mardi 15 janvier 2013

In the mood for..?

| |




Kelihatan Honey Aristocat lagak karenahnya yang tidak tentu keruan nian... dimana kah arah yang seharusnya ditujui... berdegil mahu juga keluar walhal salji sedang turun dengan lebatnya... !!


???... hari ini salji-salju seputih suci (Blanche Neige/Snow White alkisah fairytail yang termasyur bagi memperumpama gimana warna putih itu digambarbayangkan) turun melayang-layang bersamaan dengan hembusan angin nan dingin... rasa perasaan begitu syahdu sesungguhnya dengan permandangan seiras melancholy suasana disekeliling kampongulu dimana segalanya putih, putih dengan lapisan salji yang semakin menebal melapisi apa sahaja dataran terbuka menutupi rupaparasnya yang sebenar menjadi semuanya putih...!




 Dihadapan pintu utama turunnya anak-anak tangga yang diselaputi oleh lapisan salji, diwaktu ketika ini yakni bersamaan jam 09:05 pagi cahaya semulajadi masih begitu samar lagi karena dek turunan salji yang deras dan lebat sehingga rupaparas silhouette rumah-rumah kampongulu dirabuni oleh salji yang turun melayang-layang seolah dikayangan... indah&nyaman !



p/s: akan bersambung dengan gambaran photos seterusnya...





 Sudah lewat jam 12 tengahari, dan salji salju masih berturunan...
Diantara gambaran photos yang hanya boleh dirakamkan dari sebingkai tingkap juga dihadapan pintu utama sahaja... setakat buat waktu sebeginian tidak lah boleh keluar darinya dalaman rumah, lagi-lagi suhu diluar ialah -6°C sejuk dingin sesungguhnya...

 Pokok Cyprés ditepi anak tangga hadapan halaman.

 Dari dapur mengadap terus deretan tiga pokok Tilleul dan kelihatan se'ekor si-tweet tweet elok bertenggek... comel

 Kelihatan dengan jelasnya kekapas halus nan lembut layangan salji yang berlatarbelakang kan sepokok Tilleul.
Puncak penghulu diatas atapnya rumah caretaker berlangit biru petanda mentari bersinar dengan gemilangnya... gambaran photo diambil pada hari ini Rabu bukan semalam yang sarat lebat dengan turunan salji dan esok harinya Khamis salji akan turun lagi seperti yang sudah diramalkan...
 Ditepi dinding pagar terdapat susunan kayu-kayu dibawah teduhan pokoknya Red Cedar.

 Pohon-pohon Red Cedar dengan rintisan kekapas halus salji...

 Yang ini juga, dedaunnya penuh sarat dengan lapisan salji...

 Dari balkoni ditingkat atas, kelihatan halaman memutih bersih seolah ber-crème chantilly...

 Dari pintu utama...

Voilà ! penjuru balustrade penghias tangga dipintu utama nan uzur... berlapis salji nan putih dan segalanya beruparas putih bersih...

8 commentaires:

Anonyme a dit…

Assalam Ratna
Sedang membayangkan camana rupanya jika salji turun di RD nun...CS.

Mak Wardah a dit…

Salam Ratna yang kreatif,

Saya selalu baca blog Ratna tanpa jemu, harap Ratna teruskan berblog, sejuk mata dan hati saya dalam kesibukan bekerja bila saya dapat tengok apa yang Ratna paparkan. Walaupun sudah terlambat tetapi saya doakan Ratna berjaya dalam hidup, berbahagia dunia akhirat dan sentiasa sihat. Lama jadi silent reader tetapi buka blog tetap buka dan baca serta menikmati keenakan dan keindahan isinya.

Take care Rat.

azieazah a dit…

Cantik sungguh ciptaan Tuhan. Walaupun di negara kita sini, tiada musim sejuk begitu, ada pula negara yang ada salji. Sungguh indah dan menakjubkan.

Azmatun Ismail a dit…

as salam sis sudah lama menjadi peminat setia blogmu cantik sungguh pemandangan terasa indahnya hidup jika berpeluang merasa semua ini

bintangjauh a dit…



Salam CS, bayangkan RD menjadi serupa es batu campur abc yaitu berwarnawarni cantik dengan kembangan bunga setelah diselaputi oleh salji nan putih suci... lagi bertambah "awesome" !!!

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…



Salam Mak Wardah,

begitu juga dengannya Mak Wardah, bersama-sama kita berdoaniat kepadaNya senantiasa semoga diri dipelihara dengan sejahteranya...

dengan seadanya sahaja Mak Wardah sebagai mengisikan blog ini dimana semenjak dua menjak tidak berapa menarik isikandongnya hanya setakat yang sebeginian yang Ratna mampu gambarkan...

Begitu juga dengannya Mak Wardah, baik baik ya... salam manis semais madu.

bintangjauh a dit…



Salam AA,

perbezaan yang diadakan supaya kita mengenali dengan pekanya diperantaraan sebuah hidup yang bukan kekal-abadi untuk selamanya...

Namun, keindahan yang menakjubkan itu boleh menginsafkan diri supaya diri tidak henti-henti berbisikan Alhamdulillah petanda senantiasa mengingatiNya...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Assalamu'alaikum dan salam perkenalan Azmatun, begitu indah... namun sejuk dinginnya dikampongulu sudah bertahap beku, seawal pagi tadi -21°C... ya ampun !!!

TerimaKasih segunung tinggi sudi menyapa salam di-blog sis Ratna ini, sampai nanti... salam manis semanis madu.