mercredi 14 novembre 2012

Brownie&triple C...

| |


Petang semalam sedia kan sebidang brownie yang berlapis dengan creamcheesecake CCC ini, hanya melayan selera sebagai penawar semangat karena seharian diluar berkabus putih sehingga dipinggir senja maka itu pabila bersuhu dingin dan lembab selera pun bertukar kepada yang lemak-lemak manis... dan untuk berminum petang senangnya yang berasa kaya dengan cream dan salah satu blogger disini Peranchis ada tertera satu resepi dari USA ini yang tidak perlu diperkenalkan lagi... semuanya tahu&kenal !

 
Brownie&triple c ini semestinya ber-posing bersama KA Artisan ini dimana segala bagai bancuhan adunan menjadi senang sekali dan hasilnya begitu tip-top !

Sabtu lepas ke marché alimentation bio dikampong hilir dan seperti biasa membeli kekacang noix/walnut  lagi sebagai keperluan sebulan, adore meratahnya sebegitu sahaja, elok untuk kesihatan...

 
Seperkara lagi, persediaan brownie ini begitu cepat lagi mudah disempurna kan, sekelip mata sudah berada didalam ketuhar dan sekenyit mata juga satu hiris lenyap dimakan...


 
Masa'alah yang dihadapi ialah ketika brownie ini dipotong, disebab kan oleh kelembutan lunak halus teksturnya lapisan cream cheese ini jadinya tidak kemas..!

 
Manisan yang bertaraf "addictive" ini agak sukar berhenti... lepas satu mahu lagi sepotong... kemudiannya rasa bersalah... calories berganda !!!

 
Yang ini versi cream cheese sahaja, lebihan adunan... dan hanya ditengah dataran ada sejemput adunan brownie dan rasanya oooooooh là là là....!

Voilà.

4 commentaires:

angahPJ a dit…

Salam maal hijrah utk ratna di sana.

Kak Rose a dit…

terliur sungguh tengok triple c brownie ni... rasa nak ngap je!

Salam Maal Hijrah buat Ratna sekeluarga.

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Asslmkm Ratna..
Selamat menyambut Maal Hijrah.
Kek atau pun brownie tu amat lah digemari di rumah saya..sekelip mata aje habis. Memang membuatnya tidak lah begitu remeh. Ratna seperti menjolok nafsu saya utk membaking!

azieazah a dit…

Ohhh la la la la...!!