jeudi 4 octobre 2012

Cake aux poivrons, berwarnawarni...

| |





Salah satu pembuka hidangan makan berhidang dihujung minggu yang sering disediakan... semua seisi keluarga menggemarinya, begitu berkhasiat sekali... mengapa ? karena didalam adunan ini lengkap dengan bahan-bahan yang berkhasiat sesungguhnya...
Begitu sesuai serasi dimakan bersama salad hijau berdaun muda jadinya rasa diantara poivron tersebut tidak berlawan.. juga boleh sahaja dimakan sebegitu dengan suhu yang suam-suam setengah hangat baru yummy...


Sekumpulan poivrons/pepper yang berwarnawarni, berlatarbelakang kan dengan potong-potongan keping kekayu dari sepohon pokok red cedar yang sudah uzur lantas ditebang...


Jika suka boleh sahaja ditambah dengan potongan ayam berkiub yang sudah direbus dahulu atau cebisan daging kisar atau udang sebagai penambah rasa.


Cake berasa masin ini begitu senang lagi mudah disedia sempurna kan, humban kan segala bagai bahan ramuan dan tanpa berlengah bakar di-oven ketuhar selama 30/35 menit...


Dan ini lah kejadiannya... jika kekeringan ilham untuk memasak atau kesuntukan masa seringkali menyedia kan cake ini dimana ianya boleh di perbagai kan dengan berlainan isikandong bahan ramuannya yang mengikut citarasa selera memasing...


Jika suka sedia kan sekali semangkuk sauce yang berchili lembut... menambah naik kan selera..

Voilà...!

6 commentaires:

Anonyme a dit…

Salam Mesra Ratna.
Sungguh menyelerakan poivronnya. Boleh dikongsi resepinya? Teringin belajar memasak masakan France yang tradisional dan juga dessert2nya yg sungguh menyelerakan. Salam mesra - Dza.

p/s: Gembira sekali dapat bersembang dgn Ratna

Anonyme a dit…

SALAM KESRA KAK RATNA..
hm, enaknya tengok kek yg kak ratna sediakan..apapun saya gembira sekali menanti entry-entry kak ratna. harap kak ratna gembira selalu di samping keluarga. hari ini saya akan pulang bertemu keluarga, hari yg ditunggu setiap minggu.rindu untuk memeluk si kecil yang manja..
hmn..pernah suarakan kepada suami, kalau cukup budjetnya mahu di ajak ke perancis, terus dia bertanya, nak ketempat kak ratna kah? dia pun sudah tahu pabila sering saya tunjukkan photo-photo cantik dari blognya kak ratna..semoga ada rezeki kami..
salam mesra kasih sayang buatnya kak ratna seisi keluarga...-nurrul

mommy yaya a dit…

alahai..mcm kereta Audi punye benchmark je kek ni kak..hahahaha..

nampak mcm telur dadar pon ade, tp versi kek kan...
should try!

bintangjauh a dit…

Salam mesra Dza,
Ratna pun begitu... hargai sesunguhnya sembang-bual dengannya Dza tempoh'hari yang bertaraf mesra sekali...
Sudah dipaparkan resepinya, cuba-in ya dan selamat mencuba dengan jayanya..

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam mesra wahai Nurrul,

semoga hari-hari minggu bersama seisi keluarga dipenuhi dengan kasihsayang nan murni sesunguhnya, lagi-lagi Anak-anakandanya Nurrul pasti rindu yang teramat sangat terhadap Mamanya...

Isya'Allah ya Nurrul semoga hendaknya akan bertemu sua dengan nyatanya... Insya'Allah..

Salam mesra kasihsayang juga buatnya Nurrul seisi keluarga yang dikasihi...

bintangjauh a dit…

Salam mommy yaya,

iya yang benar... betul katanya mommy yaya..

Cuba-cuba lah ya sebagai tukar selera mana tahu ter...suka pula terhadap cake berasa masin itu...

Salam manis semanis madu.