mardi 4 juin 2013

Penawar selera nan lembut manisnya...

| |



Tengah'hari semalam disapa oleh panggilan selera terhadap manisan yang senang lagi cepat disiap sempurnakan dan tanpa berlengah menyediakan atur-cara cake yang kaya dengan lelemak ber-cream lunak sudah selamat berada didalam oven dibakar selama 15 menit, lantas padamkan oven, buka dan renggangkan pintunya oven, biarkan masak sendiri secara perlahan dengan kehangatan oven yang semakin berkurangan selama satu jam lagi dan sejukkan didalam peti es selama beberapa jam dan voilà.. ! yummy... sudah boleh dijamu meski pun sendirian sahaja karena cheesecake ini tidak begitu digemari oleh semua ahli keluarga.

Cheesecake, sahaja...

PRÉPARATION: 30 MIN
CUISSON: 1 H 15
POUR 8 PERSONNES
Pour la pâte
250 g de biscuits sablés (type digestive biscuits, bastogne, spéculos...)
60 g de beurre
25 g de sucre semoule
Pour la garniture
600 g de fromage frais à tartiner (cream cheese Philadelphia, fromage frais à tartiner)
350 g de sucre semoule
4 cuill. à soupe de crème liquide
4 oeufs entiers + 2 blancs
25 g de farine
le jus et le zeste râpé de 1 citron


Sesekali tidak mengapa, namun cheesecake ini tidak boleh disediakan selalu nanti kok ter...embam montel jadinya...

 Kuntum-kuntuman bebunga Pâquerettes petite marguerite yang tumbuh liar diserata halaman sebagai hiasan penyeri.

 Satu adunan sederhana banyaknya dapat dua saiz yang kecil dan satu sedehana besarnya....

 Yang ini bersaiz kecil, yang sebiji besar sederhana tidak diperagakan bersama kemungkinan kalu rajin akan digambar nanti, Insya'Allah...

 Diatas puncak cheesecake dihiasi dengan bebuah cherry jam buatan secara artisanal.

 begitu rasanya berlawan dengan yang lemak ber-cream juga masam nan lembut dek perahan setengah biji buah lemon serasi sekali dengan tumpahan cherry jam menaikkan lagi selera tatkala dijamu...

Voilà... sekian lama nian intisari blog ini tanpa peragaan terhadap manis-manisan, yang kini telah dilaksanakan ...

5 commentaires:

Nor Azira Mohd Yunus a dit…

Assalammualikum. Aduh menggoda sungguh,malangnya x faham resepinya.
NAk kena cari member yg fhm french language utktolong ni. Apa2pun kelihatannya sgt enak.

Cik Eka a dit…

hai sis rat.

lama sungguh eka tak jenguk sis rat. sis rat sihat ka disana?

kek ni, nyummy sedapnya.

Sis, eka bakal kahwin bulan Disember ini. Doakan semua berjalan lancar ya sis.

Salam dari jauh :)

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam kembali buat Nor Azira,

biasa-biasa sahaja... tidak reti merias yang bertaraf chef, oh.. resepi itu hanya sekadar penambah intisari dan kak Ratna tidak menterjemahkan didalam bahasa kita karena sepengetahuan kak Ratna semuanya sudah tahu gimana membikinnya, maka itu...

Salam mesra semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, khabarnya baik dan sehat sejahtera, Alhamdulillah... begitu hendaknya dengan Cik Eka ya semoga segala pelancaran untuk penyediaan majlis kenduri raja & permaisuri sehari akan dikendalikan seperti yang dirancang selama ini sehingga lah kepenghujung tahun dimana "hari bersejarah" tersebut akan dirakamkan sebagai pengikat kasih sampai keanak cucu...

dari jauh doa nan ikhlas akan mengiringi kesejahteraan hari yang bersejarah kelak selamat dilaksanakan semoga hendaknya...

Salam mesra semanis madu.

Cik Eka a dit…

terima kasih sis ratna.. :)