vendredi 5 octobre 2012

Cake ber-logo Chanel... oh là là là....!

| |





umbu-umbunya adalah seperti berikut...,

180 gm tepung
3 biji telur
10 cl susu/cream
10 cl minyak masak se'eloknya minyak zaiton olive
100 gm parutan gruyère cheese
1 poivron hijau/merah/kuning atau campur ketiganya sekali, guna kan setengah separuh biji sudah mencukupi
sesudu kecil serbuk cumin atau sesudu soupe herbs de provence
1 sachet baking powder
garam dan lada hitam/kelabu secukup rasa.




Adore dengan kombinasi warna warni cake ini, nyaman serasanya...




Panas oven ketuhar 180°C (th.6)
Bersih kan poivron dan hiris mengikut kehendak memasing
Oles cecair butter dibadan dinding sebuah moule loyangnya cake
Didalam sebuah mangkuk, pukul telur bersama minyak dan susu/cream, lantas humban kan tepung, parutan gruyère, hirisan poivron juga serbuk cumin/herbs de provence, gaul sebati dengan manjanya... garam dan  lada kan secukup rasa, gaul sebati kan semula dan akhirnya sebar kan 1 sachet serbuk penaik dan gaul adunan selembut délicatement yang boleh tanpa berlengah sudu kan adunan ke dalam moule loyang sehingga selesai dan rata kan dataran cake serata lagi seimbang tampaknya...
Bakar di-oven ketuhar selama 50 menit jika loyangnya besar dan 35 menit untuk saiz yang sederhana atau berbentuk muffin.
Sudah masak sempurna, tunggu sehingga suam setengah hangat baru dikeluar kan, voilà!



Voilà... cake yang ber-logo Chanel konon-kononnya.... !


Ter...sedar dengan logo yang begitu amat terkenal ini tatkala me-click clap gambaran photos tadi, iya yang benar... secara kebetulan sahaja...

Kepada yang trigin kepingin mencubai cake berasa masin ini, sila kan dengan sejahteranya... jika mahu kelainan terhadap isikandongsayuran atau segala bagai jenis daging protein sebagai penambah rasa ikuti lah selera memasing, apa sahaja bahan ramuan boleh sahaja ditokok tambahi sepertimana "tepuk dada tanya selera..." iya gitu..

Selamat mencuba.


6 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam Ratna,

lapa pulak tengok kek tu dipetang2 gini... kalau ada secawan teh panas lagi menambah selera...

kalau berjiran mau saja datang bawa piring kosong, mintak sepotong! he he he

Jun Cupcakekasih a dit…

Salam Ratna....enaknya menjamu mata di dada laman maya Ratna di pagi pagi hari ini. Enak sungguh juadah berloho Chanel itu:) Pasti mau dicoba. Semoga Ratna sihat sejahtera di sana. Lama juga Jun tidak mampir ke sini kerana selepas LEbaran tempuh hari ada saja agenda berbangkit yang memerlukan perhatian segera. Pagi ini terasa snagat lapang dada kerana semua kek hantaran pelanggan sudah pun disiapkan dan pastinya Jun mau menghabiskan masa berlama-lama di blog Ratna. Sudah banyak ketinggalan ni.

sampai jumpa lagi, take care

Anonyme a dit…

Salam Mesra Ratna.
Wah...anggun sekali cake nya, siap berlogo Chanel. Seanggun si pembuatnya :) Terima kasih resipinya. Akan dicuba membuatnya dalam waktu terdekat ini. Selamat berhujung minggu bersama suami dan anak3.

Salam mesra sentiasa - Dza

bintangjauh a dit…

Salam kembali kak Rose,

kita berjiran dialam ajaib aka maya ya kak Rose... boleh sahaja dengan bermurah hati akan Ratna sediakan untuk seisi keluarga...Insya'Allah, berharapan nanti akan bersua juga dengan nyatanya...


Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Jun,

Jun khabar beritanya gimana? semoga sehat sejahtera hendaknya dan pasti penuh sarat dengan agenda merias cantik cake yang bertaraf majlis rasmi ya... terimakasih dengan sapaan salam ini, yang pentingnya.. beristirehat lah dengan secukupnya ya Jun, jadinya tenaga diperbaharui dan minda pun segar dengan munculnya ilham-ilham petanda rezeki...

Sila kan Jun...cerita yang di-isi hanya sekadar perjalanan harian Ratna yang biasa sahaja.. tidak ada keistimewaan yang luar biasa disini Peranchis, dimana agenda harian Jun pula... berkus semangat Ratna senantiasa... meriah lagi padat dengan itu dan ini...

Sampai nanti dan salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam mesra juga buatnya Dza,

Cuba-cuba lah cake berasa masin itu, mana tahu akan serasi dengan citarasa Dza sekeluarga.

Terimakasih dengan ucapan ber-weekend tersebut (sudah terlewat baru Ratna membalasi komennya Dza).
Salam mesra sentiasa juga buatnya Dza.