vendredi 5 avril 2013

Musim Printemps nan monyok...

| |


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua para bloggers dihari Juma'at nan mulia.
Jacinthes berbunga putih yang tumbuh dicelah-celahan akar dibawah teduhan pokoknya Tilleul dibahagian belakang halaman.

Semingguan ini keadaan cuaca masih serupa "hivernal" sejuk dingin lagi... suhu pada setiap hari masih dibawah 10 °C sekitaran 5 atau 6 dan ada harinya -1°C tahap menggigil.. ! Hari ini hujan... petanda rahmat... syukran sesungguhnya kehadratNya yang maha Pemurah Subhanahu Wa Ta'ala... pokok-pokok bunga yang sudah ditanam tidak perlu disirami... dengan titisan dan renjisan airnya hujan lagi berkat menyegarkan rupaparas tumbuhan yang ada ditaman... nyaman serasa diri tatkala memandang jauh menyaksikan kelabunya langit namun diserikan oleh bebunga mekar...


Rose de Noël/hellebores sudah berkembang mekar...

Yang ini tidak tahu namanya yang diambil dari hutan nun dikampong seberang semasa ber-promenade dengan Kakak-ipar Sulong dimusim bunga yang lepas... lansong ditanam dibawah teduhan pokok Tilleul yang berbaris dibelakang kawasan halaman, kini berbunga  lagi...

Salam hari minggu kepada semua beristirehat bersama seisi keluarga yang dikasihi.