lundi 4 février 2013

Tinggal tiga...

| |


tu pun hendak juga diperagakan !



Sempena sambutan perayaan La Chandeleur sediakan lempeng Peranchis aka Crêpes bersama gorengan ini Les Bugnes Lyonaises diatas permintaan yang Tengah... adunan dough sebanyak satu kilo ! setelah siap sempurna menjadi banyak disusun didalam dua pinggan berkaki mengggunung tinggi sekali... namun dihujung minggu begitu sebok sehingga untuk mengambil gambaran photo tidak kesempatan, jadinya... setakat dapat memperagakan sakibaki yang semalam dimana hanya tinggal tiga butir sahaja... yang selainnya dijamu bersama seisi keluarga dan yang selebihnya sudah dibahagi-bahagikan untuk yang Tengah dibawa bersama sebagai bekalan selama studynya diValence, juga buat CintaJL&yang Sulong diGrenoble.

Tiga butir... akan dingap dengan secangkir café panas sambil memandang ke taman halaman yang putih diselaputi oleh saljisalju berguguran turun secara mengejut !!!




Voilà.