mercredi 6 mars 2013

Termenung jauh...

| |



 Setelah semingguan bercuaca suhu nan beku yang masih berlapisan dengan hamparan es salji yang kelihatan disebahagian kawasan taman halaman, begitu juga dikampongulu seberang lapisan es saljinya masih tebal seakan tidak mahu mencair... 
Tahun nan baru kini dibulan 3... ya ampun masa&waktu kok begitu pantas berlalu... oleh itu sewajarnya dari sekarang seharusnya menanam "bulbs" bebunga untuk musim bunga dikendali kerjakan... semalam membeli beberapa jenis "bulbs" yang dipilih mengikut warna dan rupaparasnya yang menambat hati... juga sempat membeli sepasu pokok rose berbunga warna kuning ke'emasan dengan sepokok raspberry berbuah warna kuning yang sudah dirasai dan terpikat dengan kerasaannya yang manis semanis lembut...

Semingguan ini juga cuaca bersuhu dingin bertukar kepada  dingin lembut nan nyaman dan hujan merintik turun tanpa henti... lantas es salji pun mencair dengan pertolongan rintisan air hujan...

justeru...

agenda berkebun tergendala... dimana untuk mencangkul dan menggembur tanah agak mustahil... termenung sejenak sambil berminum café berhidangan sehiris dua cake pisang semalam setelah muak berjemput-jemputan cekodok pisang goreng yang diulangkali semenjak dua menjak bercuti sekolah untuk musim sejuk dimana anak-anak-anak chéris semua ada dirumah bersenang lenang untuk dimanjakan sepanjang percutian ini...

 dalam termenung jauh... sambil itu juga membelek-belek panduan menanam sayuran&buahan yang bakal ditanam pada awal musim bunga nanti... secangkir café&cake pisang semalam..

Jadinya... mood pun terkurang sambil berpusing-pusing mencari agenda yang lain sebagai pengganti untuk di-isikan buat sementara sehingga reda hujan menitis rintik dilangit nan samar kelabu...


4 commentaires:

Art Lover a dit…

Aslmkm Ratna..
Alangkah sedapnya memakan cake dengan secawan kopi dimusim sejuk.
Dan juga berkebun dalam keadaan cuaca yang sejuk lembut itu.
Selamat berkebun, ya Ratna.

hajar a dit…

salam..saya selalu membaca cerita2 k.ratna...seronok sgt melihat gambar2 yang cantik nun jauh di sana...dengan resepi2 k.ratna yang mengiurkan dan cerita2 yang sangat mengujakan setiap kali membacanya...terima kasih berkongsi rasa...salam perkenalan...

bintangjauh a dit…

Salam sis Iha,

TerimaKasih wahai sis yang budiman... setelah bergelut dengan kedinginan nan beku kini langkahan kaki begitu bebas tatkala menerokai sekitaran taman halaman... putik-putik bebunga hampir memekar kembang...

sampai nanti..

bintangjauh a dit…

Salam Hajar... salam perkenalan dan terimaKasih datang menyapa disini dan sesungguhnya begitu Kak Ratna hargai sepenuh hati...

Begitu seadanya gambaran hidup kak Ratna disini dimana kini musimnya bunga akan menyusuri dihujung bulan yaitu pada March 21 dan nanti-nanti akan diperagakan sebagai intisari di-blog ini...

salam manis semanis madu.