mardi 29 janvier 2013

Tarte Nenas harumwangi...

| |







Simpanan jam nenas dari perayaan IdilFitri nan lepas masih ada sejar didalam peti es, setiap kali terpandang terus sihati berdetik dan selera bagai  mengalu-alukan sahutan supaya sediakan apa sahaja manisan sebagai juadah berminum petang ini...

Tidak mengikut resepi adunan dough dari tarte nenas akan tetapi dari cara seorang Chef beriktiraf satu bintang/étoile dari Guide Michelin dan beliau begitu terkenal disini Peranchis... siapa lagi jika bukannya Chef Cyril Lignac yang terkenal dengan cara gaya percakapannya yang pekat dengan nada loghat dari tempat asalusulnya diselatan Peranchis Aveyron region Midi-Pyrénées. Penyediaan dough untuk tarte bernenas ini begitu senang dan tidak remeh lagi bersih karena tidak perlu menggunakan jarijemari tatkala menggaul-gaul tepung&butter, cara Chef Cyril Lignac hanya campurkan setiap bahan kesatu bahan mengikut aturan yang telah ditetapkan dengan menggunakan baking spatula, voilà siap sempurna sudah !



 Ada yang besar sebiji dan ada yang kecil comel cenonet, lebihan pastry dough... menggunakan acuan yang berlainan bentuk bagi mempelbagaikannya...






 Kelainan la pâte sucrée/pastry dough manis ialah garingnya boleh bertahan selama 5/6 hari dan pineapple tarts dough pula lembut, lunak lagi gebu dan cepat rapuh...







 Gandingan manis-lemak dan masam yang lembut jam nenas bersama pastry versi Chef Cyril Lignac begitu serasi sekali, mega yummy !







 Tatkala baru keluar darinya ketuhar baunya nan semerbak harumwangi di-parfum bagai disembur naik sehingga ketingkat atas...







Diatas dataran dihiasi dengan pastry dough bersilang seperti losange/diamond shaped dan bertitik-titik warna kuning sebagai penaik seri.







 Sejurus sampai didepan pintu dari sekolah, yang Bungsu terus tersenyum manis sesungguhnya karena tahu dan ngerti manisan untuk goûter-nya/afternoon snack ada lah yang terpaling digemari sekali !








Hari ini berminum petang seolah menyambut hari raya serasanya...







3 commentaires:

Cik Eka a dit…

fuhh menggoda ya sis

eka memang suka tart nenas
tapi biasalah kalau kat Msia ni,
kalau bukan raya,memang payah nak cari

angahPJ a dit…

Memg mengoda sungguh tart nenas tu. Kepingin nak mencubanya

Anonyme a dit…

As salam Ratna,

Tengok tart tu buat saya terliur. Holiday ni kena cuba, Ratna tak nak share resepi dengan kita ke? - Rose