mardi 9 octobre 2012

Homemade English Scones...

| |




Sebagai memenuhi permintaan darinya anon oops... Rose seperti sejambak kuntum-kuntuman digambaran photo pertama , maka ini lah resepinya ... yang senang dan cepat disempurna kan..
Bahan ramuannya juga senantiasa ada disana sini didapur jadinya tiada alasan untuk tidak disedia kan sebagai juadah ceremoni minum petang nan monyok...!



 La recette: pour 20 scones
1 pomme granny smith, 50g de beurre, 90g de sucre, 400g de farine, 25g de levure chimique, 1 oeuf, 15cl de lait frais entier, 1 jaune pour la dorure.

boleh dapat sekitaran 20 scones

1 biji granny smith apple, 50g butter lembut/masin, 90g gula halus, 400g tepung, 25g baking powder/2 sachets, i biji telur, 15 cl full cream milk/cream/buttermilk, sebiji kuning telur sebagai penyeri.

Kupas kulitnya apple dan hiris potong berbentuk kiub yang kecil cenonet saiz-nya. Ayak tepung bersama baking powder, masuk kan butter+gula kedalam adunan tepung tadi dan gaul adunan dengan jari jemari sehingga menjadi tekstur berderai umpama "pasir" dan tuang kan dengan susu+sebiji telur, tanpa berlengah campuri sekali potongan kiub bebuah apple, gaul secepat mungkin sehingga sebati dough adunan.

Diatas sehelai parchment kertas, leper kan dough menjadi sebidang anggaran 3cm tebalnya, alas tutup kan dengan sehelai lagi parchment paper dan sejuk kan didalam peti es selama satu jam...
Panas kan oven ketuhar suhu 220°C. Keluarkan dough adunan, alas tray dengan sehelai parchment paper, terap dough mengikut citarasa memasing dan sapu kan dataran scones dengan kuning telur yang bercampur dengan sedikit minyak masak begitu berkilat jadinya dan bakar lah scones selama 5 menit yang bersuhu 220°C dahulu, kemudian turun kan suhu 200°C untuk 5/7 menit  selebihnya sehingga cukup masaknya kuning ke'emasan.
Voilà!


 
Selain dari raisins/currant atau apple, enak juga dengan cranberries atau sebagainya seperti biji-bijian chocolat juga kekacang idaman selera, pelbagai kan lah perasa tambahan tersebut mengikut selera memasing...


Disini Peranchis suka senangnya roti scones dimakan bersama butter masin dan apa sahaja namanya homemade jams... syurgawi selera....!

Selamat mencuba.

5 commentaires:

Anonyme a dit…

Berbanyak terima kasih..lupa pulak..namanyer bukan Anon tapi Rose..salam perkenalan sekali lagi.

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

aslmkm Ratna..
Scones menu yang menarik utk jamuan petang atau pun pagi. Pastinya sedap Ratna..
Sungguh menarik cara Ratna pamerkan..yum yum!

wawa syaida a dit…

salam...sedapny tengok scones ni ;)

Anonyme a dit…

agaknya kalau makan dengan kaya pun sedap jugak yek..

akma ")

Kak Rose a dit…

Ratna, mekasih resepinya ya... kak rose sedang mencuba.. tp keras tangan ku... adoyaiii!