vendredi 14 septembre 2012

La cuisine...

| |


Hasrat dihati trigin pingin punyai sebuah la cuisine yang gadang yakni besar...

Namun...,

Setelah berpindah terus mengkaji dan mengira seper ongkosnya ... ya ampun, kok begitu belanjanya... melampau sangat!
 Sedari sebelum berpindah lagi CintaJL sudah pun memberi lampu hijau petanda setuju dan boleh sahaja, dan kemuka cadang kan dapur di buat sahaja diruang makan begitu menjadi besar&luas... akan tetapi serasa tidak selesa dapur berada disebelah hadapan halaman yang mahunya supaya berada disebelah belakang halaman gitu boleh keluar ke taman dengan senangnya lagi-lagi permandangan taman dibahagian belakang lagi molek juga terrasse-nya/patio betul-betul mengadap pintu dapur... jadinya yakni kesimpulannya semua keindahan yang ada disekitaran boleh dipandang lihat terus dari dapur, semahunya gitu...



Adore berlampu yang berjuntai...




Sebuah pintu mengadap sebidang terrase/patio juga taman halaman.

Gambaran dari dapur mengadap ruang makan yang mengadap taman halaman bahagian hadapan.


Ruang atau saiz-nya dapur ini kecil sahaja, namun begitu senang dengan aturannya...


Dari penjuru tungkunya api kelihatan ruangnya makan.

Peraturan cabinet dapur ini dibelah bahagi dua yakni setengah dari inspirasinya CintaJL dan setengahnya lagi dari si-BintangJauh begitu adil saksama namun CintaJL berikan lebih kepada BintangJauh karena yang memasak&mem-baking atau lebih tepat penghuni yang abadi kan si-BintangJauh...

Kelihatan sebuah sink berbatu yang berusia hampir seratus tahun... CintaJL adore terhadapnya maka itu tidak diganti kan dengan sink yang super moderan karena ianya begitu unik dan besar sekali segala bagai perkakas dapur boleh dihumban kan...


IbuAndong bertanya mengapa dapurnya jenis moderan tidak secara Peranchis provencal country dapur? Oh la la la... terus menjawab "ya ampun, CintaJL detest sesungguhnya...!"


Kelihatan sebuah kuali dari KL!


Adore dengannya porcelain candle holders...


Dinding diseri kan dengan kumpulan photos masakan yang diambil dari magazines lantas ditampal sebegitu sahaja didataran bidang-bidang canvas berkain cotton yang cenonet saiz-nya...


Gambaran photo bagi mengingati diri dari mana asal usulmu!


Perbedaan antara lantai diruang makan dengan lantai dari dapur...


Seperkara lagi dapur ini diberkati dengan sinaran cahaya yang semulajadi yang begitu terang benderang jadinya rasa perasaan pun jernih sejernih airnya sungai...



Kelihatan garisan ciment kelabu dimana dahulunya hanya tempat mencuci sayur-sayuran sahaja jadinya berdinding tutup juga berpintu dan disebelah pula ialah tempatnya simpanan makanan segar umpama bilik sejuk, akan tetapi tuannya yang terdahulu pecahkan dinding tersebut untuk diperluaskan ruang ini lantas dijadikan sebagai dapur, begitu lah sejarah latar belakangnya rumah kampongulu ini.

Seperkara lagi tidak berkenan dengannya lantai yang berwarna merah+kelabu ini (cara lantai zjaman dulu dimana banyak terdapat dirumah dan apartment ancient bertaraf antique!), dipinta tukar yang baru gitu tampak semenggah tanpa garisan ciment kelabu disana sini namun CintaJL adore tersangat-bangat!


Meski pun tidak seluas yang seperti di impikan namun sudah mencukupi... nanti pabila anak-anak-anak semua sudah berkahwin dan  hanya tinggal berdua sahaja dan untuk mengemas bersihin tidak begitu termakan tenaga yang akan nanti bertaraf sejemput...

Voilà...

11 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Sedap mata memandang rumah Ratna.
Setiap sudut sungguh kemas dan rapi.
Ada pembantu yang menolong mencuci?
Apa apa pun Ratna seorang yang sangat efficient sebagai seorang suri rumah..bergardening serta membaking apa saja pun boleh..Bravo!

mommy yaya a dit…

for me..asalkan colour putih..semuanya look bersih sempurna even tidaklah dapat dibandingkan dengan style moden hari ni..

but one thing for sure, barang lama jauh lebih berkualiti( jarang dan susah rosak) berbanding barang sekarang walau harganya lebih mahal..

p/s: bersederhana lebih bermakna..hihihi

Anonyme a dit…

salam mesra kak ratna..
Aduh,terpikat sekali dengannya dapur kak ratna..dapur saya juga kecil, rumah apartment shj,jrg2 masuknya..tp bila tengok dapur kak ratna, rasa adore sangat2....terus pasang angan nak kemas dapur biar kemas dan cantik macam dapurdi perancis...salam mesra kasih sayang-nurrul

azieazah a dit…

Cantiknyaaaa... Terpegun tengok dapur dan kabinet kaler putih camtuh. Rasa nak duduk situ lepak dan berehat jer.

NH Wan a dit…

Sis Ratna,

Wah, dapur Sis serba moden tapi masih juga ada lesung batu terselit.. Sis, pakai lesung batu juga kah di Perancis? ;)

*Sekadar bergurau saja, Sis..

Salam dari Ipoh
(La maman du Fateh)

bintangjauh a dit…

Wa'alaikumussalam dan Salam sis Iha,

Tidak ada pembantunya sis Iha, dapurnya kecil senang dikemas rapi... dapurnya biasa sahaja jika dibandingkan dengan cara&gaya sebenarnya Peranchis terus ber... kus semangat!

iya... sudah tugasannya bertaraf suri jadinya diperlaku kan dengan sejahteranya begitu lah pesannya Moyang semesti diakuri...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam mommy yaya,

iya, putih atau cream ada lah warna yang tenang dipandang lihat jadinya membantu menceria kan perasaan tatkala sebok didapur...

setuju sesungguhnya... dimana washing machine dari tahun 1990 sehingga kini masih sehat sejahtera!

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam mesra juga buatnya Nurul,

Aduhai deknya Nurrul... begitu sahaja seadanya dapur dirumah, kecil maka itu diatur kan begitu jadinya kak Ratna tidak serabut...

Terimakasih wahai Nurrul, selaku suka terhadap dapur yang bertaraf sederhana ini, apa yang bermakna bagi kak Ratna ialah perkakas dari tanahair.. adore dengannya!

Salam mesra kasihsayang kembali buatnya Nurrul nan lembut.

Anonyme a dit…

salam mesra kak ratna..aduh, biar berapa kali pun mesti mahu menjenguk photo-photo dapurnya kak ratna..adore teramat sangat..salam mesra kasih sayang buat kak ratna di Grenoble..-nurrul

Cik Eka a dit…

CANTIK DAPUR SIS..



Peri PiA a dit…

Assalammualaikum,salam perkenalan MasyAllah ctk nya dapur.saya suka btl produk KA blm mampu lagi,"periuk warna coklat" berapa harga nya di france?mungkin saya mahal setelah tukar ke RM