dimanche 30 juin 2013

Ini sahaja...

| |



Manisan yang digoreng bulat sebagai minum petang pada hari ini, senang lagi cepat disempurnakan namun enak lembut manis rasanya. Salah satu juadah minum petang yang tidak pernah jemu dijamu makan meski pun adunan bahan yang terdapat tidak lah seberapa... sekadar sebegitu sahaja yaitu sederhana tarafnya, dahulu kala dianggap sebagai juadah kampong yang tidak pernah dipandang rendah malahan digemari semua... yang tidak mengira darjat mahu pun kedudukan pangkat yang disandangi pasti akan tetap menyukai terhadap manisan ini...


  
Jemput-jemput/cekodok/cucur pisang, se-bouquet Pivoines/peonies dari taman yang berbau harum wangi semerbak... kelihatan dua kuntum bunganya mawar cantik mengembang mekar.

Alhamdulillah kehadratNya yang maha Pemurah, dari tengah'hari tadi sinaran mentari menerangi alam semesta dikampongulu ini tampak berkilauan jernih menjadi ceria lagi indah, lantas membuka kembali penutup bungkusan khas bagi mengelakkan meja makan di-terrasse/patio terbasah dek hujan turun... gumbira serasanya diri karena berpeluang berminum petang diluar bersamaan udaranya yang nyaman sambil menyaksikan suasana taman halaman yang berbau segar setelah disirami oleh air hujan selama beberapa hari lepas sudah ada penawarnya yakni nur nan gilang-gemilang...


 Goreng pisang yang dijemput-jemput menjadi bulat serupa dunia atau planets nun diatas galaxy-nya berbentuk bulat sebulat gebu rupaparasnya...

Voilà !

3 commentaires:

Cik Eka a dit…

wahhhhh kok cekodok pisnag sis rat nampak begitu bulat sekali.Gebus.

sis ada letakkan sebarang serbuk penaik?

kalu eka, cuma cekodok kosong saja. penyet2,warna gelap,kecik2 aja.. hihihi..

sis, kalu anak2 sama CintaJL,suka tak makan ini cekodok?

bintangjauh a dit…


Salam Cik Eka,

Apa khabarnya Cik Eka disana? semoga sehat sejahtera hendaknya...
sis Ratna gunakan tepung naik sendiri maka itu naik menjadi embam gebus rupaparasnya, buah pisang yang cukup ranumnya, sedikit kelapa parut/kering, gula perang dan secubit dua garam supaya seimbang rasa lemak-lemak manisnya dan bijian vanilla sebagai penambah aroma,itu sahaja... diperamkan selama 30 menit lantas terus digoreng dengan api nan lembut, pesanan dari Moyang iya gitu...
Anak-anak semua & CintaJL adore cekodok, jadinya ada peneman tatkala berminum petang jika dibandingkan dengan manisan yang lain dimana citarasa terhadap kuihmuih yang bersantan seperti serimuka kok tak suka.. ! sukanya hanya terhadap manisan yang bergoreng dari yang dikukus, gitu citarasanya kok pelik.. !

Salam mesra semanis madu.

Cik Eka a dit…

waalaikumsalam sis rat.

alhamdulillah sihat. Baru saja baik demam 2 mnggu lepas. Perubahan cuaca amat ketara di Malaysia sis rat. Agak panas dan kering. Sehingga bulan September mungkin.

Disini sibuk dengan sambutan bulan puasa.

Hihihi suka yang bergoreng rupanya. Bangga rasanya bila orang jauh suka menikmati manisan cekodok begini.



Selamat berpuasa ya sis rat..


oo begitu. Patutla tembam nampaknya cekodok pisang sis rat. Perlu diperam sekejap ya sis. Pasti sedap sebab da bijian vanilla tu.