jeudi 14 février 2013

Plein d'Amour...

| |



Joyeuse Saint Valentin.


Jeff Koons, au Palazzo Grassi

Hari ini... bertarikh keramat kepada sesiapa yang terpaut kasihsayang bagi membuktikan kepada pasangan memasing bahawasanya cinta itu akan selamanya kekal membara serupa seperti dihari pertama bertentangan mata... dan hairannya semata hanya untuk hari ini February 14 yang dianggap "symbolic" dan istimewa didalam artikata menyambutnya sambil bertukar-tukar hadiah, bermakan hidang direstaurant, bersilih ganti berkata dengan bisikan cinta sakti seolah baru terjatuh hati lansong terputik kerasaan cinta bergelora... dan dalam keasyikkan meraikan sambutan cinta itu baru tersedar card credit sudah terhangus dan esoknya termenung sudah... ada kah sambutan itu berfaedah untuk diraikan? tepuk dada tanya pengertian memasing karena wang ringgit yang dihabiskan ada lah juga hak memasing, tidak lah boleh sesenang hati dan minda untuk mengadilinya karena nanti banyak tercetus bebuah pandangan yang bertaraf "bias"... !!! jadinya, terpulang lah kepada memasing sama'ada hendak meraikan atau disebaliknya...

Si-BintangJauh gimana pula? Tidak pernah meraikannya walau pun sekali karena CintaJL berkata sambutan Valentine adalah sebuah budaya kepercayaan yang kolot bertaraf karut ! jadinya... sebagai menyimpang topik, sengaja paparkan petanda-petanda ini bagi kepada barangsiapa didalam golongan jahil mengenai mengenali pendirian diri sendiri menjadi seorang muslimah nan mukmin yakni beriman yang jati&tulen yang semestinya terlebih dahulu terkeluar dari kategori fasiq, fajir, munafiq dan yang terpaling parah yaitu murtad dan kafir ..  adakah insani semua terkecuali dari tanda-tanda dibawah?

Dan terjemahan ini juga untuk pedoman diri sendiri supaya beringat-ingat senantiasa didalam menghadapi dunia yang bercekelaru dengan kefahaman a la kadar, cetek dan seadanya dimana didalam Akhlaq Islam tidak ada itu semua...




"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.
  • Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
  • Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
  • Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati".
Berikut adalah ciri-ciri orang munafik menurut Islam.
  • Dusta
  • Khianat
  • Fujur dalam pertikaian
  • Ingkar janji
  • Malas beribadah
  • Riya'
  • Sedikit berzikir
  • Mempercepat solat
  • Mencela orang-orang yang taat dan soleh
  • Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
  • Bersumpah palsu
  • Enggan berinfak
  • Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin
  • Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
  • Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
  • Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
  • Sering meninggalkan solat berjamaah
  • Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
  • 'Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
  • Takut terhadap kejadian apa saja
  • Beruzur dengan dalih dusta
  • Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
  • Bakhil dalam masalah kebajikan
  • Lupa kepada Allah s.w.t.
  • Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya
  • Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
  • Sombong dalam berbicara
  • Tidak memahami masalah-masalah agama
  • Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
  • Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang
rujukan dari wikipedia.
&
Le Figaro.


Juga, hairan sehairannya ! setiap kali blog ini membuka timbulkan perihal hukumhakam agama sebagai pengongsian bersama ummat sekalian kok tidak ada balasan yaitu sekurang-kurangnya ada yang tercuit untuk memberi buahpandangannya... ada kah sekilas pengertian ajaran agama seperti Tauhid& Akhlaq tidak menarik tarafnya sebagai topik sampingan kepada semua atau tiada sesiapa yang peduli...dan serasanya seolah berkata dalam dunia yang membisu tatkala soal-soal ugama Islam nan suci dipertengahkan, mungkin topik menyimpang ini bertaraf "boring" ! dan sehendaknya semua apakata BintangJauh jojolkan topik mengumpat atau bergossip itu dan ini, baru class... !!! bukannya apa sekadar terkilan sahaja... iya, tahu lagi ngerti tidak boleh paksa sesiapa pun... kalu mahu memberi komentar atau pun tidak, itu hak asasi memasing... sampai nanti..


12 commentaires:

azieazah a dit…

Salam,
4,5 hari saya terhenti mengomen, sebab berada di luar kawasan.

Benar, meraikan Valentine saya juga melihatnya sebagai suatu pembaziran.

Namun, masih ada yang bangga meraikannya, meski dgn cara tersendiri.
Kesedaran itu belum sampai... ya kesedaran mungkin.

bintangjauh a dit…

Salam AA;

TerimaKasih sesungguhnya... sebenarnya nota perenggan terakhir itu semata bagi Ratna untuk mengetahui dari para bloggers semua mengenai "essential" utama didalam harian, selain banyak memapar peragakan dari segi masakan, perihal keluarga, mem-baking, fashion, perihal semasa terkini, gejala kehidupan, dan yang lainnya juga terdapat pesanan dan pedoman dari hadis-hadis yang dipilih sebagai renungan bersama namun tidak selengkap mana bebuah pandangan itu dikupaskan jadinya sedikit demi sedikit Ratna mencuba menerokai secebis soalan menyentuh mengenai perihal agama secara menyeluruh sahaja namun jawab"feedback"nya kok zero ! harapan Ratna apa sahaja persoalan yang Ratna timbulkan bukannya sebagai kerahan atau tekanan kepada barangsesiapa pun hanya sekadar trigin berkongsi pedoman sesama muslimah semua, juga ilmu yang sudah ditimba boleh dikongsi bersama..... namun peningkatan agama yang Ratna dugakan rupanya benar karena kebanyakan hanya mengamalkan apa sahaja untuk dilihat dari zahir sahaja, kesudahannya tidak lah berkesempatan untuk berkongsi perihal ilmiah bersama dengan insani yang bertaraf mukmin nan tulen... itu sahaja !

Gimana pun, Ratna hargai perhatian prihatin darinya AA yang budiman sesungguhnya, sampai nanti..

Anonyme a dit…

Assalam Ratna
Tengahari semalam berkesempatan menonton siaran ugama the Deen Show ditivi. Siaran nih berusaha memberi penerangan tepat mengenai Islam kepada umat Islam dan kepada penganut ugama lain berpandukan alQuran dan sunnah. Tajuk kali nih berkisar fasal Valentines. Kalau ada masa (serta rajin dan ada mood) I akan copy/paste dan buat 1 entry mengenainya, insyaallah.

Apa pun, terima kasih kerana berkongsi info. Na'uzubillahiminzalik mintak dijauhi dari menjadi munafik..CS

bintangjauh a dit…

Salam CS,

didalam sebuah kehidupan selain dari ngerti mengenai asas-asas tanggungjawab sebagai wanita,ibu prihatin terhadap anak-anaknya, patuh&ta'at kepada suaminya, hormati kepada ibu&bapanya juga yang lebih tua darinya, bermasyarakat dengan harmoninya juga yang terulung sekali ialah tidak kabur dengan pengetahuan tauhid, akhlaq dan figh yang sewajibnya seiring bersama tahap pengetahuan kepada tiga perkara ini, jadinya perihal agama ada lah topik yang berat untuk dipikul dan boleh diulas kupas mengikut kefahaman yang sudah dituntut berlajar dari yang bertauliah sahaja dan Ratna ngerti kepada yang masih samar/jahil mengenainya akan bertindak yang ianya tidak penting atau mengecualikannya atas karena tidak maklumi, jadinya cuma terkilan banyak insani pandai memberi komen fasal gejala hidup namun tidak bijaksana mengulasnya secara berakhlaq yakni bernas dan jelas penuh dengan pedoman mengikut hadith akan tetapi berlemah-lembut nada kata-katanya tanpa diselangselikan dengan perkataan caci menghina... ! seperti sudah dinyatakan seterangjelas dari sabdaan Rasulullah SAW "Islam itu akhlaq yang baik, tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlaq yang mulia juga Akhlaq dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaqnya.”" kesimpulannya jangan lah kita sampai bertuhankan dengan hawa nafsu yang mengheret insani semua khayal dengan kehendak/kepuasan duniawi itu dipenuhi dengan tamak lagi gelojoh sehingga merasa puas sepuasnya... Na'uzubillahi Minzalik..!

Mengapa Ratna perkatakan ini semua? terkilan dengan gaya hidup insani dimasa kini yang terlalu mengagungkan "aku ada semua!" dan engkau yang bising-bising "ada !" maka itu Ratna pertengahkan sekali-sekala disini dengan alasan sudah berkurun ketinggalan jauh tidak peka mengenai perubahan gaya hidup ditanahair jadinya agak terkejut dengan tingkahlaku yang mendewakan cara kehidupan "glam" itu ! bukan tidak boleh akan tetapi perlakukan secara berserdahana dan berpada-pada...

Sampai nanti...

Art Lover a dit…

Aslmkm Ratna..
Saya juga berterima kasih kerana memberi kesedaran kepada kita sesama insan..yg mungkin lalai.
In shaa allah sama2 kita berkongsi apa pengetahuan yg kita perolehi.

Art Lover a dit…

Aslmkm Ratna..
Saya juga berterima kasih kerana memberi kesedaran kepada kita sesama insan..yg mungkin lalai.
In shaa allah sama2 kita berkongsi apa pengetahuan yg kita perolehi.

Anonyme a dit…

salam akak
alahai..berbaur kecewa ur entry this time ya..hihihi
saya ni xpernah sekali pun sambut Valentine..dan x terfikir pun nak menyambutnya..

good 4 u keep writing in what ever u wanna write kak..always behind u

tp saya lebih prefer ur entry with bakingmembaking+foto2 yang bertaraf VOGUE gitu
salam sayang dari Mummy Yaya..winks

Rose a dit…

Salam perkenalan,mengenali Ratna melalui cupcakekasih dan sependapat 100% tentang isu pembantu lantas terus ke blog ini...suka entry yang telus dari hati

bintangjauh a dit…


Wa'alaikumussalam dan salam Art Lover,

sama-sama kembali dan Ratna juga berterimaKasih dengan penghargaan nan ikhlas sesungguhnya... sampai nanti..

bintangjauh a dit…

Salam Mummy Yaya,

mem-baking itu dan ini dalam seminggu 3 kali namun tidak kesampaian untuk dirakamkan dengan alasan antara sudah habis atau sudah lewat jadinya zero ! dan kalu keluar kesana-sini tanpa dirancang camera pula kelupaan jadinya zero lagi...

Gimana pun, nanti-nanti kak Ratna peragakan yang Mummy Yaya gemari ya... salam sayang juga kepada Mummy Yaya..

bintangjauh a dit…
Ce commentaire a été supprimé par l'auteur.
bintangjauh a dit…

Salam perkenalan juga kepada Rose,

TerimaKasih sesungguhnya datang menyapa mesra disini yang begitu Ratna hargai... semoga hendaknya apa sahaja yang bernama kehidupan dapat dikongsi bersama dimana sekarang ini semakin pudar serinya... salam mesra buat Rose disana...