vendredi 21 septembre 2012

Setengah&Separuh...

| |



Sedari dahuluan lagi begitu adore dengan kain batik basah yakni kain batik bertaraf kasar dan biasa sahaja, dimana hanya dipakai sebagai sarungan untuk dirumah namun teramat senang dipakai sebegitu sahaja...

Ramai yang pertikai kan mengenai cara hidup secara melayu nan sejati yakni yang benar sebenarnya, akan tetapi untuk dipertelingkah bahas kan dengan se-logik yang boleh, ia-nya begitu penuh dan sarat dengan hurai-huraian yang ada terselit diminda... apa-apa pun, definasi dari setiap seseorang itu berlainan lagi berbeda-beda yang berupa wajah penilaian terhadap maksud artinya "kemelayuan" itu yang kekadang tergelincir dari kenyataan prinsip sebuah hidup seseorang itu... juga terdapat pelbagai pendapat yang berliku-liku lagi banyak keserongannya!

Jadinya sebagai contoh, diri ini boleh diperkata kan sudah duduk lama dibumi Peranchis ini ... namun asal usulmu itu tidak disisihi jauh... untuk mengingati diri sendiri maka begini lah gayanya berdandan pakai yang sebenarnya... dibahagi kan dua, setengah dan separuh 50/50, begitu adil saksama...
Melayunya terserlah dan Peranchisnya penambah seri... tidak kah begitu?


Senangnya berkain sarung batik kasar, dipadan rapi dengan sehelai blazer berkain tweed yang nipis sesuai untuk dimusim bunga dan gugur juga pabila berada ditanahair ia-nya sesuai tidak begitu berasa panas...


Kain batik ini baru sahaja dibeli semasa ditanahair pada bulannya 5 nan lalu.


Adore dengan sepatu kasut yang menggunung tinggi...


Begitu diri serasa tidak serendah mana karena CintaJL orangnya tinggi... semahunya sepadan serasi tatkala keluar bersama seiring sejalan...


Sedari diri disebalik sebidang tirai... jadinya peraga papar kan serba sedikit pengenalan diri dari segi citarasa pakaiannya, sekurangnya para sahabat bloggers semua dapat membayang kan gimana diri si-BintangJauh... 

Apa kan daya diri tidak boleh di peraga kan demi hormatnya dengan keputusan dari CintaJL, gimana pun hanya secara yang tidak seberapa ini yang termampu di perbayang kan... 


16 commentaires:

Anonyme a dit…

sis rat...
terkesima sebentar saya dgn gaya fesyennya sis rat dan potongan bajunya.dlm bayangan ini sis tinggi lampai lg ramping.bersepatu menggunung tinggi mnambah seri gaya seorng jelitawan.pasti sungguh anggun dan ayu.baju penuh dgn ciri kemelayuan yg dipadan dgn gaya peranchis...aduhh bisa jatuh cinta! bergurau ya sis.saya juga wanita.pastinya sgt suka melihat wanita lain cantik.bila agaknya dpr menatap wajah sis? adakah dlm mimpi? :)

Anonyme a dit…

assalam Ratna
Suka suka suka ...

No wonder boleh pakai kasut tumit tinggi sebab sipuan badan masih slim n lanky :-)

Nampak gaya kita ada persamaan. Beli kain/baju corak serupa cuma berlainan warna. Senang gitu kan? hehe..

Separuh atau setengah, orang selatan selalu sebut setengah. Ada satu ketika berkata pada sipenjual nasi 'saya nak setengah' tapi dia buat muka blur tak faham; walhal setengah sama maksud dgn separuh, kan? ..CS..

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Sedikit sebanyak dapat dibayangkan Ratna berpakaian. Tampak angun sekali dengan cara pemakaian melayu dan kasut yg mengkelaskan lagi gaya si pemakai. Ratna berpakaian begitu ke di Peranchis? Wah, klu iyalah, mesti membuat org pusing dua tiga kali
kerana tanda suker.
p/s kalau saya pun berada disana akan ku bawa permakaian Melayu di tanah Peranchis.

Anonyme a dit…

Salam Ratna,
Respect lah kat you ni...ini baru lah betul.Walaupun jauh dari bumi Malaya tapi masih berkain batik...Alhamdulillah...Ratna masih mengekalkan ciri2 kemelayuan...Thank you Ratna..Take care..
Salam mesra
Knur

Anonyme a dit…

SALAM MESRA KAK RATNA..
ADUH, BILA SAJA SAMPAI KE PHOTO SEPATUNYA,VOILA!!! MEMANG CANTIKKKK SANGAT..KAK RATNA MESTI CANTIK BILA SARUNGKAN SEPATU ITU YA..HEELS MEMANG KEGILAAN SAYA, TAPI BILA MENDUKUNG ANAK, RASA SEKSA NAK NAIK TANGGA, TP TETAP MINAT DAN ADORE DGN SEMUA JENIS HEEL..
SALAM MESRA KASIH SAYANG BUAT KAK RATNA DI GRENOBLE..-NURRUL

mommy yaya a dit…

alahai...siap bagi hint2 lagi perwatakan tuan punye diri
alaaaaaa...dari gaya penulisan pon sy dah boleh agak orgnya mcamana..hahahaha
neway, ni lebih kurang baju kebaya labuh la..hik hik hik

p/s: kami di terengganu, bahagian corak geometri tu kami akan pakai di bahagian belakang yaksi punggung..
so, when nak pakai kain org2 tua amatlah menitik beratkan bahagian tu..actually nak uji org tu pandai pakai ke tidak..tp kita yg berfesyen ni..pakai je belah mana..asal lawa!

bintangjauh a dit…

Salam dek anon,

Campuran setengah&separuh... bagi sis Ratna tampak sesuai dengan usia yang sudah bertaraf senja..

Sis Ratna bukannya dari golongan jelitawan wahai dek anon, hanya nyaman mata memandang sahaja...

Isya'Allah, satu hari nan indah kita akan bersua juga nanti..

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummusalam dan salam CS,

itu tumit tinggi hanya sekadar mahu setanding dengannya CintaJL, tidak lah tampak tenggelam bilamasa seiring sejalan...
Iya yang benar, kebetulan ya CS.. sama serupa citarasanya, Blazer tersebut ada pelbagai warna&warni dan Ratna sedang menokok tambah kan lagi dimana baru-baru ini membeli sebidang kain untuk ditempahi begitu akan lengkap sempurna koleksi berpakaian sebegitu rupa.

Setengah atau separuh serupa sama makna artinya, penilaian di-sesetengah tempat kok tidak sama, gimana ya..

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummmusalam dan salam sis Iha,

Tatarias&dandanan begitu diambil berat baginya CintaJL dan senangnya Ratna berpakaian begitu setengah&separuh, ciri-ciri kemelayuan itu katanya jangan sesekali di-sisihi tinggal, jadinya Ratna kekal kan meski pun hanya sekadar berkain batik kasar sahaja...

Iya, mengikut keadaan&situasi yang sesuai, bermasa'alah juga karena banyak yang bertanya dari mana asalusul dan ada kah Ratna kerjayanya...?

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kak Nur,

Sebegitu sahaja yang termampu Ratna bayangkan diri yang sebenar... senangnya berkain sarong dan berseluar Ratna kurang cuma jika mahu cepat gitu rancak dan pantas perjalanannya.. kalu berkain sarong+si tumit tinggi ada lah disebaliknya.. tatatertib lemah gemalai tersipu-sipu pembawaannya...

Namanya pun melayu.. ciri-ciri kemelayuan itu semestinya disemarak kan walau dimana kita berada, tidak kah begitu wahai kak Nur?

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam mesra dek Nurrul,

iya yang benar... kak Ratna bertumit tinggi mengikut pakaian tersebut jadinya serasi dan setanding dengannya CintaJL, kalu...

Bila sudah bertaraf adore terhadap sesuatu itu bagaimana pun keadaan atau situasi itu sehingga sanggup berkorban deminya, setuju dengannya dek Nurrul..

Salam mesra kasihsayang juga buatnya Nurrul.

bintangjauh a dit…

Salam mommy yaya,

Iya... perbayang kan sebegitu sahaja jadinya dapat juga teka meneka.. lebih kurang baju kebaya labuh yang ber-colar blazer..

Oh... begitu cara tulennya, kain-kain sarong batik kasar tersebut kak Ratna beli sudah siap dijahit jadinya terima sahaja sebagaimana yang dijual dimana pada keseluruhan cara nya begitu bahagian corak geometri dipampang kan bahagian hadapan, jadinya kak Ratna akan menuju ke Terengganu begitu akan membeli kain sarong secara tulen petanda menghormati orang-orang tua...

Salam manis semanis madu.

mommy yaya a dit…

kak ratna
i also have the same colour and pattern yang pink tu..hihihihi
alahai..

nanti akak boleh beli banyak2 kain batik basah di Terengganu..but ur size x sesuai kot..tinggi lampai..most of here, petite2 lady size very murah!

NaniRostam a dit…

Bila tengok baju and kain dan sepatu begitu...riindu dengan u Ratna...

that is so uuu

Salam kasih sayang...

Cik Eka a dit…

pasti cantik sis rat ini..

eka harap dapat jumpa dalam mimpi..

hehehehehe

sepatunya pun cantik.
mesti wajah kemelayuan

Mak Wardah a dit…

Aduh, ratna ini kesukaan saya apatah lagi dgn kasut yg mengunung tinggi...cantik sekali. tromas ye Ratna