mercredi 20 juin 2012

Mudah & cepat disempurna kan...

| |

Sebagai memenuhi sebuah permintaan dari seorang adik blogger aka anonymous, disini kak Ratna papar kan resepi bahan-bahan adunannya gâteau berkacang noix/walnut ini.


Sudah dinyata kan sebelum ini, gâteau ini begitu mudah lagi cepat disedia sempurna kan... tidak banyak embelnya...

Bahab-bahan ramuan yang diperlukan ialah,

100 gm kacang walnut yang dikisar halus/serbuk kacang yang siap dibeli
100 gm dark chocolate diparut kasar
50 gm icing gula
2 sudu besar gula perang
25 gm tepung jagung maïzena
45 gm tepung
1 camca sudu kecil baking powder
70 gm butter cair
2 biji telur
secubit garam
2 sudu besar whipping cream
vanilla essence/vanilla bean
10 ulas kacang walnut yang di-kerat cingcang kasar.

Panaskan oven suhu 160°C. Terlebih dahulu, cair kan butter dan ketepi kan. Parut dark chocolate. Didalam sebuah mangkuk, campurkan serbuk kacang walnut, tepng jagung maïzena, tepung, baking powder.

Putar telur, gula icing, gula perang, vanilla dan secubit garam sehingga kembang...

Curah kan adunan telur ke-dalam campuran adunan kering dan gaul kaup semula selembut yang boleh sehingga sebati dan campuri whipping cream gaul sepusing dua, di-akhiri dengan curahan butter cair juga parutan dark chocolate, gaul kaup semula dan sudu kan ke-dalam setiap ramequin yang  beralas dengan parchment paper baking cups atau yang dibuat sendiri, bakar sekitaran 25 menit. Voilà!

Rasa kerasaannya yang lemak manis, lunak dan lembut... nyaman jadinya, dengan adanya parutan chocolate menambah kan lagi rasa gâteau ini bertambah yummy, serasi sesuai sekali gandingan antara dua bahan ini.

Jika suka taburi kekacang walnut yang telah di-kerat cingcang kasar sebagai penyeri diatas dataran gâteau sebelum dibakar.
 Ketika gâteau-cake ini keluar dari oven, ya ampun... baunya harum semerbak sekali!

Selamat mencuba.

4 commentaires:

Anonyme a dit…

Assalamualaikum dan terima kasih.

Nanti suatu hari akan kudedahkan siapa sebenar diri ini yang hanya bak pepatah Inggerish "Plain Jane".

Akan kudedahkan juga blog itu nanti, tunggu ya

Ahkak

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam Ahkak,

ya ampun, iya yang benar...akan Ratna nanti tunggu kan dengan sepenuh kesabaran...!

Seringkali jika diumpama pepatah kan sebagai "plain Jane", Ratna rasa ada lah disebaliknya, bukan kah begitu wahai Ahkak?

Salam manis semanis madu.

fg a dit…

terima kasih. petang ni pasti akan ku cuba

NaniRostam a dit…

terima kasih rat...bila jadi nanti akan ku gembar gemburkan..huhu


salam rindu.