mardi 5 juin 2012

Menyingkap yang silam...

| |



Bunga-bunga Pivoine/peony yang dipetik pada se-awal pagi tadi yang kini sudah mekar mengembang menjadi sarat rapat kelopak-kelopaknya, cantik dan berbau harum sekali...


Sedari kecil, zjaman keanakan riang-riang ria kerjanya tersengeh-sengeh malu sambil bernyanyi-nyanyi seloka seakan puisi yang berirama sederhana namun ceria... berdendang bersama para kawan-kawan seangkatan sekalian... sesungguhnya tidak jemu walau pun berbunyi kuno tarafnya.


Esok akan menuju perjalanan  ke-Ecole Du Grand Chocolat Valrhona di-Tain L'Herrmitage, oh la.. la... la... seharian si-BintangJauh menghadiri classe mem-baking itu dan ini...


Disepanjang perjalanan yang akan berpanjangan selama 1 setengah jam lamanya nanti, rasa perasaan pasti akan menyingkap kembali apa sahaja yang tersentuh didalam anak hati lantas akan berselang seli mendendangkan lagu-lagu seloka nan silam seperti enjit-enjit semut, rasa sayang hey juga chan mali chan oii ...oii...


11 commentaires:

eLL a dit…

saya suka lagu Tiga Kupang. Hermmm, indahnya suasana masa kecil kan.

Rasanya peony lebih cantik kelopaknya, besar-besar, harum, warna gemilang.

aimi a dit…

cantiknya,sekali pandang macam bunga tipu, tak sangka bunga betul ,bestnya

Engku Artini a dit…

cantiknya gambar bunga n strobery!!

Anonyme a dit…

assalam Ratna
Bunga tu sebesar tapak tangan ke?

Selamat belajar dan selamat dlm perjalanan. Jgn lupa kita disini .. sekeping sorang apa juga dessert yang ada...CS

Irfa a dit…

cantiknya bunga :)

Nor Azira Mohd Yunus a dit…

Magnifique......

Mak Wardah a dit…

Salam. ratna, entah kenapa bila saya kepenatan, kelelahan atau mood saya tidak berada pada tempat yang betul, saya buka blog ratna. Walaupun saya tidak menulis apa2. Bila buka blog Ratna, perasaan lelah itu berganti, beralih ke arah lebih postif. Kalau stress dengan tugasan yang bertimbun, saya alah bila membaca tulisan Ratna. Tqvm Ratna, sekarang saya amat hargai rakan2 blog saya. Walaupun tidak kena muka tapi tulisan anda mampu menceriakan saya, Alhamdulillah. Tkasih Ratna, salam ukhwah dari jauh.

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna.
Cantik sungguh peony2 tu..adakah sewangi Rose?

Selamat belajar...dan seharusnya berkongsi bersama apa jua masakannya ya..

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan Salam kepada eLL, Aimi, Engku Artini, CS, Irfa juga Nor Azira Mohd Yunus...


Bunga-bunga Peony yang ada dikawasan taman halaman bertukar saiz dan warnanya mengikut suhu tahunan, begitu hairan sekali pada tahun ini kok besar giant saiznya walhal pada tahun lepas saiz-nya sederhana besar sahaja dan terdapat serumpun pokok Peony berbunga dua warna yaitu pink dan merah menyala... setahunya yang merah menyala itu saiz-nya kecil sahaja dan kelopaknya tidak sarat... gimana pun apa sahaja perubahan ke-atas kejadian terhadap si-bunga bunga Peony ini semestinya menerima dengan seadanya karena itu lah semahunya Yang Esa, kejadian nature yang semulajadi...

Baunya harum mewangi semerbak umpama parfum made in France... gitu!

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam Mak Wardah,

Sesungguhnya kata-kata Mak Wardah nan indah itu mesyahdu kan rasa perasaan Ratna, TerimaKasih segunung tinggi dengan penghargaan juga perhatian yang ikhlas terhadap blog Ratna ini, terima lah Ratna dengan seadanya, begitu lah yang digambarkan begitu lah mukadiri Ratna yang sebenar-benarnya...

Semoga Mak Wardah sehat senantiasa juga perolehi ketenangan yang aman sejahtera sedamai sebuah jiwa nan permai.

Salam ukhwah juga buatnya Mak Wardah dari Ratna yang jauh nun dihujung dunia.

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam sis Iha,

Iya... seolah seakan bunga Rose atau bunga jasmin baunya... dan saiznya kok besar sekali sebesar telapak tangan seorang lelaki yang gagah perkasa... gitu!

TerimaKasih dengan ucapan selamat itu dan telah disempurna kan stage tersebut dengan jayanya, Alhamdulillah...

Nanti-nanti akan Ratna cubai apa sahaja manisan yang telah dipelajari itu dan akan disertai dengan resepinya sekali, voilà...

Salam manis semanis madu