mercredi 9 janvier 2013

Les Truffes au chocolat noir si fondante...

| |




Hari ini gimana pun semestinya disiap selesaikan, tahun lepas lansung tidak ada walhal simpanan chocolat ada 10 kg !!! kemain lagi semangat untuk membuat apa sahaja namanya chocolat namun akhirnya hanya menyediakan manisan yang serupa sama yang dipusing-pusing sebagai menutup rasa bersalah...

CintaJL berkata di-office semua merisik secara segan dengan nada suara tertahan-tahan yang hampir sukar difahami " errrrr..., tahun ni sebalang truffe dari kampongulu ta' kan ta' ada?"  dan CintaJL menjawab " akan ditunaikan dari kampongulu... tunggu sahaja !" Kalu begitu, pastinya ditunaikan... nanti kempunan mereka semua, dari tahun lepas keciciran sudah sebalang dua truffe au chocolat dan jika tidak ada bebayang balang yang berisi penuh dengannya truffe memasing di-office asyik mengusik bergurau terhadap CintaJL seperti " si-madame mogok kah tahun ini?"... dimana pada setiap tahun sememangnya disediakan buat mereka di-office tatkala berminum café atau pun thé...

Dari seawal pagi (semalam) sudah menyinsing silengan baju dan bermula lah acara me-truffe...

 
 Gambaran photo diambil pada awal petang semalam, kelihatan mutu cahaya yang suram walhal berdepan dengan pintu didapur...

Bebola ganache fondante ber-chocolat noir intense yang berlemak crème fleurette yang sudah dibulat-bulat kan sementara menanti dibenam ke-dalam kawah chocolat couverture yang sudah dicair kan terlebih dahulu lantas diguling-gulingi diatas serbuk cacao yang merubah bentuk bebola truffe ini menjadi berupabentuk "cendawan"  la truffe yang terkenal itu !


Voilà ! sesudah disaluti dengan chocolat couverture yang berserbuk cacao...


Malgré de grandes avancées scientifiques, la truffe est loin d'avoir dévoilé tous ses secrets.
Cendawan la truffe, harganya boleh mencapai 5/7 ribu Euros sekg, kok mahal !

Akan bersambung...


 Manisan truffe ini ada lah chocolat utama semestinya ada dihidangkan semasa musim perayaan Nöel, maka itu hampir disetiap rumah pasti disediakan ataupun dibeli sahaja...


 Berlajar dari Ibumertua sedari tahun pertama disini Peranchis dan semenjak itu chocolat truffe ini pasti ada ...

 Dahulu kala, setiap kali menyediakan chocolat truffe ini begitu banyak, berkilo-kilo namun kini tidak lagi semenjak menetap tinggal dikampongulu ini...


 Ada pelbagai jenis resepi yang berlainan, ada yang berbutter dan bergula, ada juga yang bertelur kuning dan ber-aroma dengan pelbagai liquer, akan tetapi yang se'eloknya resepi yang tulen darinya Monsieur Dufour Louis yaitu yang terbaik ! hanya cream dan chocolat sahaja !

J'adore...

 Namun... rasa kerasaan la truffe au chocolat ini yummy sekali, percaya lah...


 Yang terpenting ialah gunakan chocolat yang bermutu tinggi seperti yang disarankan oleh Chef/Maître chocolatier, begitu hasilnya menambat selera...

Voilà.

4 commentaires:

Angah a dit…

cantiknya hiasan kat dulang tu

Anonyme a dit…

bestnye!
so gebusss

mommy yaya

Cik Eka a dit…

sisi,teringinnya nak rasa..

mesti sedap amat ni!!!!

angahPJ a dit…

ya allah.. sedapnya..