mardi 11 septembre 2012

Menuai bawang di-Potager...

| |





Bawang-bawang kuning jernih ini sering kali dibeli, adore dengan kerasaannya yang lembut dan tidak menyengat rasanya... setiap kali ada dijual pasti dibeli serta merta...

Ada lebihan yang sudah bertunas maka itu ditanami...




Pada awal bulannya empat terus ditanam, berharapan akan menjadi tumbuh membesar, Alhamdulillah... ini lah hasilnya..


Dimasa yang sama...,


Gambaran suasana musim terakhirnya panas dimana kelihatan dedaun pokok-pokok Tilleul sudah bermula mengering kuning ke'emasan berselerak merata didataran taman halaman petanda musim l'automne/gugur hampir menyapa...

Siapa kah gerangannya yang datang menyusur dengan ekornya serupa sang tupai itu?


 Oh la la la... Honey Aristocat si-anak kucingku!

Seperkara lagi musim gugur ini lah tetiba menjadi tukangnya penyapu!


Juga tukang pengangkut...


Dengan adanya bebunga yang berkembang mekar, terasa nyaman jadinya...


Adore bebunga berwarna pink.


Hairan sekali, pada musim ditahun ini kok saiz-nya cenonet comel walhal pada tahun nan lalu kok besar bertaraf giant!


Bunga matahari cenonet saiz-nya.


Sejuntai bebuah anggur Italia yang sedang membesar dan sayangnya banyak bebuahnya yang sarat berjuntai dengan rimbunnya tetiba kok letoi jadinya dek cuaca sejuk bertaraf beku disatu pagi pada pertengahan bulannya July nan lalu, lantas CintaJL semburkan ubat namun...
 

Buah-buah tomate cerise/cherry yang tumbuh dengan sendirinya (tidak ditanam), boleh dikata kan tumbuh secara ajaib...


Warna-warna "perspectives" buahnya tomates, adore dengan contrast-nya...


Rasa perasaan menjadi geram sesangatnya bilamasa berdepan dengan rimbunan buah-buah tomates ini...

Semasa di-Potager,  kelihatan Honey Aristocat sedang bersenang lenang dibawah teduhan pohonnya apple sambil melihat pandang ke-arah si-BintangJauh...


Oleh karena cuaca suhu yang tidak menentu panasnya, buah framboise/raspberry meranum agak tardif sesungguhnya!


Sang lebah pasti ada setiap kali photo diambil.


Menawan rupaparasnya...


Gambaran disekitaran sebidang terrasse/patio, kelihatan dedaun gugur merata...


aduhai... untuk menyapunya mungkin tidak pasti karena setiap kali dibersihin sapu dedaun yang lainnya akan berterusan gugur melayang-layang...


maka itu, hanya menyapu jika tampak semak sahaja!


Dan ini ada lah petikan buah-buah tomates cerises tadi, masih banyak merimbun di-Potager.


Rasanya begitu manis dan berbau harum.

Hari ini dan seterusnya akan berkemas diluar juga didalaman karena sepanjang musimnya bercuti yakni musimnya panas kerjaan selainnya dibiarkan sebegitu sahaja karena CintaJL tidak benar kan berbuat demikian, maksudnya musim cuti = si-Bintang jauh juga bercuti...... gitu sehendak&permintaannya kalu tidak dilarangi bukannya bercuti katanya lagi CintaJL... iya, turuti sahaja...

Voilà.

8 commentaires:

Anonyme a dit…

Assalam Ratna,jenuh ya menyapu daun2 gugur tu..hmm..Geram kak nur tgk tomato yg mungil2 tu,rasa nak ngap je...Di sini dari pagi hujan,sejuknyaaa...
Sampaikan salam knur kpd your Princesses dgn ucapan happy birthday,semoga panjang umur dan semoga sentiasa di bawah lindungan Allah swt.Juga semoga sentiasa disayangi.
Terima kasih Ratna,take care...
Salam mesra:KNur

Angah a dit…

selamat menyapu dedaunan...

Anonyme a dit…

salam mesra kak ratna..
sibuk dengan kerja menggunung, tapi tetap mencari ruang utk membaca blog kak ratna..jadi hari ini birthday nya kedua princess kak ratna..selamat ulang tahun buat mereka ya.
terima kasih kerana sudi berkongsi suasana di tempat tinggalnya kak ratna, mungkin tidak terpijak kaki saya di sana, tetapi bila melihat keindahan photo-photo kak ratna, terasa diri seperti berada di sana..mungkin harus mengumpul duit dari sekarang ya..mana tahu berpeluang ke sana melihat dan merasa sendiri suasana di tempat kak ratna..
boleh saya bertanya, enta omri itu kakak kak ratna ya? dia pun berada di luar malaysia ka? dari cara komen darinya, dia seperti amat menyayangi kak ratna,untungnya kak ratna punyai kakak begitu..
bila lagi mahu pulang ke malaysia? mesti ramai yg tertunggu-tunggu kepulangannya kak ratna..
samapi bertemu lagi, salam mesra kasih sayang dari saya..-nurrul

bintangjauh a dit…

Salam Kak Nur,

Terimakasih segunung tinggi dengan ucapan doa buatnya yang Tengah&yang Bungsu sempena ulangtahunnya mereka berdua yang bertarikh kembar...

Iya, begitu lah suasana keadaan dikampongulu, menjelang musimnya gugur semua nya gugur melayang disana sini jadinya tugas serupa si-tukang penyapu...!

Salam mesra buatnya Kak Nur.

bintangjauh a dit…

Salam Angah,

Iya... sudahnya lumrah sebegini rupa tatkala musim gugur hampir menjelang tiba... menyapu, menyapu dan mengangkut kerjanya...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam mesra juga buatnya Nurrul,

Terimakasih segunung tinggi dengan ingatan juga ucapan sempena hari ulangtahunnya buat yang Tengah&yang Bungsu.

Hanya mepamerkan lebihan tumbuhan di Potager sebagai isi blog ini, katanya setakat semasa ini akan berterusan ada dan nyata maka itu seharusnya di penuhi dengan apa sahaja gambaran warna warni hidup ditanah Peranchis ini...

Insya'Allah wahai Nurrul, murah rezeki pasti akan bersua muka disatu hari nanti...

Enta Omri? Seorang Kekanda Sulong umpama Ibu sendiri tarafnya... begitu cantik jelita rupaparasnya juga seorang intellectual yang berwibawa tinggi, sedari mengenalinya semenjak remaja begitu rapat erat dengannya beliau...

Salam mesra kasihsayang buatnya Nurrul disana, semoga senantiasa berada didalam kesejahteraan hendaknya.

mommy yaya a dit…

alahai akak..
tangan u ni mmg sejuk..tanam ape pon mesti 'gebu' hasilnya..hahaha..sampai kan tomatoes cerries yg x tanam pon berebut2 nak hidup juga..

pesan org tua2..hasil dari berbakti kepada tanah amatlah afdal jika kita menggunakannya untuk beribadah kepada Allah terutamanya utk menyahut seruan Illahi-Haji..

u take care sis..selamat berehat dan bercuti cuti an..hihihi


Wiz a dit…

MasyaAllah, sejuk mata memandang di setiap penjuru sudut. Hati tenang jikalau mempunyai tempat seindah ini.