jeudi 18 octobre 2012

Une journée délicieuse...

| |





Hari ini
ketika.. tatkala dan sejurus itu...
apa kah suasana sebeginian rupa yang berwarna warni lembut...
di anugerah berkat dengan pelbagai rasa perasaan dan gerakan..
hati serasa lembut
nurani serasa halus
sanubari serasa syahdu
akal fikiran tumpuannya waras
 



Dalam diam...
ku berbisik lafaz kan...
sebarisan do'a.. 
itu sahaja...

Iya, itu sahaja
sebagai mengingatiNya senantiasa
didalam jauhnya si anak hati
enggan berjauhan walau sesa'at jejarum waktu
dengan bekalan kasih semurni suci yang mungkin
ku semat kemas ibarat sulaman nan halus...
betapa dan alang kah
dapat ku rasai
kasihmu begitu benar
sebenar nian nyatanya
pemberian sebuah perkongsian
yang seikhlas tampak teserlah
di setiap langkah gerak diri mu
ditaati sepenuh sanubari nan gagah perkasa
melingkungi perjalanan sebuah hidup
yang bertaraf sepasang telapak tangan rapat erat
ditadah menjulang petanda Amin...


pour toi ... Octobre 18




"Older than you by a day, more knowledgeable than you by a year." (Arabic proverb)


gambaran photos di sepagi nan kelabu... berdepan mengadap langit-langit berlukisan warna  syahdu nan lembut...


3 commentaires:

angahPJ a dit…

Indah sekali puisi mu ratna..

bintangjauh a dit…

Salam AngahPJ,

terimaKasih segunung tinggi, wahai Angah... apa khabarnya Angah disana bersama seisi keluarga?


Puisi ini...

hanya sekadar sentuhan gerak perasaan ketika ini... serasanya begitu lembut halus lagi tenang namun terselit mencelah seguris kesayuan nan syahdu... apa tah lagi suasana dipagi ini diselubungi oleh gambaran cuaca bersuhu dingin ... berangin tiupan deras yang berlangit warna lembut...

Sempena ... ?

Salam manis semanis madu.

Anonyme a dit…

Saya sekeluarga sihat. Alhamdulillah. Sayu hati ratna mungkin sebab berjauhan dgn ahli keluarga dan anak2 ratna. Atau mungkin berjauhan dgn cinta hati mu, saya begitu meminati puisi kerana masa ting 5 dulu mengambil mpelajaran sastera melayu. Haha. Kenangan manis masa bersekolah tahun 80 an dulu. Teringin rasanya nak kenal dgn ratna dgn lebih dekat lagi, angah_pj@yahoo.com