jeudi 17 janvier 2013

Yang biasa...

| |


dan sederhana sebagai sajian berminum petang disamping menghargai betapa indahnya permandangan salji nan putih... ramalan cuaca nyatakan hari ini salji akan turun lagi namun sehingga diawal petang tidak kelihatan, jadinya.. mencabar semangat diri, mengambil peluang keluar melawan sejuk dingin semoga gâteau yang biasa ini akan kelihatan luarbiasa dengan keindahan salji sebagai latarbelakang gambaran photos Gâteau au Yaourt/yogurt pot cake ini.


 Seawal pagi sejuk dinginnya sudah mencapai tahap beku yaitu -21°C... umpama seketul es batu ! Ya ampun... keluar sebentar mengambil photos, tangan terus membeku sehingga terpaksa berhenti karena tidak terasa jari jemariku, masuk semula kedalam rumah serta merta panaskan kedua tangan diatas dataran tungku "heater", merah warnanya tangan dan serasa sejuk sesungguhnya...


Gâteau au yaourt bertaraf biasa sahaja, dan yang ter...paling senang lagi cepat sekali cara penyediaannya dimana bahan-bahan adunan yang sudah sedia ada didapur ! 
Gâteau ini ada lah sejenis manisan yang sering dibawa oleh para Maman/Ibu disini Peranchis tatkala diminta sediakan apa sahaja jenis manisan untuk acara goûter/morning&afternoon snack disekolah dimana setiap murid bergiliran membawanya sebagai goûter collectif. Seringkali gâteau ini punca utama dijadikan gâteau maison/homemade karena cepat&mudah disempurnakan, maka itu disekolah memasing akan berkata "encore.... !!!"


Se-pot Yaourt/yogurt dari gunung yang tidak berapa jauh dari sini, susunya yang berlemak cream...

 Bukunya.

 Seterusnya ialah gambaran photos yang diambil dihalaman depan rumah, juga di-terrasse/patio dengan bentangan salji yang halus lagi lunak pabila disentuh...

Gâteau au yaourt ini seakan sama seperti butter pound cake/weekend cake, dan boleh dipelbagaikan dengan apa sahaja namanya perasa begitu ada kelainannya, tepuk dada tanya selera..

Disini Peranchis sukanya ber-jam buah-buahan atau ber-ganache au chocolat, cara klasik...

Bersuhu dingin begini menjamu petang bersama air teh panas dengan sehiris limau terapung-apung didalam cangkir, sepotong gâteau yang biasa boleh menjadi luarbiasa jadinya.. !

Seringkali yang biasa dan sederhana itu lah yang ter...paling yummy, karena adunan lemak dan manisnya serasi sekali.

 
Yang ini, diatas sebidang terrasse/patio dibelakang halaman.



 Yang sama.

 Ditepi tangga.

 Dibawah pokok red cedar.

 
Kelihatan longgokan cebis-cebis kayu dibawah pokok red cedar.

Yang ini sengaja ditenggekkan diatas sedahan pokoknya red cedar, kelihatan sedikit dedaun lierre/ ivy terbenam oleh lapisan salji nan lembut, cantik nian...

 Dipuncak dataran glaze berbijian vanilla, penambah rasa...


Voilà!

Verdict...,



 Lembut, lunak, gebu lagi halus tekstur-nya...


4 commentaires:

Anonyme a dit…

Assalamualaikum Ratna.
MasyaAllah...cantik sangat2 gambaran photo Ratna tu...gateau yang berlatarbelakangkn hamparan salji...the gateau nya nampak delish sekali...yummy..

Salam sayang dari Dza

azieazah a dit…

Gâteau au yaourt? Aduhaiiii cair air liur Kak Ratna...

Tengok salji tu sangatlah indah, sebab putih bersih tidak tercemar.

Anonyme a dit…

cantekkkkkk sekali photonya..

NaniRostam a dit…

Assalamualaikum,

Alhamdulillah ratna masih ceria berkarya. Nani dah rasa macam hilang semangat pun iye..Kadang kadang apa yang kita persembahankan di blog ni sekadar luahan perasaan..cebisan rasa..perkongsian ilmu dan seni khazanah allah namun selagi kita berhadapan dengan manusia yang merasa dirinya lebih tahu dan lebih bagus maka setiap langkah dan perkiraan kita sentiasa cela di mata mereka.

Itulah harga sebuah perkongsian.

Namun nani ucapkan terima kasih atas perkongsian ratna di blog ni dengan foto foto yang sungguh hidup dan terasa berada di situ.


Teruskan ya rat...


nani mengintai sekali sekala disebalik kesibukan harian.


Salam kasih sayang...
dari Nani.