mardi 11 décembre 2012

Sentuhan kasih....

| |




 
Petanda kasih... lingkaran kasihsayang buat Maman-nya.. ditepi anak tangga pintu utama, rasanya lingkaran jantunghati ini dilukis pada petang semalam ketika sampai dari sekolah tatkala menunggu pintu utama dibuka... kelihatan lapisan es salji semakin menipis, dan hari ini salji akan turun lagi...


Pada setiap pagi selepas melambai lembut kepada yang Bungsu berunsur pergi destinasi sekolah, diri masih tercegat seketika mengadap sebingkai tingkap sambil memandang jauh disekitaran halaman menyaksikan keindahan semulajadi dan... sejurus itu sepasangmata tertumpu tepat kepada sebuah lingkaran petanda kasihsayang dari Yang Bungsu... ya ampun, anakku sayang... bergenang airmata dan hati... serasa begitu lembut lagi syahdu sesungguhnya disentuhi oleh lambang jantunghati  darinya... ma cherie yang Bungsu... je t'aime tant...


 
Hampir pada setiap seawal pagi akan memandang diluar halaman melalui sebingkai tingkap (diruangmakan) dan yang Bungsu sedari maklum dengan kebiasaan karenah Maman-nya... maka itu lingkaran kasihsayang sengaja dilukiskan berhampiran dengan pokok Ciprés ini, begitu Maman pasti akan ter...pandang tepat ke-arahnya...

 
Petanda lambang kasihsayang nan unggul...

Dan pokok sapin de Noël sudah siap disempurnakan...

 
Loceng pagoda sebagai hiasan pokoknya sapin de Noël...

 
Merias pokok sapin bersama dengannya yang Bungsu pada hari Ahad dan hiasan yang berjuntaian semuanya yang lutsinar sahaja seperti semahunya CintaJL... sedikit sentuhan berwarna merah sebagai penaik seri...

Sampai nanti... salam seikhlasnya dari Ratna buat semua... setakat ini sahaja..


10 commentaires:

Anonyme a dit…

Salam Ratna...maafkan kak nur kerana lama tidak tinggalkan komen di sini...Seperti yg Ratna maklum,kak nur memang teramat sibuk lately.Tadi selesai sudah segala urusan 'kunjung-mengunjung'..semuanya happy,semuanya berpuas hati..Alhamdulillah..now baru boleh berehat santai sambil mengadap screen laptop..
Memang tersentuh jiwa bila mendapat kejutan petanda kasih sayang dari si manja,kan Ratna?Walaupun begitu simple dan percuma tapi semuanya memang sangat priceless,sangat berharga...Pasti Ratna akan bergegas ke dapur memasak makanan kegemaran si Bongsu...

Salam mesra dari Kak Nur..

angahPJ a dit…

Cutenya si bungsu tu , angahPJ

angahPJ a dit…

Cutenya si bungsu tu , angahPJ

angahPJ a dit…

salam ratna

cutenya si bungsu tu..saya pun turut terharu..

Art Lover a dit…

Aslmkm Ratna..
Lama juga saya tak menyingah...
Memang benar, cara apa sekali pun anak2 menunjukkan kasih sayang mereka tidak terkata gembira nya dan lembut rasa dihati walaupun sedikit atau pun simple bagai apa yg Puan Nur katakan..
Apakah tanda balas dari Maman, atau masakan dessert apa untuk si bongsu?

Anonyme a dit…

Salam mesra Ratna. Lembut sungguh jiwa si Bongsu. Sama seperti Ratna. Begitu prihatin & memahami. Tahu kebiasaan mamannya setiap hari maka ditinggal tanda kasih untuk tatapan mamannya :) Dza

Anonyme a dit…

Salam mesra Ratna. Dza minta maaf semalam. Elok je kita bersembang, line cut off pulak. Dza cuba try semula phone Ratna tapi tak dapat juga. Phone line Dza ni ada masalah. Padahal telah dimaklumkn pada Maxis yg Dza akan guna di France. Tu la, ingatkan apartment yg disewa ni ada phone boleh la Dza bersembang santai dengan Ratna selalu semasa disini, rupanya tiada. Apartment ni selesa, tetapi kemudahan telefon tiada. Last yr Dza sewa di Boulavard Housemann, semua kelengkapan ada termasuk fixed phone yg boleh buat panggilan ke mana saja locally n internationally. Apartment nya begitu moden sekali. Tp apartment tu tak availabe waktu ini tu yg Dza ambil apartment yg ini. Sekejap saja rasanya waktu berlalu, hari ni da Khamis. Lagi beberapa hari dah nak balik. Ni pun kiranya lama jugak Dza datang sini. Last year hanya 5 hari saja. Selebihnya yang 2 minggu tu dihabiskan di UK. Kali ini hanya di Paris sahaja. Cadangnya mahu ke selatan France tapi bukan kali ini kot. Takut anak2 tak tahan sejuk sangat. Ni pun ada hari yg agak sejuk terutamanya sebelah petang yg Mya dan Qimee tak berapa tahan. Ayahnya pun sama jugak, tak berapa tahan. Sampai disini dulu ye Ratna. Nanti kita sembang lagi. Dah hampir jam 7.30am. Mesti Ratna sedang melambai Eline utk ke sekolah. Salam kasih sayang dari Dza.

AZNI BINTI MAT ISA a dit…

assalamualaikum si jelita,.
alahai, so sweet baby Ratna lukis-lukis gitu. Kita suka lah. ayat tak tahan tu..dengan harapan maman ya terpandang, hehe.

Ratna, ayat tu seolah-olah si bongsu telah "mewarisi" sifat mulia ibunya yang berasal dari Tanah Malaya. Tahniah..kerana telah berjaya "memakmurkan" jiwa dan sanubari anakanda mu.

Anonyme a dit…

those crystal christmas ornaments are lovely!

Arizakiah a dit…

Assalamualaikum..
salam kasih buat Ratna. Lama zakiah tak menjenguk Ratna malah blog zakiah sendiri dah lama tak di update....
So sweet bila si bongsu meninggalkan ukiran kasih sayang begitu....