mardi 12 juin 2012

Mes jolies fleurs de Juin...

| |


Meski pun cuaca semakin comot, hujan... hujan... hujan turun merenjis tanpa henti, akan tetapi suasana ditaman halaman masih berseri dengan adanya bunga-bungaan yang berwarna-warni. Se-awal pagi, mengambil peluang me-clip clap beberapa photos kembangan mekar bunga-bunga yang baru mengembang kembang dengan anggunnya...

Meski pun... ada bunga-bunga yang layu lesu yang dibasah kuyup oleh renjisan hujan namun masih ada serinya, penglipur lara untuk penghibur duka yang comot tadi...


Yang ini Renoncule/buttercup atau nama botanic nya ialah ranunculus dari family Ranunculaceae.

Ditanam buat per-1 kalinya pada awal January dan begini lah rupaparas nya.

Yang ini...?

Cosmos berbunga warna chocolat.

Yang ini namanya Aster.

Bunga berupaparas "clochette" campanula sarastro/ loceng ini begitu rimbun bunga-bunganya, malangnya... dek renjisan air hujan bunga violette ini menjadi rosak bentuknya  karena terlalu basah kuyup...

Yang ini berlatar belakang dihadapan bangsal pintu kandang kuda.

Bunga rose dihadapan tepi gate yang berusia silam...

Melentok jatuh dek renjisan air hujan...

Kasihan...

Bunga Seringat atau seringas ditepi garagenya CintaJL, berbau harum semerbak serupa jasmin.

Walau pun cantik berseri akan tetapi tidak sesuai sebagai jambangan bouquet didalam vase, tidak bertahan lama sejam kemudian menjadi berubah layu tidak bermaya...

Putih suci warnanya...

Oops... gambaran photo ini diambil clip clap dari tepi pagar rumahnya jiran Madame D, kelihatan sepokok rose jenis menjalar merimbun sarat dengan kembangan mekar bunga-bunganya. Pada keseluruhan rupaparas taman disini Peranchis, gaya yang disukai ialah gaya rustik sebegini rupa semahunya seperti gabungan sebuah pasu buatan traditionel sebagai contoh.
Clip clap photo ini karena adore terhadap bunga-bunga rose itu, cantik sekali menambat hati setiap kali memandangnya.

Voilà!

6 commentaires:

aznimatisa a dit…

Assalamualaikum Ratna,

Apa khabar. Harapan dekni agar bintang jauh di tanah Perancis sihat sejahtera dibawah lindungan Allah selalu.

Cantik sungguh bunga2 itu. Terasa segar dan seperti turut berada disana. Walaupun terpaksa menunggu photo2 Ratna berpusing lama untuk di upload,.namun akhirnya berbalas dengan 1 ketenangan jiwa bila melihatnya.

Ceria2 selalu Ratna

Cik Eka a dit…

cantiknya bunga yang tumbuh melimpah tu..suka betul tngok

Angah a dit…

indahnya, rasa nak duduk berada dalam kelopak-kelopak bunga ini...

eLL a dit…

wah. teruja dapat tengok spesis baru bunga-bunga yang selama ini tidak pernah diketahui. cantik. adore. ada ya ros menjalar? sesuai tanam di tebing-tebing kan.

Mak Wardah a dit…

Salam dari Malaysia, cantik sangat gambar2nya, jiran saya orang China ada rumah yang dipenuhi bunga2 ros tetapi saya tidak berani mengmabil gambar. Terima kasih Ratna.

NaniRostam a dit…

Salam rat....cantik susun atur pokok pokok bunga yang ditanam....


Kadang-kadang admire sangat idea kretip dorang.



Salam kasih sayang.