vendredi 15 juin 2012

Ya ampun... bulan Ramadhan bakal menjelang tiba...

| |

Ada terbaca satu dua blogs-nya para bloggers sudah mencanang kompang menyebut perihal baju-baju kurung&baju melayu bakal sambutan HariRaya, sama'ada sudah dibeli atau ditempahi dengan sempurnanya dimana persiapan salinan baju-baju perayaan tidak perlu dirisau kan lagi, tetiba... sejenak si-anak hati berbisik, ya Allah ya tuhanku... bahasawanya bulan berpuasa yakni bulan Ramadhan hampir menyapa... sah! iya, terbukti sudah...ini ada lah satu petanda menunjukkan pabila bermastautin menetap diperantauan orang dimana segalanya begitu berbeda sehingga suasana ke'islaman disekeliling itu tidak terasa sesungguhnya!

Ya ampun maha keampunan...


Iya yang benar...

Terus meniti turun satu... satu.. anak tangga dijejak langkah menuju ke-dapur, buka peti es dan mencapai dua pot nenas jam yang disediakan pada awal tahun bagi mempastikan sama'ada kerasaan juga tekstur jamnya masih boleh diterima oleh selera si-anak tekak, Alhamdulillah... syukran, masih yummy...!
Jadinya... tidak perlu lagi bersusah-payah menyediakannya karena sudah siap sedia, untuk nenas tart nanti hanya menyediakan adunan dough-nya sahaja!


Langsung keluarkan segala bagai acuan dan penerap buatnya pelbagai biscuit petanda hari perayaan yang bakal disambut nanti...


Dari gambaran atas,


Disini Peranchis, walau pun tidak lengkap sempurna gaya sambutannya Hari Raya IdilFitri namun sekurang-kurangnya ada terdapat satu dua petanda hari mulia sebagai penawar...

6 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Ya benar Ratna..Idil Fitri akan tiba..
Sudah ganti puasanya? Ini yg membuat saya selalu kesuntukan masa..kelamkabut pabila masuk bulan rejab. Apa2 pun walau dimana kita berada, kita akan tetap meraikan hr yg mulia itu nanti..ya Rat!

Nor Azira Mohd Yunus a dit…

Assalammualaikum Pn Ratna,

Efficient betul Pn....dah siap sedia alat2 membuat kuih. Disini tailor dah x terima kain2 utk tempahan baju kurung. Hjg bln 5 dah tutup tempahan. Npk gayanya terpaksa beli baju siap nampaknya. How I wish I can sew my own baju kurung. Bukan x boleh tapi masa x ada. Terlampau padat sgt dgn mcm2 tugas. Dan tahun ni, rasanya puasa dan raya kurang seronok sikit. Ayah x sihat jadi semua mknn kena pantang. Lagi sedih durian Mak dah mula gugur n ayah x boleh mkn durian....Semua pun terpaksa pantang makan sebab x nak Ayah kempunan.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam sis Iha,

Untuk pengetahuan sis Iha, menurut nasehat yang berlandaskan demi kesihatan Ratna... docteur menyarankan Ratna tidak boleh berpuasa langsung bermaksud dilarang sama sekali, semenjak Ratna jatuh sakit setelah melahirkan yang Bungsu jadinya Ratna sering pitam dan pengsan walaupun hanya baru bermula berpuasa, kudrat keupayaan diri Ratna sudah uzur sesungguhnya... apa kan daya... hanya amal ibadat yang ini tidak lagi diamalkan namun semestinya digantikan...

Iya, dimana sahaja kita berada sambutan HariRaya IdilFitri akan tetap meriah sempurna perayaannya...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan Salam Nor Azira Mohd Yunus,

Terlebih dahulu panggil sahaja Kak Ratna atau apa sahaja yang berkenan karena panggilan Puan berbunyi terlalu formal rasmi jadinya seolah tidak mesra...

Betapa kak Ratna tidak berpeluang berbuat demikian karena disini untuk baju tempahan harga jahit-nya begitu mahal sekali, kemain melampaunya!

Semoga Ayahnya Nor Azira akan cepat sembuh dengan sejahteranya dan akan dapat menikmati semula merasa buah-buahan didusun terutamanya buah durian, jangan bersedih ya... ia-nya hanya sementara semoganya, walau pun sekarang ini semestinya berpantang demi kesihatan, yang utama sekali ialah di-bulan Ramadhan dan IdilFitri disambut dengan adanya kehadiran anakanda&cucu semua seperti berbuka puasa bersama dan menjamu hidangan berhidang diHariRaya juga bersama ...

Dahulu kala semasa dengannya Moyang hampir 2 tahun kak Ratna berpantang dari segala masakan karena dilarang memakan bawang merah! Merana sesungguhnya... selama itu kempunan..

Salam manis semanis madu.

eLL a dit…

sis, amboi sis sudah start buat kueh raya? ampunnnn....saya jugak yg tak pandai buat. hehe

Cik Eka a dit…

ya sis,ramadhan bakal menjelang..

sis,eka sibuk mahu mengganti puasa yang tinggal 6 hari untuk tahun lepas..

sis,kalau nak tau,disini saja,orang yang ambil tempahan baju raya dah ditutup.nasib la eka memang beli baju ready made punya,jadi tak perlu susah menghantar baju ke tukang jahit,baju kerja yakni kurung pahang,ya eka hantar ke tukang jahit,itu lambat siap pun tak apa.hehehe

lepastu,jualan pra raya,mega sale raya udah terpampang di akhbar.

jalan tuanku abd rahman juga sudah ada promo..eka biasa akan beli pada pertengahan puasa.baru rasa suasananya mahu raya..

hehe

kemudian biskut raya,emmm ada yang sudah mahu bikinan itu tester suruh rasa dan tempah.

hihi

suasana bikin tak sabar raya