jeudi 6 juin 2013

Des fleurs partout dans le jardin...

| |





Musim Bunga akan berakhir pada June 21 ini... sejurus itu akan menyambut datangnya musim panas pula namun kebanyakan pokok-pokok bunga yang ada ditaman halaman masih rancak mengembang mekar walhal kalu mengikut musimnya bebunga semua akan ditahap layu dan kering petanda tamat sudah... oleh karena gangguan cuaca yang tidak menentu dengan tahap suhu nan dingin melewatkan perkembangannya yang sepatut sudah pasti mekar dari pertengahan bulannya April lagi.


Seterusnya adalah peragaan bebunga yang kini sedang kembang mengembang dengan mekarnya...





 Pivoine herbacée de Chine/peony merah menyala sedang semarak gilang berbunga mekar...

 Petang semalam hujan turun secara mengejut... pada pagi tadi tatkala photo ini dirakamkan masih kelihatan kesan peninggalan titis-titisan air hujan dirupa-paras bebunga Pivoine ini.

 Diwaktu pagi nan hening...

 Diwaktu petang dengan sinaran nurcahaya nan gemilang... lantas kuntum-kuntuman bunga Pivoine terbuka mengembang menunjukkan rupa-parasnya yang sebenar.
 Merah garang menyala !

 Namun cantik rupawan...

             
Ditanam berhampiran dengan pagar utama,
 sukanya ditanam berdekatan dengan pagar tembok berbatu, begitu dari pancaran panas mentari menakung kehangatan suhu dibatu tembok yang akan senantiasa merebak kearah pokok-pokok sebagai pengeluaran bunga yang rimbun lagi segar penumbuhannya.


 Kelihatan banyak lagi putik-putik bunga Pivoine yang masih menguncup menanti gilirannya pula untuk berkembangan.

 

 Yang besar ada tiga rumpun dan yang baru ditanam juga ada tiga rumpun dimana pada tahun ini masih tidak berbunga lagi.

 Tiga gambaran photos yang berlainan.


 Yang ini berada dihujung pagar selepas sebaris 6 pokoknya Pivoine, kelihatan langit membiru cerah petanda cuaca pada hari ini begitu indah lagi nyaman.

 Yang kini sedang sarat mengembang.

Iris bertaraf koleksi juga masih sebok berkembangan...


   Kelihatan rumpun-rumpun Lavender sedang membesar, berjiran dengan tumbuhan Iris, Clematis juga Buis/boxwood, rumah outbuilding dimana tingkap-tingkapnya yang dihiasi dengan bunga Géranium.

Yang ini sebaris Iris yang baru bermula mengembang.

 Yang ini berdekatan dengannya rumah outbuilding, sarat berkembangan !

 Setiapkali melintas dihadapan rumpunan Iris ini terhidu baunya nan harum mewangi...



 Satu-satunya yang berwarna gangsa ke'emasan buat pertama kalinya berbunga...

Iris kuning diraja berselindung dibawah teduhan pokoknya anggur yang berdekatan dengan kawasan Potager/sayuran.

Bunga-bunga bawang yang cantik, menyelit sekali dedaun pudina/menthe.

Satu-satunya yang tidak berbunga !
Daun pudina.

 Yang ini dari Ibumertua...  Les Cistes/cistus creticus yang berasalusul dari Mediterranean dan sukanya tumbuh ditebing pantai yang berbatu besar dan akan berbunga sehingga bulannya 7.

 Pada tahun ini banyak bebunganya kalu dibandingkan dengan tahun lepas.

 Tumbuhan yang tidak banyak karenah, senang dijaga yang tidak mengada-ngada namun akan tumbuh merebak sesukanya.

 Sepasu campuran bunga-bunga...

 Les Pensées/pansies dan ? sebagai alasan, baru pertama kali membelinya dan seperti biasa namanya terlupa disimpan didalam petinya minda.. !

 
 Pokok-pokok Rose juga sedang berputik untuk menghasilkan bunganya, dalam 10 hari nanti akan bermula berkembang mekar.

Serumpun Lavande de Provence/lavender yang baru sahaja ditanam dihadapan tangga utama, jadinya buat kali pertama berbunga tidak lah begitu rimbun, berlajar menyesuaikan diri dan keadaan ditempat yang serba baru...

Nanti-nanti sambungannya...





2 commentaires:

SriKota Garden a dit…

Cantik-cantik bunga ditaman sejuk tangan tukang kebunnya.

Kak Rose a dit…

Salam Ratna.

segar mata tengok banyaknya bunga2 yg cantik berkembang...