jeudi 2 août 2012

Buah&bunga&rama-rama putih...

| |











Hari-hari berlalu dengan irama masa dengan secara lembut dan nyaman sekali semenjak 10 hari nan lalu karena cuaca sudah bertaraf cemerlang... tidak mendung kelabu dengan renjisan hujan juga tiupan sang angin nan deras... dan semoga-moga hari-hari seterusnya akan senantiasa dianugerah kan oleh nurcahaya mentari yang begitu gemilang sesungguhnya...



Serumpun pokok Red Cedar ditepi bahagian halaman yang telah dibersihin di-sekitaran bawah pokok dimana terdapat banyak tumbuhan liar tumbuh sesuka hendaknya...



Dibawah teduhan pokok Red Cedar ini ada lah tempat sukanya kanak-kanak riang bermain panjat-memanjat seperti Tarzan&Jane... maka itu semestinya dibersihin, agar ia-nya selesa dan tidak semak...




Sepokok Red Cedar dihadapan halaman, petang semalam sebok memotong cantas dedahan yang jatuh meletoi ke-bawah, begitu sekurangnya tampak semenggah dan kemas sedikit.





Berpegang di-sebelah tangan kanan dengan secateur pemotong untuk ranting-ranting dedahan kecil  juga dengan sepasang pegunting untuk membentuk rupaparas tumbuhan ini yang bernama Buis/ boxwood dimana ia-nya sejenis tumbuhan hijau yang berdaun kecil cenonet yang membesar secara perlahan dan begitu kebal menahan dari cuaca yang mencengkam kekuatan kudrat bagi kebanyakan manusia yang menghuni negara-negara yang bertaraf 4 musim ini...

Se-awal pagi sudah menyubuk disekitaran taman, bahagian sudut yang mana satu semestinya di-kemaskini kan...

Dan...,

Serumpun Buis/boxwood yang dibentuk bulat ini akan di-ubah suai bentuknya supaya menjadi kemas rupaparasnya.





Sepokok apple Reine des Reinettes yang sedang membesar...





Yummy sebagai inti sedulang tarte aux pommes/apple pie, tersangat sesuai sekali...






Comel sendirian...





Yang ini sebiji buah apple Gala, pabila sudah cukup meranum warnanya begitu merah menyala garang...






Pokoknya masih kecil, namun... merimbun sarat kelihatan sedahan pokok apple ini penuh dengan buah-buahnya...





Comelnya...




Berderet tergantung-gantung buah apple Gala ini, setiap kali terpandang pasti terus dekat ke-arahnya...



Seterusnya petikan gambaran photos sang rama-rama atau kupu-kupu berwarna putih sedang sebok menikmati manisan madu di-ulu hatinya bebunga Lavender ini.





















Petikan gambaran photos ini mengambil masa sesungguhnya karena sang rama-rama terbang dan hinggap disetiap bebunga Lavender dengan pergerakan yang begitu cepat terbang hinggapnya ... berpeluh dikeringat dibawah sinaran nurcahaya mentari meski pun hanya se'awal pagi...








Tidak perasan ada se'ekor sang lebah ada disebelah sang rama-rama yang sedang beterbangan... iya yang benar... dengan masa yang sewaktu dengannya dapat merakam kan gambaran dua serangga yang berlainan karenahnya...




Bebunga Glaïeul berwarna merah hati sudah kembang mengembang mekar.




Adore... dengan warnanya umpama selembut kain baldu...




Diakhiri dengan sepasu gabungan bebunga ini, namanya kok lupa lagi...!

Begini lah suasana disini ketika musimnya panas dimana tumbuhan yang ada disekitaran taman halaman berbunga tanpa henti secara bersilih ganti mengikut putaran jenis tumbuhan tersebut jadinya ambiance bercuti di-perindah kan dengan anugerah nature yang maha indah bagi menyaman kan rasa perasaan juga menghargainya lagi bersyukur kepadaNya dengan anugerah kecantikan yang semulajadi ini...

Tidak mempersembah kan apa juga masakan atau makanan judahan sebagai pembuka puasa karena hari berbuka disini agak lewat sekitaran jam 9:09 pm malam jadinya masa dan waktu berbuka itu di-utama kan terlebih dahulu, namun.. akan diperaga kan gambaran photos biskut-biskut perayaan nanti dimana agenda baking mem-baking yang akan bermula pada minggu hadapan... 



11 commentaires:

Angah a dit…

ermm...terasa nak bergayut di celahan dahan Red Cedar itu....

eLL a dit…

selamat berpuasa sis. amboi cantiknya epal.

aTienz_owEngEzz a dit…

u pakai camera apa? cantik gambar..

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna,,
Kemana menghilang, bercuti ya?
Sungguh lebat buah apples.
Mesti tak sabar nak buat masakan atau makan begitu sahaja.

love for life a dit…

salam ramadhan kak ratna. raya ni tak buat cookies ke?

Anonyme a dit…

aslmkm.... sis,
dah lama tak tengok gambar honey aristocat.... budak comel tu... hehe

mommy yaya a dit…

emmm..rasanya saya lagi suka tgk sayur2 dari Patoger belakang umah + kek2 from ur page..hihihihi
selamat membaking next week!

Anonyme a dit…

Assalam Ratna
Apa kabar? Dah puasa yang yok lum?
Nak juga dengar juadah semasa berbuka puasa.

Honey puasa tak? hehe..
-CS-

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Almkm Ratna..
Bunga yang akhir itu namanya
Periwinkle!

bintangjauh a dit…

Salam dan selamat berpuasa Ramadhan kepada semuanya juga salam kenal kepada aTienz.

Tidak menghilang atau berdiam sunyi kan blog ini sebegitu sahaja... cumanya, pabila tanpa CintaJL(ke luar negara lagi urusan kerja Taiwan&New Zealand) serasa mengurang mood-nya...

Hanya melayan memanja kan selera Anakanda semua yang berpuasa menyedia kan masakan yang mereka gemari, itu sahaja... dan selebih hari ada lah routine harian seperti sediakala...

Honey tidak berpuasa dan semenjak dua menjak selera makannya kok besar gitu... oh la la la!

Camera yang diguna kan ada lah camera biasa sahaja yaitu FujiFilm finefix HS 20 EXR.

Memohon maaf kepada semua karena mengambil masa untuk membalasi ucapan mesra juga perhatian& penghargaan yang sesungguhnya Ratna hargai sekali...

Selamt berbuka puasa dan menerus kan amal ibadah bagi melengkap sempurna kan bulan Ramadhan nan mulia.

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam sis Iha,

Terimakasih segunung tinggi dengan pemberian nama bebunga tersebut, di lain kali akan Ratna cubai terap ingat di minda ini...

Salam manis semanis madu.