lundi 28 janvier 2013

Lyon&Paris !

| |


Harinya Sabtu pergi berbelanja dihujung soldes/sales yang hampir tamat... jadinya tiada lah lagi yang menarik untuk dibeli itu&ini karena yang tinggal hanya saki-baki barang-barang yang sudah dicuba beribu kali jadinya... dan nasib baik yang Tengah&yang Bungsu tidak cerewet, apa yang ada dan berkenan iya beli dan kalu tidak ada iya terima sahaja keadaan begitu... kenyataan yang tidak boleh disangkal kan !

Panjangkata seronok juga dapat berbelanja dikota seberang, tukar rupa, tukar suasana dan bertukar semuanya dimana station kereta'apinya yaitu Lyon Part Dieu begitu 'immense' dan sebok sekali ! Hari Sabtu... jadinya bersesak-sesak dengan para pengunjung atau pembeli dari sudut bandar, daerah, kampong dan desa...

Seperti biasa BintangJauh tidak ketemu apa sahaja yang dihajati, bukan cerewet akan tetapi barangan yang dikehendaki sudah habis dibeli... kesudahannya hanya menjadi pembayar dan penasehat sahaja...

Didalam Galeries Lafayette ada terdapat jajanan macarons dari Pierre Hermé yang mengadap terus salon de thé Angelina yang terkenal itu, anecdote yang terkenal ialah bermula dari seorang yang terkenal lagi termasyur dimana pada tahun 1920 Coco Chanel/Gabrielle Chanel buat pertamakalinya menolak pintu utama salon de thé Angelina dan duduk lah disatu meja khas untuknya lantas semenjak itu setia dengan kebiasaannya berminum secangkir minuman chocolat chaud "L'Africain" dengan penampilan bertaraf chic&elegant bien sûr berpakaian sepasang le tailleur/suits en tweed gansé... 


Hanya membeli sekotak kecil sebagai percubaan dimana kebanyakan saveurs yang ada begitu terhad jadinya yang Tengah&yang Bungsu sekadar memilih rasa yang digemari sahaja...

Saveurs chocolat noir intense versus la douceur dan mencelah satu-satunya macaron fruit de passion&pamplemousse, itu sahaja !

Yang pastinya macarons dari Pierre Hermé ada lah yang terbaik sekali seperti yang telah dikataputuskan oleh critique gastonomique dimana yang selainnya selepas PH !

Paris synonyme La Tour Eiffel !


Voilà... belanjanya...

1 commentaires:

azieazah a dit…

Nampak sangat menggoda la macaron tu. Di Malaysia pun sudah sangat popular dan banyak sekali orang sudah pandai buat macaron ni.