vendredi 2 novembre 2012

Charlotte oh... Charlotte au Tiramisu

| |


Tiramisu... manisan dessert yang digemari ramai pada suatu ketika dahulu dan kini? kemungkinan sudah bertaraf dessert biasa !

Namun...

Sesekali pabila disedia kan umpama seperti pertama kali merasainya, terpejam rapat sepasang mata sambil menikmati ke-yummy-annya... kelunakan, kehalusan... juga kelemakan manis mesra dengan cream mascarpone yang ... sukar untuk dibayang kan dengan sejelas yang mungkin dan faham sefahamnya mengapa dessert ini di ibarat kan seolah "pense à moi/emmène moi au ciel /tire moi en haut.."

Hari ini sedia kan manisan yang mega ber-crème yaitu mascarpone dan crème fleurette, dengan cuaca yang sebeginian dingin... dengan adanya Tiramisu ala Charlotte bagai dibelai manja melayan selera...

Biscuit à la cuillère s-market mari akan tetapi jenama yang terbagus..., dilain kali akan mencuba meyediakannya secara home-made !

Charlotte... ada pelbagai jenis dessert yang bernama Charlotte ini seperti berchocolat, berbuah-buah segar terutamanya Charlotte aux Poires/pear yang begitu digemari disini Peranchis jadinya penderhakaan didalam masakan begitu diamal kan karena memasing hanya mengikuti selera dan citarasa tanpa menyimpang keaslian atau ketulenan bahan utamanya... tidak kah begitu ?

Tiramisu versi Charlotte, tidak membentang baring kan biscuit à la cuillère (seperti cara yang sebenarnya) karena seisi keluarga kurang senang pabila ianya menjadi basah lembab maka itu ditukar kan ke versi Charlotte berdiri tegak begitu kurang basahnya...

Gambaran photo diambil dari sebidang terrasse/patio yang kini sudah kosong tanpa apa pun dimana segala pokok-pokok tumbuhan berpasu sudah dialih kan kedalam bangsal bekas kandang kuda sebagai tempat berteduh sepanjang musim dingin ini.

Bahan adunan Tiramisu...

Setiap ulas biscuit à la cuillère dicelupkan dengan syrup bergula perasa vanille de bourbon lantas diselaput kan dengan serbuk espresso coffee begitu biscuit-nya tidak menjadi begitu basah atau lembab berair dimana cara ini yang sudah diderhaka kan karena secara tulen biscuit tersebut dicelup terus didalam air coffee jadinya kekadang terbasah sangat...

Yang ini versi tanpa biscuit à la cuillère (tidak suka jika ada didalam, adore hanya terhadap cream sahaja)  khas untuk CintaJL, seperti semahunya kosong sebegitu sahaja dan hanya tabur kan serbuk espresso coffee dibahagian tengah, itu sahaja...

Diatas dataran berselerak sekelompok cebis-cebisan chocolat noir juga taburan serbuk cacao separuh pahit yakni tidak ketara pahitnya.

yang ini versi berbuah dan ber-jam framboise/raspberry, khas untuk yang Tengah karena lebih senang Tiramisu tanpa bisciut à la cuillère, semahunya secara light... gitu!

Adore gambaran photo ini.

Sudah dirasmikan dengan sejahteranya, lagi-lagi yang Sulong begitu gumbira sesungguhnya dan ber-merci-merci kepada Mamannya BintangJauh...

Voilà !

5 commentaires:

azieazah a dit…

Aduhhh Kak. Saya sebenarnya bukan peminat coklat, tapi kalu tengok ni harus la saya nak cuba!

Kalu anak saya tengok Tiramisu ni, kompom la dia terkam dulu. hehehe

bintangjauh a dit…

Salam AA,

sedia kan sebagai bertukar selera dan yang Sulong kepingin sangat makanya disempurna kan...

iya yang benar... kalu gitu kena lah AA terkam bahan adunan untuk sedia kan Tiramisu yang mega creamy...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam CS,

semakin hari semakin dekat berkata putus yang sedemikian ... namun Ratna masih ? keraguan tidak menentu arah dan serasa kasihan begitu menebal kepada yang setia, Insya'Allah... berbisik senantiasa semoga Ratna tidak berkata putus sehingga terkerat putus lansong lenyap...

Sampai nanti...

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm..
Banyak2 dessert yang itu belum dicuba lagi..teringin juga, tetapi bila hendak mencuba tak confident boleh membuatnya.

Noraini Mahmood a dit…

Dear Ratna,

Sungguh mengiurkan! Kalau balik Malaysia boleh bukak cafe ni. :)