jeudi 9 mai 2013

Encore... des fleurs !

| |





Disepanjang musimnya Printemps-été, intisari blog ini akan dipenuhi dengan gambaran bunga-bunga kembangan... semoga para bloggers & pembaca nan setia tidak berasa bosan dengan isiannya.

Petikan photos bunga kembangan mekar yang terkini dimana sedikit demi sedikit peputik muda menjelma jadi kuntum-kuntuman bebunga nan menawan cantik sekali...
 
Seterusnya, gambaran bebunga yang baru sesangat berkembangan...






Kuntuman Rhododendron banyak terbuka mekar... kelihatan sebidang taburan bebunga comel cenonet Marguerites tumbuh meliar sesukanya menyelit diantara rerumput nan menghijau... nanti pabila rerumput sudah dipotong pendek tiada lagi sicomel kembangan !







 Masih banyak putik-putik bebunga muda...






 Merah baldu yang galak menyala !






 Tulips seiring berduaan...





 adore gambaran photo ini.







 Ditemani bersama dengan bebunga biru...





 Clematits juga sedang sebok mengembang...






 Sebuah hadiah dari jiran nun diatas sebuah anak bukit kampongulu seberang.





 Peputik muda...






 Alhamdulillah... tahun ini berbunga rimbun jika dibanding dengannya tahun nan lepas...






 La Glycine/wisteria dibelakang taman kawasan Potager sayuran kini sedang berkembangan dengan megahnya...






 Berjuntaian cantik tergantung...






 Yang ini ditananm oleh CintaJL, sudah 2 tahun usianya...






 Yang ini dari  temboknya pagar mengadap selorong jalan...






 Iris bertaraf biasa yang terdahulu berkembangan mekar dimana Iris koleksi istimewa akan berkembang disekitaran minggu hadapan...





 Sekumpulan Iris unggu kebiruan ini tumbuh dibawah teduhan pokoknya Buis/boxwood seratus tahun...





 Yang ini pula ditanam bersama tumbuhan vivaces pancawarna-warni yang sengaja digabungkan beginian seumpama jardin-nya Monet...






 Le Bleuet bertindih-tindih sebelahan Iris dan Lilacées orange.






 Lilas baunya harum semerbak...





 begitu rimbun seperti setiap tahun.






 Cognassier du Japon yang tidak rimbun bunganya pada tahun ini.






 
Yang ini baru dibeli lantas terus ditanam, ter...suka dengan boule bunga putih ini yang berupaparas comel sesungguhnya.. !





Voilà !




2 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam Ratna...

tengok bunga yang cantik2 hati pun terus berbunga2 dipagi jumaat yang mulia ni...

yg merah kat atas sekali tu look as if it is artificial flower...cantik sungguh ciptaan Tuhan!

NaniRostam a dit…

Subhanllah..terlalu indah ciptaan Allah dan kurniaan Allah atas nikmatnya memberi kita nafas, penglihatan, kesihatan untuk kita menyaksikan semua ini..

Bertuah Rat disekelilingi keindahan begini yang tidak semua tempat ada.

Rat, Liana ada diparis...insyallah nani pun ingat nak ke sana juga dalam tempoh terdekat.

Salam kasih sayang erat erat buat sahabatku Ratna.