jeudi 16 août 2012

Sepetang mengukis...

| |


Mengukis juga akhirnya... bermula dari jam 1 tengah'hari sehingga tamat membakar biscuit yang ketiga pada jam 6 petang... ya ampun, jika begini lah masa yang termakan olehnya sepenuh petang tadi terus ber-kus semangat sesunguhnya... lepas satu satu di sempurna kan dan Alhamdulillah selamat selesai dengan sejahteranya...

Hanya sempat mengukis tiga jenis biscuit sahaja dan esok akan menyedia kan nenas tart, kemestian ... karena yang Bungsu&yang Tengah begitu adore terhadapnya.

Biscuit Sablés yang diterap bermodel La Tour Eiffel.

Rupa paras penerap juga adunan dough berwajah La Tour Eiffel, yang Bungsu teruja-ruja dengan kejadiannya!

Sedulang Sablés sudah siap sedia untuk dibakar di-oven ketuhar...

Sebagai penyeri gula-gula berwarna-warni di tumbuk kasar terus dicampurkan didalam adunan dough begitu tampak menarik sedikit kalu ...

Voilà!

Dahlia, hanya CintaJL yang adore...

Kelihatan dua bentuk bunga dahlia yang berlainan sebagai percubaan gimana kejadian rupa parasnya, verdict? seisi keluarga tidak berkenan&suka jadinya kekal kan yang berupaparas nan asli...

Begini semahunya... rupaparas sama serupa dijzaman nan silam...

Biscuit ini begitu yummy... berbiji bijan hitam juga bergula kasar, gitu ter..krup krap pabila di ngap kunyah juga merapuh garing namun tidak berderai... lembut lunaknya seakan biscuit semperet. Sebenarnya ada kesilapan terhadap bahan adunan jadinya si BintangJauh terpaksa mengerah minda untuk memperbaiki elok kan terhadap kesilapan tersebut maka tercipta lah biscuit bernama si hitam manis...

Si hitam manis yang yummy ...!

Esok yakni harinya Jumaat ada lah hari yang tersangat sebok sesungguhnya... agenda penyediaan juadah perayaan yang begitu penuh lagi padat untuk disempurna kan... ya ampun, kudratku kok sejemput serasanya ... semoga dipermudahkan hendaknya, Insya'Allah....


Gambaran photos di ambil  clip clap oleh yang Tengah, merci ma Cherie...




2 commentaires:

Cik Eka a dit…

waa dah mula buat biskut.cantiknya ada La Tour Eiffel....

mesti sedap ni..

eka suka semperit letak ceri..sedapnyaaa

yaya a dit…

si hitam manis cookies mcm sedap je!