mercredi 4 juillet 2012

Petikan per-1...

| |



Voilà... hasil tanaman yang pertama berbuah, Alhamdulillah... sesungguhnya rasa perasaan begitu cemerlang pabila mendapati ada beberapa courgette/zucchini yang sudah boleh dipetik.


Cougettes/zucchini kuning diraja bertindih dengannya courgette hijau jernih yang dipetik pada pagi tadi.


Sekumpulan pokok-pokok courgette/zucchini yang sudah membesar dengan suburnya...


Setakat ini hanya tiga biji sahaja...


Kelihatan beberapa buah anak courgettes/zucchini yang masih berjambul berbunga dihujung mahkotanya...


Ramalan cuaca dihujung minggu ini yaitu harinya Ahad akan bermentari tidak hujan jadinya akan ber-bbq dan buah courgettes ini akan disalai panggang diatas bara bbq... agenda bermakan di-terrasse/patio yang ditunggu lagi dinantikan karena dihari Ahad yang lepas tidak berkesempatan ber-bbq dek hujan yang turun merenjis seharian.

4 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam Ratna,

musim panas dengan segala hasil tanaman yg fresh. adore sungguh dengan zucchini yg fresh from the garden n terus kedapur! krup krap pastinya!

angahPJ a dit…

Masak apa nanti zucchini tu..

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm...
Apakah resepi utk zucchini? Nanti pamerkan dlm entry boleh berkongsi bersama ya.

Jun a dit…

Salam Ratna

Penghujung hari, saat usai segala kewajipan, sebelum lena, saya pasti singgah di laman mu ini. Bagai saya berada di tamanmu Ratna, melihat segala buah dan bunga, maka saya pun terasa sungguh lapang dada...hilang segala pegal dan sengal yang melata. Tidak pernah jemu bertamu di lamanmu Ratna...sungguh, terima kasih yang tidak bertepi kerana sudi berkongsi segala gambar buah bunga dan cerita yang sungguh menawan hati...JUN, Subang Jaya