jeudi 28 juin 2012

Seharian diluar halaman...

| |


Gambaran dikawasan Potager sayur-sayuran, kelihatan salades sudah besar secukupnya dan sudah dirasmikan dari seminggu nan lalu... CintaJL senanghati karena dari sekarang boleh sahaja menjamu salades yang diambil terus dari taman Potager.

Kelihatan tanaman French bean kacang buncis sudah tumbuh... tampak subur sekali, juga salades Rouge de Grenoble dan rimbunan pokok-pokok tomates yang sedang sarat berbuah...


Juga Courgette sedang sebok berbuah...


Yang ini courgette/zucchini berwarna hijau cerah lembut, yummy jika dibakar panggang diatas bara bbq kemudian dicucuri dengan lelehan minyak zaitun juga taburan dedaun parsley atau basilic yang dimayang halus, yummy!


Ini courgette/zucchini berwarna kuning diraja, pertama kali menanamnya karena trigin tahu gimana perbedaan rasanya diantara yang hijau, kini sudah berbuah... sudah tampak hasilnya.
Setakat ini sahaja, nanti-nanti selainnya...


******************************

Karenah-aksi Honey Aristocat sedang bobok dibawah sepohon pokok Buis berusia seratus tahun... dengan lingkaran tumbuhan Iris disebalik celah-celahan rumput-rumput liar...


Sepohon pokok Buis.




Musim panas yang panas... dan semenjak itu Honey Aristocat bersenang lenang ditaman halaman... sudah tidak mahu berada didalam rumah juga tidak mahu berbobok tidur diatas dataran duvet-nya... panas!


Mahunya sekarang ialah sebegini, tempat boboknya yang terkini...
dipanggil sahut namanya...


Terangkat sedikit kepalanya dengan rupaparas yang comot...


Diminta kasihani jangan diganggu lagi...


Renungan letoi bercampur mengantuk...


Boleh ssshhh...!...


Sudah tidak peduli dengan sahutan darinya BintangJauh.


Kupejam tutup sepasang mataku... petanda bobok!

Rasa perasaan begitu gumbira yang teramat sangat karena bulbes Lys yang ditanam pada bulan February nan lalu sudah menampil kan hasilnya yang cantik menawan...

Adoreee...nya!


Seterusnya peragaan gambaran photos bunga-bunga Lys yang sedang kembang-mengembang dengan mekarnya.


Yang ini berwarna kuning diraja.


Yang ini pula berwarna peach ke'emasan. 









Ditanam didalam sebuah pasu berkayu, kelihatan gambaran terrasse/patio dibahagian belakang halaman.

Dimasa dan waktu yang bersamaan dengannya Hortensias/ hydrangeas juga sudah bermula mengembang... dan hairan sekali, kok tahun ini warnanya pink rose walhal warna asalnya ialah unggu!

Berlatarbelakang sebidang terrasse/patio.


Kelihatan juga serumah caretaker dimana terdapat garage, bilik membasuh pakaian, bangsal kandang kuda, tandas, reban ayam juga sebuah bilik khas untuk keperluan pembantu rumah, begitu lah caranya dizjaman dahulukala rumah serbaguna diasingkan dengan rumah utama.








Voilà!

"Rêve ta vie en couleur, c'est le secret du bonheur" Walt Disney.

5 commentaires:

azieazah a dit…

Wow kagum sekali saya tengok persekitaran rumah Che Ratna. Nyaman dan sejuk mata memandang.

Pasu berkayu tu tak mudah reput ya? Agaknya di sana jarang hujan kah?

Kucing tu aduhhhh.. comelnya dia.

eLL a dit…

rajinnya sis menanam. cemburunya! banyak tanaman.

kesian honey badan habis basah.

bunga lys itu macam bunga lily ye kak tapi daunnya je beza kan

Angah a dit…

sungguh angah jatuh cinta dengan keindahan disekeliling Ratna...

Cik Eka a dit…

eka seronok tengok pokok2 sayur sis tu.

kan seronok kalau ada laman belakang atau tepi rumah yang boleh menanam

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Geram dengan semua yg dilihat drpd tanaman sayuran yg segar, Honey yg gebu dan bunga2an yg cantik menawan.
Ya Allah, bertuahnya dpt memetik sayuran yg ditaman sendiri, belum lagi Ratna tunjukan buah2an pula..sungguh segar. Ohh Rat..bertuahnya, dan hendaknya bersyukur pada Illahi..kann Rat.