vendredi 17 mai 2013

Moonlight Sonata, Beethoven...

| |



Gambaran La Glycine rose lembut sudah semarak kembangnya (berlatarbelakang dengan rimbunan bebunga Lilas dan Pivoines/peony), setiap kali memandang ke arahnya tersentuh rasa perasaan dengan pertanyaan, ada kah ini gambaran sebuah syurga duniawi yang hanya sebuah pinjaman bertaraf sementara? Masya'Allah... betapa dan alangkah indahnya ciptaan yang dikuniai dariNya yang maha Besar sesungguhnya dengan sejahtera menyaksikan bunga-bungaan pelbagai rupa dan warnawarninya sebagai penyeri harian meski pun cuaca suasananya monyok hujan pada setiap hari lagi bersuhu dingin ... Syukran dengan keindahan yang ada disekeliling taman halaman sebagai penawar rasa...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua para bloggers dan para pembaca dihari Jumaat nan mulia.


Dahulukala... selama menetap dibawah naungan Moyang setiap pagi nan hening tatkala bersarapan pagi... suasananya ibarat dunia tanpa penghuni... senyap didalam kesunyian nan syahdu... dihujung sudut ruangmakan nan samar berlampu redup cahayanya kelihatan terletaknya sebuah meja yang hanya berkerusi dua sahaja, dan disitulah duduk diri ini didalam diam sambil menjamu juadah sarapan yang berlainan rasa dan rupaparasnya  yang diselangselikan oleh Moyang mengikuti citarasanya yang enak pada setiap hari, minggu dan bulan ke bulan menjadi tahun demi tahun yang berlalu secara perlahannya laksana enggan berakhir ...

Namun,

ada hari-harinya terdengar sayup dari luar dendangan lagu-lagu semasa yang terkenal memecah kesunyian  nan hening itu merubah suasana bersarapan kepada dunia yang nyata berpenghuni rupanya... atau, pada setiap bulan Ramadhan nan mulia hampir setiap pagi dirahmati oleh baca-bacaan surah Al'Quran berirama sayup hampir tidak kedengaran walhal alMasjid hanya sejengkal jauhnya dari rumah Moyang... betapa tertutup kehidupan harianku jauh dari segalanya....

Alangkah kesunyian didalam diam itu begitu amat membendungi diriku bertapak pada sekian lamanya dan... oleh itu diri ini sudah kebal dengannya ayat bernama "sunyi" ! 

Pagi ini, 

tetiba trigin nian bersarapan pagi ditemani oleh sebuah irama nan lembut sesungguhnya seperti Adagio G minor, Noctune 20 C sharp-minor/Prelude no 4/Noctune op 9 no 1, Requime, Winter 4 saisons, Air, Liebestraum dan irama yang dipilihi ialah Moonlight Sonata Ludwig Van Beethoven... disamping itu kedengaran nyanyian kicau-kicauan dari sang beburung berdendang rancak tweet-tweet-nya... Pertukaran ini kekadang menjalinkan diri dengan gambaran silam yang berisi sebuah kenangan harian tatkala bersamanya Moyang yang diKasihi bersulam halus dengan irama syahdu darinya Beethoven yang ku'Adore sekali..!

Akan tetapi,

 irama yang menginsafkan diri ini ialah bacaan surah-surah Al'Quran AlKarim dari yang bertauliah sahaja... begitu, menyirap kebenaran maha benar sebenarnya menghayati pembacaan yang tiada cacat celanya... Alhamdulillah terhadapNya ya Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang Esa bahawa diri ini sedari kecil telah dibuka luas oleh petikan sejambak penuh sempurna AlQuran nan mulia dan hanya Ilahi satu-satunya mengetahui segala rahsia didalam sanubari ummatnya, mahu yang bersih juga mahu pun yang kotor maka dirahmati atau dizalimi hidup tersebut bagi setiap ummat sebagai kesan kesedaran diri yang sedang dihisabkan sebagai bekalan di akhirat bernama padang Mahsyar yakni harinya Pengadilan... semoga hendaknya nanti dihari itu setiap ummat yang beriman suci akan mendapat/diberi syafa'at dari Nabi Allah... Amin.

 Gambaran dari ruangtamu dihadapan sebingkai tingkap yang mengadap halaman.