lundi 21 janvier 2013

Kayangan...

| |












Sejuk dingin.... diluar halaman kelihatan hamparan lapisan salji menutup kembali lapisan salji yang terdahulu cair oleh rintikan air hujan yang turun hampir seharian harinya Ahad semalam, sedikit demi sedikit renjisan air hujan bertukar kepada kekapas salji nan halus, turun melayang-layang dimalam nan hening sehingga lah berlarutan dihari ini. Sepanjang pagi berdiri dihadapan sebingkai tingkap sambil memandang lama menyaksikan salji yang turun dengan lembutnya... cantik sesungguhnya seolah leraian kekapas gebu yang gugur melayang dari kayangan serasanya...

Hari ini, bersamaan January 21, setelah cahaya diluar yang samar menyerlah cerah pada jam 8:00 pagi, dimana diri masih tercegat sambil mengalih-alih pandangan ketaman halaman menyaksikan keindahan yang sukar digambari betapa agungnya Allah Subhanahu WaTa'ala yang Maha Pemurah dengan kurniaan permandangan disekitran halaman nan indah seolah dikayangan... syukur Alhamdulillah..



 Gambaran photos diambil pada awal pagi tadi.







 Pokok Tilleul/lime tree dihadapan tepi halaman.







 Sebuah anak bukit dibelakang halaman.








 Pokok Tilleul dibelakang taman.







 Terdapat tiga deretan pokoknya Tilleul berbaris dengan megahnya...








 Bonsaï érable du Japon/japanese maple.









 Cognassier du Japon ditepi rumah.









 Pokok Lilas berpaut kasih dihadapan halaman.








 Deretan pokok-pokok buahan seperti apple, prune dan cherry yang baru ditanam oleh CintaJL, kelihatan nun disana sebuah Château seribu tahun bertapak dengan megahnya...








 Dari bahagian potager sayur-sayuran.









 Sebentang hamparan salji nan putih...









 Berbaris lurus deretan anak-anak pokok Buis/boxwood-tree, cantik...








 Deretan pokok-pokok Buis ditepi pinggiran kolam renang.








 
 Lierre/ivy liar yang tumbuh menjalar dibahagian tembok berbatu ditepi halaman.









  Sekelompok buah-buahnya lierre/ivy.








 Kelihatan jelas buah-buahnya lierre...









 Berlatarbelakang kan dengan rimbunan pokok dari rumah jiran sebelah.









 Adore gambaran photo ini...








 Dahan-dahan Lilas yang bersalut dengan lapisan salji.









 Tatkala photo ini diambil tetiba salji turun, terus bergegas masuk kedalam rumah... pintu utama yang masih beraya natale !









 Sebingkai tingkap dibahagian ruang perpustakaan.









 Perbezaan diantara salji nan halus bersama air kolam renang yang sudah keras membeku...









 Boleh ber-ice skating !









 Penjepit jemuran  yang terbiar bergantungan diampaian...








 Adore photo ini.








 Sejambak bunga Hydrangea yang terbiar kekeringan dari musimnya panas nan lepas !








 Rumah berteduh dan tempatnya biji-bijian cereal untuk sang tweet-tweet digantung atas pokoknya Tilleul ...










Voilà !




4 commentaires:

Azmatun Ismail a dit…

Subhanallah indahnya ciptaanmu....

azieazah a dit…

Saya teringin nak pegi saya, dan jentik penyepit baju itu!

Angah a dit…

lama dah tak jumpa pengepit kayu untuk kain dijemuran

Anonyme a dit…

Assalamualaikum si Bintang Jauh

Rasanya penyepit kayu itu sudah pupus di rumahku. yang ada hanya jenis plastik.

Adore gambar yang pertama

Ahkak