vendredi 22 février 2013

Serasa dingin...

| |


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua para sahabat bloggers dihari Juma'at nan mulia...

Pengat pisang bersago ada lah salah satu manisan kesukaan Moyang dimana biji-bijian sago dilebihkan begitu terasa pabila dimakan diwaktu minum petang yang sememangnya tidak pernah tercicir dari agenda harian.

Sakibaki es salji yang masih melekat dihadapan halaman.

Semingguan ini suhu cuaca begitu dingin sesungguhnya -6 dan soirée -10 ... sisa dan baki es salji yang masih bertahan  tetap melekat disekitaran bidang halaman meski pun lapisannya semakin menipis dan mencair lenyap meresap ke dalam tanah... dan kelihatan diluar salji turun berguguran lagi, sejurus itu serasa dihati begitu sayu dan rasa perasaan pergi melayang jauh... nun jauhnya.. sejauh disana berlipat dengan kemasnya secarik sejarah sebuah hidup seorang anak kecil yang tersingkir dari semua... berlajar berdikari sendirian tanpa sokongan dari pangkal asalusul kewujudannya...

Sewaktu dan ketika ini terkenang kembali...

Disepanjang bulan puasa yakni Ramadhan semasa membesar dibawah naugan Moyang salah satu juadah membuka sahur setelah dijaga oleh kokokan si-ayam jantan sewaktu dinihari nan hening sebagai petanda bangun lantas menyediakan sarapan bakal bersahur ialah nasi goreng garing... kok garing ! iya yang benar... nasi digoreng sehingga garing ada lah caranya Moyang memasak nasi bernama goreng... pertama kali merasainya baru sahaja sesudu suapan ter...henti sejenak dengan pertanyaan yang bukan-bukan terkeluar dari minda lantas bertanya kepada Moyang ada kah nasi ini terlama gorengannya sehingga menjadi keras kegaringan, jawapan yang dibalas ialah itu lah cara yang terbaik karena bukan sahaja enak lagi sedap dimakan pabila dikunyah nasi goreng garing tidak rakus/pelahap cara makannya yang bermaksud dimakan dengan cara kunyahan yang lama dan sopan begitu penghadamannya teratur dan tidak bermasa'alah jadinya menyenangkan pembuangan yang lawas, pesan Moyang dari segi petua untuk kesihatan...

 Harum semerbak mewangi dengan adanya dedaun pandan... sebuah mangkok beralaskan dengan selembar daun pisang sebagai penaik rasa...

Selama bertahun-tahun yang bersilih ganti dibawah penjagaan Moyang hampir lengkap ajaran memasak dengan pelbagai cara masakan yang berbeda tidak sama secara popular yang sering diikuti ramai dan banyak petua itu&ini dibisik lembut dan diminta diam tidak membuka rahsia tersebut mahu pun dikalangan cucu dan cicitnya yang lain... mengapa Moyang? karena hanya Jelita seorang yang lembut bacaan surah Al-Quran dengan kesabaran yang teguh mengajar Moyangnya mengaji kitab Muqaddam juga Al-Quran tanpa sebarang keluhan... terkebil-kebil mata merenung Moyang dan berkata "iya lumrah begitu semestinya berlembut dihadapan surahan suci... kan Moyang sudah uzur lagi lewat usianya dimana sebutan ayat sudah goyang dan sering kurang jelas dan tepat, jadinya harus berlemah lembut dan tenang sahaja.." lansong tersimpul sebuah senyuman dari bibir sehingga menerbit sinaran jernih dari sepasang matanya Moyang dan begitu lah setiap kali mengajar Moyang mengaji akan duduk rapat disebelah si-BintangJauh supaya dapat dengar dengan jelasnya, dan setiapkali mengaji caranya Moyang seolah menganggap dirinya sebagai murid yang patuh mendengar terhadap gurunya kekadang serasa sayu betapa keupayaan Moyang untuk mengaji dengan sebaik yang mungkin... ada bertanya mengapa Moyang tidak berlajar dari anak perempuannya yang juga ada lah pengajar mengaji, jawab Moyang tidak serasi dan sesuai dengan anaknya sendiri dan lebih senang berlajar dirumah bersamaku walhal ketika itu hanya berusia 13 tahun... dan semasa ketika itu pusingan harian hanya tertumpu kepada Moyang, apa sahaja yang disuruh hanya pasrah yaitu turuti sahaja tanpa berdolak dalih seolah apa sahaja yang dipinta supaya disempurnakan keatas sesuatu pekerjaan rumah ada lah sebuah amanah kehidupan yang semestinya diakuri dengan hati yang terbuka meski pun ada ketikanya kudrat bagai ditarik-tarik lantas tersebak haru meminta pohon kehadrat Ilahi dimana kah IbuAndong sebagai penyejuk dan penawar rasa...

 Pagi nan kelabu samar putih tatkala ini kekapas salji sedang turun... halus kecil kekapas es salji melayang-layang turun dengan gaya yang perlahan, serasa syahdu pabila permandangan sebeginian rupa suasana dikampongulu dimana semenjak semingguan ini begitu sunyi keadaannya... kelihatan nun disana sebidang tanah kawasan jiran seberang jalan sudah bermula memutih kembali...

 Dot dot dot kekapas es salji yang ber-saiz kecil dan halus sedang turun berguguran, pabila saiz kekapasnya kecil petanda suhu udara begitu sejuk lagi dingin bertahap menggigil dimana ketika coretan ini dikarangkan suhu diluar ialah -6... semalam sebelah pagi keluar ke post-office atas urusan penghantaran kembali dan sepanjang jalan naik membukit serasa payah kaki melangkah oleh suhu yang terlalu dingin membeku walhal bersarung tangan, berbaju 100% lambswool, ber-snow boots yang tebal dan dileher berlilitan setebal-tebalnya winter knit-scaf namun... seluruh badan serasa beku...!!!

 Pelbagai kenangan nan lembut bersama Moyang yang dikasihi sesungguhnya bertambah lembut manisnya dengan pengat pisang bersago ini...

Kenangan lalu...

8 commentaires:

azieazah a dit…

Begitulah cara orang lama dulu kala mengajar mendidik. Begitu halus dan berkias sekali.

Menarik tentang Nasi Goreng Garing itu.

Dan risikan yang penuh bermakna.

Hmmm Pengat Pisang Bersago tu nampak menyelerakan sekali!

Jun Cupcakekasih a dit…

saat bait-bait ayat dibaca, hati ini turut merasai kedinginan, kesayuan, kejauhan, kerinduan dan kemanisannya pengganan...yang digarap indah oleh SiBintangJauh....


doa buatmu di perantauan wahai sahabatku...!

bintangjauh a dit…


Salam AA,

disini kekapas salji masih turun berguguran dengan lebatnya... datang dari atas kayangan dan seluruh kampongulu memutih suci... dan setiap kali bersuhu dingin sebeginian rasa perasaan tetiba serasa sayu/melancholy, entah mengapa..? mungkin disebabkan permandangan nan bersih putih seputihnya lansong menjernihkan rasa hati...

Nasi goreng garing caranya Moyang begitu yummy karena kegaringan nasi itu dimasak rasanya serupa seperti emping beras atau bertih pulut dan ianya begitu berlainan dari nasi goreng biasa dimana nasi yang garing rasanya lemak-lemak lembut masinnya.

ter...nostalgia..!
"Nostalgia is the only friend that stays with you forever.”
― Damien Echols

Pengat pisang bersago a la Moyang... begitu lah cara beliau menyempurnakannya yang masih Ratna ikuti, demi Moyang...

Sampai nanti dan selamat berhari minggu bersama seisi keluarga.

Anonyme a dit…

Didoakan semoga kebahgiaan dan kegembiraan sentiasa bersama Ratna sekarang dan selamanya. Sedih sangat kalau baca kisah zaman kecil Ratna yg rindukan belaian ibu. Salam mesra...Dza

Anonyme a dit…

Assalam
Dalam pada ralit dengan paras rupa pengat pisang yg menawan tu, hati nih tak dapat tidak turut merasakan betapa pilu dan kosongnya hati bila menaruh harapah pada yang tidak pasti ...

Ada sambungan pada perenggan terakhir tak? Harap ada..CS

Art Lover a dit…

Asmkm Ratna..
Teruja dgn pengat pisang, belum rasa lagi tengok pun dah teringin.
Tapi kann, sedih dan sayu pabila baca tentang kehidupan masa lampau Ratna.
..ternyata membawa notah2 yg tak akan padam hingga ke hari ini.

Suri Suriyani a dit…

Salam...

Menarik sungguh blog BintangJauh...Tak puas membaca dari satu entry ke entry yang lain. Photo-photo yang menarik dan manisan yang menyelerakan...

Teruskan BintangJauh...

Anonyme a dit…

akak...buat pengat pisang guna pisang ape di sana ye?

kalau di sini, boleh pilih from various choice..pisang nangka paling saya suka kalau buat pengat..masam2 manis gituuu..

lupa nak tny, daun pandan tu..akak masih gunakan yang akak tanam ke...

kalau kat pasar basah mereka, mmg xde ye daun pandan..?

mummy yaya