lundi 25 juin 2012

L'entrée couloir, the hallway...

| |



Mengapa begitu berkenan lagi terjatuh hati terhadap rumah bertaraf uzur ini... karena sewaktu ketika melangkah masuk ke-dalam dan berada dikawasan lorong laluan yang mengadap anak-anak tangga dengan cahaya yang terang benderang datang dari sebingkai tingkap yang tinggi diperantaraan tengah lantainya tangga menjadi kan diri begitu tenang seakan disambut  oleh nurcahaya nan lembut sinarannya petanda badi rumah bertaraf uzur ini baik sahaja.

Walau pun masih tidak semenggah sempurna keadaan suasana lorong laluan ini, dimana masih berupa seperti dahulu tanpa disentuh ubah suai kan lagi namun... begitu senang dengan gabungan warna-warni sebidang lantai bersimen secara silam... sealunan serasi sekali dengan warna semulajadi kayu tangga juga perabot-perabot yang digunakan...


Pangkal puncak tiang tangga berkayu Chêne/oak.

Traditional French style cermin hadiah dari Ratu Deb dan meja dari IbuMertua. Wall paper origine dimana sudah sedia ada melekat terpasang di-dinding semasa rumah ini dibeli, tahun ini akan di-tukar baru itu wall paper yang berkurun lamanya, seperkara lagi tidak berkenan dengan rupaparasnya...

Tangga berkayu Chêne/oak naik ke-atas sehingga tingkat 3.

Kelihatan sebuah pintu ber-saiz cenonet dibelakang tangga sebagai pintu keluar kebahagian belakang terus mengadap terrasse/patio halaman.

Gambaran dari hadapan pintu utama.

Himpunan botol-botol perfume yang diterima sebagai hadiah.

Gambaran dari tangga mengadap pintu utama.

Voilà.


p/s: kepada semua para bloggers yang menjadi members dimukablog ini.
Wahai para bloggers... selamat berkenal-kenalan juga ribu-ribuan TerimaKasih... TerimaKasih kepada semuanya... akan Ratna luang kan diri membaca dengan sepenuhnya blog-blog para bloggers sekalian bagi mengenali setiap para bloggers dengan senyata yang mungkin meski pun hanya dari gambaran photos juga gaya penulisannya, sampai nanti...


7 commentaires:

Muna Mahdzar-Fadaaq a dit…

Salam Ratna
I love old architecture too.
Your house is beautiful... more photos, please...
xoxo

Anonyme a dit…

assalam Ratna
Kerap singgah disini tapi kejap2 aje; sama juga singgah keblog kawan2 yg lain, juga kejap2. Tak terdaya nak mengomen namun keadaan sekarang lebih tenang so boleh sambong kehulu kehilir cam biasa berooolalaa.. :-)

Tengok pada gambar, rumah Ratna luas juga. Mungkin you ada pembantu tolong mengemas/ membersihkan rumah; kalau tidak penat juga ya?

Salam manis semanis kurma :-)
-CS-

eLL a dit…

klasiknya sis rat. sebelum ni hanya lihat dalam filem-filem inggeris/perancis sahaja perhiasan seumpama ini...

Cik Eka a dit…

cantiknya sis..berkenan eka melihatnya.nampak klasik sangat...

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Dr gambaran neat sekali rumah Ratna..
tersusun rapi tak berselerak..Ya lah tak ada anak kecil nak mengotorkan..
Bagaimana Ratna mengemas dengan tanaman lagi..betul kata CS, ada maid ke?

NaniRostam a dit…

salam rat...nani seperti mahu berjalan meneliti setiap inci dinding lantai dan seperti kembali di zaman nani kecil memerhati setiap klasiknya binaan rumah nenek dikampung dulu...

Dengan perabot kayu yang klasik....

Sambil tiduran di atas lantai di tepi almari sambil memandang siling dan seluruh ruang rumah yang nani rasa asing waktu itu.

Rumah yang rat beli, duduki dan sayangi itu mengembalikan kenangan silam zaman nenek moyang.

salam kasih sayang.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam kepada semuanya,

Disini, mustahil ada pembantu rumah bagi mengurangkan kerjaan dirumah karena bukan sahaja gaji mereka yang tinggi juga segala medical care atau kemalangan ada lah dibawah tanggungjawabnya majikan maka itu tidak lah mampu untuk punyai seorang pembantu rumah jadinya selaku bertaraf seorang surirumahtangga Ratna urus segalanya dengan selapang jiwa dan seringan tulang dimana semesti wajib menerima kenyataan hidup dengan seadanya...

Tampak tidak berselerak karena isi rumah tidak kecukupan perabot tertentu yang bermaksud masih tampak kosong jadinya senang dikemasi, gitu...

Ratna bahagi kan hari hari supaya terurus dengan seimbangnya, jika tidak begitu amat mustahil bagi Ratna untuk menyempurnakan diantara didalam rumah dan diluar dengan tanaman yang memerlukan perhatian yang secukupnya.


Setakat ini masih tidak dapat Ratna peragakan dibahagian lain sekitaran dalaman rumah karena bertaraf tidak semenggah rupaparas dan keadaannya,dimana ada terdapat perkakas alatan pertukangan dimerata bilik yang seharusnya diubahsuai kan, maka itu...

Salam manis semanis madu.