mardi 10 juillet 2012

Berjuntai buahnya anggur...

| |



 Anak buah anggur yang sedang membesar berjuntai-juntai tergantung... begitu menambat hati setiap kali terpandang ke-arahnya... tadi, sengaja me-clip clap photo-nya sementara Anakanda semua sedang berenang-renang sambil berbual bersama... tenang rasa perasaan pabila melihat karenah yang tiga bercanda dengan mesra sekali... sebenarnya disini Peranchis sudah bermula cuti sekolah musim panas, cuti yang ter...paling panjang&lama didalam setahun dengan 4 musim yang ada yaitu musimnya panas.

 gambaran air di kolam renang yang dihempap terjun oleh yang Sulong... water  splash!!!


Tahun ini tidak bercuti kemana, namun akan bercuti didalam Peranchis sahaja dan Insya'Allah akan ke-daerah Pays de La Loire yang terkenal dengan Chateaux-nya yang tersergam indah...

Tatkala itu... bercuti lah hanya di sekitaran halaman taman kawasan rumah sahaja... hari ini bermentari jernih dengan gemilang sekali pancarannya...

Sejuntai buah anggur...

Merayap-menjalar tumbuh melilit lekat pohon-pohonnya pokok anggur yang ditanam oleh CintaJL pada 3 tahun nan lalu...

Sepokok anggur ditanam dekat dengan sederet pagar berdawai.

Di-jadi kan sebagai penyokong terhadap dahan-dahan yang merayap tumbuh, sukanya begitu...

Adore gambaran buah anggur ini...

Alhamdulillah... tahun ini banyak berbuah jika dibanding kan dengan hasil pada tahun lepas.

Sementara itu di kawasan Potager/sayuran sudah kelihatan tanaman seperti kacang buncis berbunga-bungaan dan pokok-pokok tomates sudah mula berbuah...

Serimbun tanaman kacang buncis dengan bebunganya...

Voilà... tomates cerises/ cherry sudah bermula meranum...

Sejuntai buah tomate cerises yang masih muda.

Yang ini tomate Coeur de boeuf.

Yang ini tomate berbentuk lonjong, namanya Roma elok dimasak sebagai sauce...

Sepokok tomate coeur de boeuf lagi...

Chili hijau juga sudah membesar...

Buah framboises/rapsberries sudah bermula meranum akan tetapi buahnya tidak banyak karena mengalami dua hari ber-icy sejuk pada awal bulan April jadinya banyak bebunganya yang terbeku...

Begitu juga dengannya pokok Poire, banyak bebunganya terbeku dan sebanyak 5 pokok Poire/pear yang ada di-halaman hanya dua pokok sahaja yang berbuah.

Merimbun sarat pepohon dahan dengan gantungan buah-buah Poire/pear...

Lavender sudah berbunga...

Baunya yang harum mewangi...

Serasa seperti berada di selatan Peranchis!

Bunga-bunga Gaïeul berwarna cream peach orange sudah kembang mengembang...

Berganding menyelit bersama dengan yang berwarna kuning orange...

Cantik!

Di bawah teduhan sepokok Tilleul berhadapan dengan sebidang terrasse/patio...

Se-bouquet bunga rose ditepi tangga... juga berbunga lagi tanpa henti...

Cantik sendirian begini...

Adore dengan warna lembut bunga rose ini.

Di-akhiri dengan peragaan serimbun kelompok bunga-bunga Hortensias yang kini sudah lengkap kembang mekarnya!

Voilà... peragaan suasana tumbuhan yang menyerlah berseri dengan kembangannya yang berwarna-warni juga dengan segala tumbuhan sayuran dan buah yang sedang menunjukkan hasilnya...

Maka itu begitu senang&adore dengan suasana musimnya panas...


9 commentaires:

Nor Azira Mohd Yunus a dit…

Assalammualaikum,

Semuanya cantik2 belaka. Bunga purple yg dekat buah anggur tu bunga apa ya? Cantik....Bila tgk lavender tu terus teringat kan resepi ni...cubalah tgk. Nama keknya Honey Lavender Cake. Boleh dilihat disini...http://www.designsponge.com/2012/07/in-the-kitchen-with-alia-and-scouts-honey-lavender-cake.html

azieazah a dit…

Wahhh segar segar buah buah tu. Tengok pun geram.

Mesti best bila dah masak nanti, petik dan terus makan dari pokok!

Cik Eka a dit…

sis..kalo baca entry sis..suka scrool lambat2..dengan harapan masih banyak lagi gambar di bawah..suka betul tengok..

hehehehe
sis,serius semua cantik gambar sis ini..terbuai2 je tengok bunga,tengok pokok buah..kita disini semua kena beli..sis disana petik aja ape mahu....

best..

salam Ramadhan sis

AQisH a dit…

wowww..bestnyerrr..wpun bercuti di sekitar rmh shj..rasa sgt indahhh..

salam kenal ;)

Angah a dit…

tq kerana menumpangkan keindahan ini...

Anonyme a dit…

assalam Ratna

Kali nih betul2 speechless.. geram geram geram bila tengok gambar2 tu semua.. CS

Muna a dit…

adore dgn bunga ros tepi tangga tu. cantik!

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Ya Rabbi! bergayut2 grapes tu..apa yg best sekali buah pear, memang suka..

NaniRostam a dit…

Salam keindahan..

Sungguh indah..

Sungguh enak memandang..

Syukur memiliki tanah yang subur dan tuan tanah yang rajin berbakti terhadap tanahnya.

Hasilnya..jadi hidangan dan jamuan.

Alhamdulillah.