vendredi 7 septembre 2012

Jika tirai ditutup kunci...?

| |










Dari kemarin, kok termenung kuat jadinya diri bagai dicengkam dengan pelbagai soalan atau pertanyaan yang bertaraf bercekelaru lagi berserabai minda berpusing.. berkeliaran... terkial-kial didalam kesangsian untuk menimbang terhadap hasrat niat dihati yang sengaja dilepaskan supaya mengarah memberi keputusan yang sewajarnya tidak adil diputuskan...






Semua dan segala yang telah sudah dilalui dengan coretan kata-kata sedari muncul berputik dari hati&pengalaman, peragaan gambaran sebuah kehidupan yang rela dikongsi bersama kendati pun diri sebenar juga seisi keluarga disebalik tabir, berbalas memberi buah pandangan diantara satu sama lain, tepersona dengan keajaiban berkenal-kenalan melalui blog ini lantas jadi lah sebuah ikatan persabahatan yang dihargai sesungguhnya, bertukar balas dan berkongsi bersama segala bagai ilmu pengetahuan secara amnya dan memurni kan ikatan Silaturrahim nan erat sesama mereka yang dikasihi... betapa  itu semestinya di-ambil kira juga dipertimbang kan dengan seimbang yang boleh, namun keupayaan diri yang sebenar telah berbelah dua, tiga.. 4, 5 dan seterusnya, kok berlipat-lipat belahannya itu! Bukannya lemah dihati cumanya rasa belas kasihan begitu syahdu serasanya dengan kata-kata dorongan nan ikhlas yang telah dihulurkan dari mereka yang peduli supaya blog-nya Chez RatnaJG terus terbuka dimata dunia nan luas ini...




Aduhai, gimana ya...?



12 commentaires:

Anonyme a dit…

Assalamualaikum Ratna,Nur doakan agar Ratna sihat ya..Susah juga utk Nur beri pandangan ni,bukan apa,takut nanti tersalah ucap.Rasanya boleh faham rasa kasih Ratna yg sudah tertanam pd blog ini dan juga kpd readers yg sudah Ratna kenal samada secara nyata atau mealaui komen2 di sini..Ratna,sekiranya ini semua terasa spt membebankan,berhentilah dulu seketika..cuma mohon Nur pd Ratna,jgn ditutup blog ini.Apabila ada perasaan rindu utk menulis,Ratna coretlah di sini..Rasanya ramai yg mengerti perasaan Ratna itu,mungkin puncanya tidak kami ketahui,tetapi perasaan berbelah bagi itu buleh kami faham.Jangan ditutup ya Ratna,supaya bila Nur terasa rindu pd Ratna,bolehlah Nur menjenguk ke sini.Bagi Nur,membaca coretan2 Ratna ni terasa spt membaca karya penulis tersohor Indonesia Marga T yg begitu lembut penulisannya...wahhh Marga T gitu..pujian yg ikhlas dariku Ratna..bukan membodek,sekadar memujuk...Jangan terusan berkeluh-kesah ya Ratna,takut nanti semua ini akan buat Ratna berpanjangan bersedih..Apapun keputusan Ratna,Nur akur...cuma mohon Ratna tinggalkan sedikit ruang di hati Ratna bahawa ramai your readers yg sentiasa berdoa akan kesejahteraan Ratna,walaupun nanti kami tidak lagi disajikan dgn tulisan dan coretan Ratna di sini.Semoga Ratna sentiasa di bawah peliharaan Allah swt dan semoga Ratna sentiasa ceria dikelilingi kasih sayang keluarga dan doa kami sentiasa bersamamu Ratna...
'keringkanlah pipimu Ratnaku...cubalah senyum...'
Terima kasih Ratna...
Salam mesra:Nur

Anonyme a dit…

as salam sis ratna,
jgn sesekali ditutup tirai, apalagi dikunci rapat...teruslah berkongsi dgn kami...biarpun diri tdk pernah menjejaki grenoble. tp dgn titipan sis ratna seolah2 membawa saya jauh dr realiti diri yg dibebani tugas2 kerja yg ntah bila sudahnya.seolah2 saya myelinap masuk kehalaman sis ratna, membelek2 epal nan ranum, mencuit2 hasil tanaman sis, seolah sama2 memetik sayur bersama.terus juga mencium harum semerbak haruman bunga2 hasil tanaman sis.mohon jgn ditutp rapat tirainya sis...

bintangjauh a dit…

Salam kepada semua,

Ratna menulis kerana apa sebenarnya? Pertanyaan dari seseorang tadi.

Blog ini jadi yakni ada, pada permulaannya karena hanya semata-mata sebagai pancaindera melihat terus mendapat tahu mengenai Ratna buat Ratu-Ratu dari SMK Assunta Girls School PJ dimana sekian lama hilang dari pandangan mata&hati, berharapan mungkin ada diantara mereka yang masih mengenali Ratna, itu sahaja..
Dan seterusnya berkembang membangun secara bersahaja dengan isian yang seadanya... namun kini serasanya hambar karena ilham mencoret atau menakih ayat-ayatan begitu menurun surut ... jadinya diri ini yang hambar bukannya kalian wahai para pembaca semua...

Biar kan Ratna dengan kesangsian itu, nanti-nanti akan kembali seperti sediakala...

Maaf dipinta ampun dengan sejahteranya ke-atas komen-komen yang tidak terjawab atau dilayani seperti semahunya adab beradab yakni berbudi bahasa memberi&menerima yang semestinya diakuri dengan seikhlasnya...

Salam manis semanis madu.

Anonyme a dit…

salam mesra kak ratna.
kembali ke medan buat masa jadi terhad kembali, seperti dahulu, tetapi hati tetap ditarik-tarik untuk terus menatap blognya kak ratna. tak banyak yg mahu dikatakan, bimbang semakin menambah kusutnya hati kak ratna. tapi cukup sekadar kak ratna tahu, biarpun pembaca lain berteka teki dgn identitinya kak ratna sekeluarga, tapi pembaca yg terus menanti untuk membaca blognya kak ratna tidak pernah bosan untuk terus menatap tiap baris patah kata dan photo-photo yg kak ratna paparkan.akhir kata, tenangkan hatiku kak ratna, biar masa yg menentukan segalanya..salam mesra kasih sayang-nurul-

Anonyme a dit…

salam mesra kak ratna..
sebelum terlambat atau sebelum tidak berkesempatan utk mengucapkan ucapan pada masanya, mohon kak ratna sampaikan ucapan selamat hari lahir buat princess elisa dan princess elyne sempena birthdaynya kedua princess pada 12th september ini. semakin istimewa kerana pada tarikh yg sama juga birthday nya bapa dan adik lelaki saya, kuga berkongsi tarikh yg sama cuma berbeza tahun.
selamat hari lahir buat princess nya kak ratna, semoga dirahmatiNya selalu..

salam mesra kasih sayang-nurul

Anonyme a dit…

Salm Kak Ratna

Jangan berhenti menulis. Rehat la dulu sehingga hujan berhenti disudut hati. Sikit hari bisa cahaya menjengah keluar tiup kembali semangat yang hilang. Rehat bisa bangkit rindu menulis. Moga-moga.

yaya a dit…

salam sis
well, jadikan ia sekadar berkongsi nasihat, pengalaman dan tempat utk akak meluahkan sesuatu
tidak semestinya everyday kene update kan( even everyday i waited for ur blog updated entry)

its not a big deal sis
u like go head, u feel so 'berat'..i never insist..but kind of dissapointed..hihihi

take care!
dont think too much..just follow what ur heart say

yaya a dit…

salam sis
well, jadikan ia sekadar berkongsi nasihat, pengalaman dan tempat utk akak meluahkan sesuatu
tidak semestinya everyday kene update kan( even everyday i waited for ur blog updated entry)

its not a big deal sis
u like go head, u feel so 'berat'..i never insist..but kind of dissapointed..hihihi

take care!
dont think too much..just follow ur heart

bintangjauh a dit…

Salam mesra buatnya Nurul,

TerimaKasih segunung tinggi dengan ucapan ulangtahun buat kedua anakdaranya sis Ratna ... syahdu serasa dihati dan perasaan, nanti akan sis Ratna sampaikan ucapan tersebut kepada mereka, begitu juga sis Ratna mengutuskan ucapan yang sama buatnya Bapa&adiknya Nurul sekali semoga hendaknya diberkati dan dirahmati dariNya dengan sejahteranya, serasa begitu istimewa di-ingati sehingga sebegitu sekali...

Baru sebentar tadi sis Ratna berkenal-kenalan lantas berbual mesra dengannya Kak Nur di-Paris mengambil kesempatan menjernih kan situasi yang keruh ini dan menyata kan kepadanya setakat masa ini tidak akan dikunci tutup rapat blog ini, walau pun yang bermohon hanya segelintir sahaja namun sewajibnya membalas kebaikan juga perhatian nan ikhlas mereka semua dengan sebaiknya juga setimpalnya.

Salam mesra&salam sayang buatnya Nurul.

bintangjauh a dit…

Salam Dek anonyme,

Iya, setakat ini haluan menulis begitu terhad dan percaya lah... blog ini akan terbit seperti biasa dan sediakala walau pun...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam yaya,

seperti yang sis Ratna nyata kan di-komen sebelumnya, setakat semasa seterusnya blog ini akan ada&nyata seperti selalu walau pun coretannya menyurut kurang tanpa seri jadinya terima lah blog ini dengan seadanya ya...

Terimakasih segunung tinggi dengan perhatian nan ikhlas darinya yaya yang sis Ratna hargai sesungguhnya.

Salam manis semanis madu.

Anonyme a dit…

Salam ratna..

Jgn lah ditutup blog ni..biarpun tak pernah bersua, tapi hati ini rasa dekat dengan ratna..

Salam sayang..
angahPJ