mardi 14 mai 2013

Le Potager & un rayon de soleil qui brille...

| |


Seawal pagi nan hening yang bermentari jernih kilauannya  mengindahkan lagi suasana dihalaman dengan kembangan mekar berharuman semerbak wanginya...

Hari ini seharusnya di isi penuh semata untuk berkebun sahaja, begitu apa sahaja yang tidak kesampaian disempurnakan tempoh hari dapat diselesaikan setunainya...

La Glycine blanche du Japon/wisteria berbunga putih sudah pun berkembangan mekar dan baunya harum mewangi boleh terhidu dari atas tangga, baunya sama seperti si bunga jasmin... pada mulanya pokok Glycine ini ditanam dihujung sudut kawasan Potager karena pabila berbunga rupanya berwarna putih oleh itu CintaJL tidak suka... sukanya hanya kepada yang berwarna biru keungguan sahaja, jadinya BintangJauh pun mengalihkan dari belakang terus ke hadapan laman begitu disatu hari nanti CintaJL akan menghargai kecantikkannya... dan Alhamdulillah, apa yang dijangkakan kok benar.. ! kini CintaJL adore terhadap sibunga putih berharuman wangi ini meski pun pokoknya masih kecil namun berbunga rimbun.. !

Yang ini juga senasib.. !!!, setelah gagal dengannya yang putih, CintaJL membeli yang lain sebagai pengganti... pabila berbunga, kus semangat... kok berwarna pink lembut lantas kecewa lagi dan CintaJL mahu terus dibuangkan sahaja dan BintangJauh pun dengan secepat mungkin mengalihkannya bersebelahan dengan yang putih... pada tahun nan lalu tidak berbunga dan tahun ini berbunga, lansong sedikit demi sedikit dari hari ke hari CintaJL memuji-muja keatas kecantikkan sipokok Glycine yang berjutaian cantik rupaparasnya dan katanya elok molek sesangat yang 2 ini bersebelahan bersama...

Dari anak tangga terus mengadap kepada ke dua pokoknya La Glycine yang dahulunya dibenci yang kini dipuji-puja...

Adore dengan gambaran suasana sewaktu pagi yang bermentari jernih melembutkan rasa perasaan...

Le Potager.

setakat ini hanya ubi kentang dan sayur-sayuran yang kebal dengan suhu sejuk sederhana sahaja yang ditanami dahulu.

Salade biasa dengan Laitue salade Iceberg.

setengah tanaman sudah selesai...

Kobis cina.

Kobis biasa.

Fenouil/fennel.

Choux de bruxelles/brussels sprout.

Sekumpulan anak-anak pokok tomates dan courgettes/zucchini yang sedang menanti untuk dicucuk-tanam.

Yang ini baru sahaja di siap sempurnakan semalam bakal tempatnya ulam-ulaman...

        
meski pun kecil kawasannya sudah memadai...

katanya yang Bungsu "comelnya mini potager yang Maman bikin.. !" Voilà...

Treuja dengan quote ini dari seorang blogger omputih, " Life is like photography, you use the negatives to develop" sebagai renungan semasa...