jeudi 25 octobre 2012

Embun&bunga.

| |


Dipenghujung musim yang bertaraf sejuk ini bunga-bungaan dihalaman yang berkembang teserlah mekar sudah berkurangan, yang ada pun hanya setakat boleh bertahan sahaja... namun sudah cukup mengindah kan yang muram menjadi indah...


Sekuntum bunga mawar yang berair embun... gambaran seawal pagi tadi dimana kelihatan kekabus basah menyelubungi seisi kampongulu...

Tampak dengan jelasnya titik-titik jernih airnya embun diatas dataran setiap kelopak bunga mawar yang cukup mekarnya...

Seputik bunga mawar bewarna peach lembut separuh kembang berjiran dengannya si-bunga mawar rose...


 Adore sekali dengannya air embun yang dikatakan mujarab untuk kesihatan juga kecantikan.

Yang ini sepupunya Agapanthe, kok berbunga sekarang walhal berbunga hanya dimusim panas!

Meski pun tumbuhan berbunga diluar halaman hampir lenyap dek musimnya dingin namun didalaman rumah seharusnya diseri kan oleh tumbuhan berbunga sebagai penyeri juga penaik semangat sebagai penawar bagi menghadapi dingin nan panjang musimnya...


                                                            

2 commentaires:

angahPJ a dit…

Salam Ratna,

Selamat menyambut hari raya Qurban! Saya baru selesai masak rendang ayam. em... anak2 kata sedap :) Tahun ni tak pulang ke perak berhari raya kerana awal bulan Nov ni, anak ke 2 nak ambil exam SPM.

Salam lebaran utk ratna seisi keluarga

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummusalam dan salam Angah,

TerimaKasih segunung tinggi dengan ucapan Raya Qurban, Ratna juga mengucap kan buat Angah dan seisi keluarga Selamat menyambut HariRaya Qurban.

Sudah semestinya sedap wahai Angah masakan dari airtangan Ibunya, Alhamdulillah semuanya sempurna dengan sejahteranya... raya Qurban kali ini Ratna tidak membuat rendang, trigin bertukar selera... hidangan yang simple sahaja..

Semoga peperiksaan kelak akan dipermudahkan hendaknya dan selamat berjaya buat anaknya Angah.

Sama-sama kembali, salam lebaran juga untuk Angah seisi keluarga.