dimanche 2 décembre 2012

Seputih suci...

| |


 Hari Ahad nan putih... salji dari kayangan... disaat ketika salji turun berguguran dengan saratnya suasana disini kampongulu sejurus menjadi sayup serasanya... senyap dan sunyi seolah kampongulu ini tiada penghuninya... apa yng kelihatan hanya lah cebis-cebisan salji turun melayang-layang sehingga menyembah dimana sahaja tujuannya... indah permandangan disekitaran taman halaman, semuanya menjadi putih diselaputi oleh cebisan es salji...

 
Sepasu terre cuite tanpa pokok tumbuhan penuh di-isi oleh es salji...

 
Sepokok bunga mawar yang masih berputik bunga walaupun cuaca bertahap beku...


 
Dedaun dari sepohon red cedar menampung penuh lapisan es salji.

 
Gambaran photo ini diambil tatkala cebis-cebisan salji turun berguguran dengan hebatnya, adore menyaksikan keindahan dot dot putih seperti cotton nan lembut...

 
Dedahan Tilleul berlatarbelakangkan sepohon red cedar...


 
Sepohon pokok Pin yang berbuah dari kampong seberang, sempat kesana semata trigin mengambil gambaran photo Château seribu tahun dari dekat !

 
Dedahan pokoknya Tilleul yang diselaputi oleh es salji...

 
Voilà... ! Château dari jarak dekat...

 
Pokok Pin yang terdapat dilerengan kaki bukitnya dikawasan Château...

 
Yang ini sekelompok Lierre/Ivy yang tumbuh menjalar disepanjang atas pagar ditepi halaman, adore dengan dua contrast tumbuhan yang berdaun dengan yang tidak berdaun, hanya dedahannya sahaja.. ! 

Sayangnya, tidak berkesempatan merakamkan gambaran dikeseluruhan kawasan halaman yang penuh dek lapisan es salji karena sejurus mahu me-clip clap kok turun lagi dengan hebatnya maka itu hanya gambaran photos sebeginian sahaja...

Voilà !

3 commentaires:

Cik Eka a dit…

aduh cantiknya pemandangan sis rat..

suka suka

Angah a dit…

indahnya ciptaan tuhan..

Anonyme a dit…

i miss u..i miss ur writing sis..please come back and haunt me again and again..:(

mommy yaya