulak yang kena propose diMont Blanc, hehe..

Ada 1 soalan.. siapa yang mengekori Ratna semasa sedang membeli buku diMPH? Bukankah Mr Lukman himself?? Kita keliru..

bintangjauh a dit…

Salam kembali AngahPJ,

TerimaKasih segunung tinggi dengan ucapan dari Angah yang budiman... Ratna juga terpegun lansong menggigil kesejukkan pabila dilamar diatas gunung itu, jika dikenang-kenang kan kembali serasanya masih tidak percaya...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Angah,
TerimaKasih segunung tinggi dengan ucapan doa itu... semoga-moga hendaknya...

Salam manis semanis madu.

aznimatisa a dit…

salam Ratna.
Dekni doakan selamat pengantin baru pada pengantin lama yang sentiasa baru,hihi sungguh comel entri ini. Kenang-kenangan indah :-)

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam sis Iha,

June 9 bersamaan harinya Sabtu dan hari tersebut CintaJL akan berlepas pergi keluar negara secara mengejut ada letupan di Power SubStation transmission jadinya terpaksa pergi dengan secepat mungkin hanya menyambut sebegitu sahaja tiada yang istimewa...

TerimaKasih segunung tinggi dengan ucapan itu, semoga hendaknya...

salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam CS,

Jangan keliru begitu... bukan Luqman. Yang mengekori Ratna dari MPH itu ialah yang ter...paling... ya ampun, gimana ya... Mr Ti Amo dari Italy, kasihan sesungguhnya...

Iya... Ratna sendiri tidak pernah menduga begitu sudah layarceritanya berakhir... tanpa sebarang petanda tetiba dilafazkan dengan linangan airmata betapa tinggi kasihcintanya yang dipendam selama 3 tahun maka itu Lugman aka CintaJL berpakat dengan Papa&Maman nya melamar Ratna diatas gunung nan tinggi dibagai umpama kan begitu rupanya... kus semangat!

Salam manis semanis madu.

Cik Eka a dit…

selamat ulangtahun perkahwinan sis..indahnyaaa lamaran cintaJL sis.........

eka pun bakal jadi isteri orang tahun depan..kalau dekat,dah lama eka hantar kad undangannya....

semoga cinta sis hingga ke akhirnya....

NaniRostam a dit…

Salam rat...


Alhamdulillah...cinta itu adalah milik kamu berdua...

Punya suami yang amat mencintai rat...

Insyallah berkat doa dari semua pasti bahagia berterusan hingga menutup mata. amin

Salam kasih sayang.

yaya a dit…

salam
pepatah pernah menyebut..' kalau cinta kita membuat kita semakin bertaqwa,maka itulah petanda bahawa cinta kita adalah cinta sejati.Namun kalau cinta kita justeru menjauhkan kita dari ketaqwaan maka itu bukanlah cinta yang sesungguhnya melainkan hawa nafsu kita
p/s: semoga cinta kita hingga ke syurga.amin

happy anniversary~