vendredi 19 octobre 2012

Les pommes sont partout!

| |




Masa berlalu begitu cepat berganti hari... siang bertukar malam dan pejam celik sudah dihujung minggu yang bermakna hari berkumpul bersama seisi keluarga dan seperti biasa sebagai pemanis minumnya petang sedia sempurna kan lagi gâteau berbuah apple ...
Ada terdapat semangkuk berkaca besar bebuah pommes/apples... dan bermula lah acara baking mem-baking...

Voilà... kejadiannya!


Adore secara begini yaitu hirisan nipis buah pomme dibaluti sekeliling badannya moule yang beroles butter lantas ditaburi pula dengan derai-deraian gula perang...

demikian rasa kerasaan gâteau ini bertambah yummy oleh gula perang yang berasa lemak manis meresap didalam hiris-hirisan bebuah apples dan pabila dikeluar kan dari moule-nya gâteau ini berbau harum mewangi...

Semangkuk bebuah golden apples.

Seadunan tepung sebanyak 250gm boleh dapat 10/12 gâteaux...

Musim gugur ada lah musim bebuah pommes/apples...  kelihatan banyak terdapat disekitaran kampongulu ini, toleh sahaja kanan kiri depan dan belakang pasti kelihatan pokok-pokok pommes yang merimbun sarat merah meranum dengan bebuahnya...

Jadinya, sepanjang musim gugur ini berminum petang dengan hidangan manisan dessert atau goûter/afternoon tea yang berasas kan bebuah pommes/apples sememangnya biasa disedia kan oleh orang Peranchis karena mereka adore la pomme!!!


Voilà...

3 commentaires:

mommy yaya a dit…

mintak sikit....:)

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Sudah musim Apples ya Ratna..
Saya suka makan yellow apples tu, lembut, yang ranggup keras tak suka.

Anonyme a dit…

Ratna sungguh teliti dalam penyediaan dan bukan senang untuk menyusun lapisan nipis di tepi dinding tu, kejadiannya nampak yummy sekali, tahniah berjaya membuatkan kami terliur.