dimanche 9 juin 2013

Aujourd'hui...

| |



June 9. 1990

Hari ini...

ada lah tarikh pautan kasih.


 tahun demi tahun dilalui bersama,

 dengan kurniaan bebuah hati pengarang jantung...

 mendakap erat kasih yang dibendung penuh oleh sebuah ikrar menjanjikan diri...

bersikap amanah jangan sekali dilunturi dan amanat yakni menepati janji-janji kugemgam rapat,

 itu sahaja sarjana yang kupunyai...
 meski pun cahaya diluar sukar menyinari hari...

 namun,

sinaran jernih diairmuka dan hati tetap menerangi bagi menghias diri dalam senyuman semanisnya terserlah senantiasa...

  mahu diwaktu suka dan gumbira, mahu disaat ketika berduka dan sedih...

 dipujuk memujuk rasa supaya tetap utuh semangat diri...

karena pesannya dari Moyang yang dikasihi sesungguhnya "perkongsian hidup bersama laksana yang berat sama dipikul, dan yang ringan sama dijinjing"... diamal sepakat dan sekata.
 Alhamdulillah kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kesyukuran kepadaNya senantiasa, menerima segala dengan seadanya, Amin.

nota: bunga-bunga yang cantik berseri dengan sekali tumbuhan céréals/wheat gandum segar, dibeli pada pagi tadi dipasar terbuka/Marché disebuah kampong yang bertasik indah sebagai penyeri sempena sambutan ulangtahun perkahwinan... voilà !


9 commentaires:

wawa syaida a dit…

salam sis...selamat ulang tahun perkahwinan....semoga berbahagia selalu :)

love for life a dit…

happy anniversary kak.

Kak Rose a dit…

Salam Ratna..

Today, hari ini... happy wedding anniversary, semuga berbahagia till Jannah bersama cintahati tersayang.

Cik Eka a dit…

selamat ulang tahun sis.

sis, eka berkenan sungguh warna bungaan ini.
terus eka ajukan kepada wedding planner untuk contoh tema.

AZNI BINTI MAT ISA a dit…

Assalamualaikum Ratna,
Terpesona melihat gambar bunga sambil membaca baris-baris ayat mu. Tetiba aku tertawa kecil kerana hari ini 10 jun 2013 adalah ulang tahun perkahwinan ke 23 bersama sang suami. Lucu nya dulu dekni lah orang yang selalu dan sering ingat tarikh ini, hari ni aku benar2 lupa hinggakan sang suami mengirim mesej mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kami!
Bukan kerna sibuk atau apa yang terkait di dunia, sebenarnya Allah semakin menarik sedikit demi anugerah yang suatu ketika dulu aku lah orang yang suka syahdu2, kerana perasaan aku kini semakin terpikat ke alam akhirat kerana ia adalah keindahan luar biasa untuk bersendiri dengan Allah. Happy aniversary to both of you dan marilah kita berusaha mematuhi suruhan Nya mengikut apa yang termaktub di Kitab suci Al Quran. Amin.

Art Lover a dit…

Aslkm Ratna..
Selamat Ulang Tahun, semoga berbahgia ke anak cucu serta bersama hingga ke Jannah.

Anonyme a dit…

Happy Anniversaries!

Gambar Marche ada? Bisa di paparkan di sini

Ahkak

angahPJ a dit…

Salam,

selamat ulang tahun perkahwinan.. moga bahagia sampai ke akhir hayat. amin..

bintangjauh a dit…


Buat wawa syaida,love for life, kak Rose, Cik Eka, Dekni (ucapan membalas kembali, sempena ulangtahun perkahwinan June 10 nan lepas buat Dekni & suami yang dikasihi semoga berbahagia untuk selamanya bersama bertaut erat kasihsayang nan abadi), sis Iha, Ahkak juga Angah PJ...

Salam sejahtera kepada semua yang budiman, TerimaKasih segunung tinggi dengan ucapan nan ikhlas yang lengkap berayatan hikmah lantas menyerikan rasa perasaan ini...

Salam mesra semanis madu.