vendredi 24 mai 2013

Noir intense avec un soupçon de doucer...

| |



Iris  Velours Noir/velvet hitam keungguan ini ada lah jenis koleksi yang diberi oleh kakakIpar yang sulong  yang menetap di Montpellier selatan Peranchis karena berputus asa meski pun begitu sayang sekali terhadap pokok-pokok Iris yang tidak mahu berbunga (hanya berbunga 2/3 kali sahaja) walhal disana suhu cuacanya begitu serasi lagi sesuai untuk penumbuhan Iris, jadinya dicabut semua sebanyak sekotak besar dan dibawanya kesini lantas ditanam merata sekitaran taman halaman, dan tempoh'hari kakak Ipar menelfon bertanya khabar lantas memberitahu mengenai pokok-pokok Iris-nya yang sedang sebok berputik rimbun juga sudah terbuka kelopaknya mengembang cantik laksana semekar kembangan sebuah senyuman nan lembut lagi halus matahatinya...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua para pembaca juga bloggers dihari ini bersamaan Jumaat nan mulia.

Keadaan cuaca disini Peranchis semakin tidak menentu... hujan turun enggan berhenti, malam semalam titisan air hujan turun bersamaan sekali dengan hujan yang berbatu es sebesar jari kelingking, seiring dengan tiupan angin nan deras lantas diri terus bertanya ada kah tanaman di Potager akan rosak oleh es batu? Rupanya tidak... cuma terletoi longlai sedikit dedaunnya, itu sahaja ! Kus semangat terus terhapus dan berbisik kesyukuran Alhamdulillah kepadaNya Subhanahu Wa Ta'ala..

Meski pun suhu cuaca menurun dingin (sekitaran 7°C sebelah petang), tugasan membersihin halaman akan tetap dilaksana dengan sempurna rapi dan dimasa yang sama jiran sebelah Madame D juga berada ditamannya dan sempat berbual mesra mengenai bunga-bungaan juga tanaman di Potager...
Senang serasa diri bahawasanya kini bahagian depan halaman tampak bersih dan tidak lagi semak seperti dahulu dengan tumbuhan liar yang tumbuh dengan segarnya dek hujan turun melimpah banyak sekali.. !

 Titis-titisan air hujan diatas setiap dataran kelopak... pabila dipandang kok serasa hati merasa sayu...

 Cantik rupaparasnya meski pun warnanya berfirasat "kemurungan".. !

 Pasti kakakIpar terpesona dapat melihat kembali koleksi bunga-bunga Iris-nya yang merajuk selama disana entah kenapa agaknya?

Seterusnya, gambaran photos sipokok La Glycine/wisteria bersamaan sekuntum bunga Pivoine/peony yang dipuncak atas pepohonnya sebagai sentuhan nan lembut...

 Pokok La Glycine/wisteria ini disengajakan berbentuk rupa sepokok dengan dedahan cabang yang dibentuk serupa payong mengembang begitu bunga-bunganya akan terhurai jatuh berjuntaian tampak anggun & cantik, seringkali pokok wisteria ini dibiarkan dedahan cabang-cabangnya tumbuh menjalar memanjang berlilitan kemas dipagar yang seringkali ditanam dihadapan pagar utama sebagai peragaan yang boleh dikongsikan bersama keindahannya yang bertaraf "majestueuse et élégante" dapat disaksikan kepada setiap orang yang berlalu-lalang.

 Cantik berjuntai-juntaian bebunganya...

    Hurai-huraian nan anggun...

 Tenang serasa perasaan... Masya'Allah, ciptaan maha besar yang tiada tandingan segala puji-pujian hanya untukNya yang boleh dilihat dari sebingkai tingkap ruangmakan dan setiap kali itu lah kerasaan monyok bertukar kepada kelembutan nan halus...

 Sekuntum bunga Pivoine/peony berlatarbelakangkan sepokok La Gycine/wisteria.
 Satu-satunya yang tinggal, yang masih kelihatan cantik tanpa cacatcelanya dimana kesemua sudah menjadi comot, layu dek rintikan hujan menjadi rosak kelopak-kelopaknya, kasihan...

 Keindahan ini disaksikan didalam pesaian muram yang bercampuraduk dengan keadaan cuaca nan monyok, namun keindahan ini ada lah sebuah hadiah yang sudah cukup menjernihkan perasaan hati  sebagai penawar disepanjang harian yang tiada penghujungnya... karena pabila bercuaca sebeginian serasa harian begitu lama sehingga tidak terasa hari sudah dilarutkan oleh waktu yang berpusing mengikuti paksinya...

4 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam ratna

hati juga berbunga2 melihat keindahan ciptaan Allah ini... cantik, perfect sekali.

Arina a dit…

Salam Ratna,

I'm your silent reader, suka sgt baca blog Ratna terutamanya melihat gambar2 bunga2 yang tidak terjumpa di bumi Malaya ini.
Masyaallah....cantik sekali ciptaan Allah S.W.T..Iris, Peony dan memang sudah berkurun Akak teringin melihat bunga Wisteria hanya terlihat didalam gambar2 dan teringat cerita ' Wisteria Lane'...Semoga Allah S.W.T. memakbulkan doakan Akak agar dapat melihat Wisteria satu hari nanti secara live..

bintangjauh a dit…

Salam Kak Rose,

suasana dimusim bunga yang dapat memberi secebis penawar menyerikan harian nan monyok sekali, di-ikuti oleh hujan turun enggan berhenti disambut dengan suhu yang menurun menjadi sejuk dingin menggigil seolah dimusim sejuk pula...

Namun, Alhamdulillah... bersyukuran senantiasa dengan adanya tumbuhan yang berbunga-bungaan cantik berseri bagi mengindahkan hari-hari yang bertaraf comot...

Salam mesra semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam sejahtera Akak Arina, selamat berkenal-kenalan dialam maya yang ajaib ini...

TermaKasih segunung tinggi kepada Akak Arina yang sudi datang menyapa, senang serasa diri pabila Akak menyatakan suka dengan hamparan photos bunga-bunga dihalaman Ratna yang selama ini Ratna mencuba baiki keadaannya yang comot menjadi ceria pabila disaksikan... Insya'Allah, niat tersebut akan menjadi kenyataan disatu hari yang telah ditentukan nanti...

Salam mesra semanis madu.