mardi 21 mai 2013

Les Iris, Pivoines et la pluie...

| |


Disini Peranchis, hujan... hujan disepanjang semingguan dan hanya semalam bermentari jernih lantas mengambil peluang sepenuh harian dengan berkebun diluar halaman juga dikawasan Potager/sayuran dimana akhirnya anak-anak pokok tomates & courgettes/zucchini dicucuk-tanam oleh CintaJL meski pun terlewat dek keadaan suhu cuaca yang tidak mengizinkannya ditanami sebelum ini...

Musim Printemps/bunga pada tahun ini tidak begitu ceria, seumpama didalam kongkongan murung lagi monyok suasananya yang bersuhu dingin ( sekitaran 5°C sebelah pagi dan 14°C sebelah petang, walhal seringkali pada bulannya May akan bersuhu sekitaran 25/28°C !) lagi berangin menambahkan rasa sejuk yang tidak menentu...

Kasihan kepada bebunga yang telah berkembangan mekar... tampak comot setelah disirami oleh renjisan hujan seakan enggan berhenti.. !

Seterusnya, gambaran photos yang diambil pada pagi tadi...

 Iris yang cantik...

 Sebaris Iris yang tumbuh dengan sehatnya berlatarbelakangkan rumah "out-building".

 disamping yang unggu kebiruan.
 Adore terhadap photo ini.

Dari bahagian tepi berlatarbelakang kawasan Potager/sayuran.

 Kasihan... kalu terlalu basah kelopaknya akan rosak seluruh bunga Iris ini.

 Yang ini dihadapan rumah "out-building", dua kelompok Iris bersebelahan kanan & kiri bagi selorong jalan yang berbatu-batu sungai...

 Putik-putik muda sedang menanti kelopaknya terbuka mengembang...

 Kelihatan Lierre/ivy menjalar rimbun didinding tembok berbatu dengan pokok-pokok Framboises/raspberries yang sedang naik membesar.

Hujan berhenti seketika, lantas keluar sebentar diluar pagar utama dimana terdapat dua penyeri yaitu Iris yang ditanam antara kanan & kiri dilerengan pagar tembok berbatu yang sudah uzur, Iris bertaraf koleksi yang diberi oleh kakak-Ipar yang sulong pada 2 tahun nan lalu kini senantiasa berbunga cantik sebagai penyeri dipintu pagar utama.


 Yang ini berwarnawarni...


 Yang ini hanya berwarna putih sahaja.


 Dari selorong jalan berterusan menghala ke kampongulu seberang akan kelihatan bebunga Iris ini berdiri tinggi dengan megahnya...

Kelihatan jalan selorong yang berbukit menghala naik ke kampong seberang.

 Serumpun pepohon Pivoines/peony yang kini berkembangan mekar sepenuhnya.

 Basah namun tampak segar sesungguhnya...

 Adore, dengan titis-titisan air hujan didataran dedaunnya...

 Cantik rupawan,

 lagi menawan hati... lantas berbunga-bungaan rasa perasaan laksana warna rose lembut ini...

 Se-bouquet bebunga Bleuets dihadapan selangkah anak tangga pintu bahagian belakang, sebuah vase yang dilukis oleh GrandMère CintaJL yang diKasihi...

1 commentaires:

Art Lover a dit…

Asalam Ratna..
Lamanya tak menjenguk Ratna..
Meriahnya melihat pelbagai warna bunga2an di taman Ratna. Peony, adalah salah satu kegemaran saya.