dimanche 2 septembre 2012

Valence...

| |



Cuti musim panas hampir ke penghujung terminal nya... oleh itu begitu sebok sekali, setelah menghantar Papa&Ibu mertua kembali di St Etienne, menyusur seterusnya hari ini ke Valence, pertemuan-janji dengannya seorang property inspector untuk mengenal-pasti kan yang studio apartment buatnya yang Tengah berada didalam keadaan yang semenggah untuk didiami nanti, jadinya segala bagai kekurangan itu dan ini atau sekiranya kebersihan didalam tidak sebersih seperti yang dijangka kan semua itu akan dicatitkan... sehingga, jika ada terdapat cat di-dinding terguris atau tercobek walau sedikit pun pasti dicatit kan ... gitu sehendaknya mengikut undang-undang disini, maha cerewet!

Cuaca hari ini begitu comot... rintisan hujan beserta tiupan angin yang deras sekali, suhu cuaca menurun ke peringkat "menggigil" terketar-ketar satu badan... walhal dua hari nan lalu suhunya kok panas membakar...!

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, selesai dengan rapinya... namun... yang Tengah tampak monyok sesungguhnya, katanya sedari kini selama 2 tahun seharus berdikari sendiri dan yang terpaling haru ialah setiap hari kok makan berhidang ... sendirian sahaja... sejenak si-BintangJauh tersentak dengan syahdunya... buah hati si-intan payung akan berjauhan dengan seisi keluarga... Lagi-lagi Papa CintaJL tidak henti-henti bersayu dengan kata-kata nan haru untuk menambah tokok kan keadaan yang sediakalanya sudah syahdu...

Kelihatan sebuah Gloriette yang cantik sekali, gambaran dikawasan taman nan indah mengadap selereng gunung sebelahnya  Ardèche, ditengah hyper bandar Valence dimana studio apartment yang Tengah diami nanti, semester pertama Uni akan bermula pada pertengahan September ini. 

Gambaran l'autoroute/highway disepanjang perjalanan ke Valence... cuaca nan mendung kelabu lagi berangin deras beserta rintisan hujan...

Sempat juga membeli sekotak Macarons dengan pelbagai rasa&warna, gâteaux/cakes chocolat noir yang berkacang noix/walnut juga croissant&pain au chocolat sebagai percubaan buatnya yang Tengah dimana Patissier&Chocolatier ini berdekatan dengannya studio apartment-nya gitu sebagai penawar ketika tatkala rindu dengannya Maman BintangJauh...


Sebuah puisi....

Adore... dengan bungkusan kekotaknya gâteaux dari sini, dihiasi dengan sejambak puisi nan indah lagi penuh bermakna...

Diantara gâteaux terpilih, sayangnya Macarons sudah habis dirasmikan hanya tinggal kotak yang berwarna oren itu!

Gambaran basikal yang bersusun rapi untuk kepada siapa yang ingin meronda bersiar disekitaran tengah bandar ini, voilà!

Hanya gambaran ini sahaja yang sempat dirakamkan karena perlu pulang secepat yang mungkin dimana masih bertimbun keperluan sekolah untuk Anakanda semua yang semestinya diselesaikan dengan sejahteranya... hari Rabu ini akan kembali ke Valence lagi, untuk mengemas&mencuci sagat studionya yang Tengah juga memberi sentuhan terakhir mendecor studio-nya!

1 commentaires:

Anonyme a dit…

tiba masanya berdikkari..its called' when the time is coming'...